Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bukan tahun rehat!

Posted: 01 Jan 2011 04:17 PM PST

Sukan

Datuk Zolkples Embong

Datuk Zolkples Embong

2011 dianggap lebih penting untuk mengejar mata kelayakan ke Olimpik London 2012

WALAUPUN tidak banyak kejohanan besar, Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan 2011 bukan masa untuk berehat, sebaliknya ia tetap penting dalam kalendar sukan negara bagi meneruskan kesinambungan kegemilangan yang tercipta tahun lalu.

Antara tumpuan, sudah tentu untuk memastikan lebih ramai atlit dan jenis sukan mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 apabila aksi kelayakan ke temasya berprestij itu bermula tahun ini, selain persediaan menghadapi Sukan SEA Jakarta.
"Kita akan tetap memberi tumpuan dengan sasaran dan harapan atlit negara mampu terus menggegar serta mengharumkan nama negara"

Zolkples Embong
Ketua Pengarah MSN

"Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang diraih, 2010 boleh dirumuskan tahun sukan negara," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong. "Mungkin sedikit anti klimaks apabila 2011 tidak banyak acara besar, tetapi bagi kita ia bukan masa untuk berehat.

"Sebaliknya, kita akan tetap memberi tumpuan dengan sasaran dan harapan atlit negara mampu terus menggegar serta mengharumkan nama negara dalam setiap kejohanan yang disertai di persada antarabangsa," katanya.

Zolkples berkata, memastikan lebih ramai atlit dan jenis sukan melayakkan diri ke London 2012 berbanding 33 atlit dan 10 jenis sukan pada Beijing 2008 adalah antara tumpuan utama tahun ini.

"Skuad bola sepak yang melakar sejarah menjuarai Piala AFF akan memulakan aksi dalam pusingan kelayakan menentang Pakistan Februari nanti dan kita harap mereka mampu melepasi pusingan itu selepas kali terakhir mara pada 1980.
"Kita juga akan memberi tumpuan memenangi pingat pada temasya itu dengan memberi pendedahan lebih banyak kepada atlit bagi memastikan mereka mencapai puncak apabila tiba waktunya," katanya.

Zolkples menegaskan, pihaknya akan membuat persediaan rapi dalam tempoh menjelang Sukan SEA Jakarta dengan cabaran utama cuba mengatasi kejayaan meraih 40 emas yang dikecapi pada temasya ke-25 di Laos 2009.

"Kita masih meneliti program Cabaran 2014 kerana persiapan menghadapi Sukan SEA Jakarta antara cabaran yang difokuskan di dalam program itu dan ia akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

Kerja dgn lebih kuat. Kalo semangat kental terus ditunjukkan rakyat Malaysia juga akan terus menyokong. Buktikan kita mmg boleh!


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rooney temui sentuhan, United terus di puncak

Posted: 01 Jan 2011 04:15 PM PST

Sukan

pix_gal0
WAYNE Rooney menamatkan kemarau jaringan dalam permainan sejak Mac tahun lalu dengan bergaya malam tadi apabila menyumbat gol pertama untuk membantu Manchester United mengatasi West Bromwich Albion 2-1 di Hawthorns.

Kemenangan itu kembali mengukuhkan United di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 41 mata dan satu perlawanan dalam tangan di depan pencabar lain termasuk pasukan tangga kedua Manchester City, yang turut ke pada beberapa jam selepas itu.

Begitupun, tiga mata yang diraih skuad Sir Alex Ferguson malam tadi tidak hadir mudah, malah mereka dianggap bernasib baik untuk menang apabila West Brom mensia-siakan peluang berada di depan selepas sepakan penalti yang diambil Peter Odimwingie tersasar. Rooney membuka tirai jaringan menerusi tandukan mengelirukan hasil hantaran Gabriel Obertan seawal minit ketiga tetapi selepas itu, tuan rumah bangkit dengan jaringan penyamaan menarik James Morrison untuk mengikat kedudukan 1-1 sehingga babak pertama.

West Brom yang sesekali melancarkan serangan pantas mendapat peluang untuk berada di depan pada minit ke-62 selepas dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan Odimwingie jauh tersasar ketika penjaga gol, Tomasz Kuszczak sudah merebahkan badan ke sebelah kanan gawang.

Namun tandukan jarak dekat pada minit ke-72 oleh pemain gantian dari Mexico, Hernandez yang tidak dikawal ketika sepakan sudut membolehkan United bernafas lega dan bertahan sehingga permainan tamat. – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan