Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


KBS realistik

Posted: 25 Jan 2011 09:02 AM PST

KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan.

Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London.


"Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak.

"Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu program Road To London di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.


Pada masa sama, beliau turut mencetuskan kemungkinan sama ada pemain bola sepak negara masih mewakili negeri atau kelab atau meminta mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan kelayakan Olimpik, malah mahu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perkara itu.

Selain hoki dan bola sepak, menembak turut tersenarai dalam program itu dengan mempertaruhkan lima atlet iaitu Nur Suryani Mohd Taibi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Bibiana Ng, Hasli Izwan Amir Hassan dan Hafiz Adha untuk membentuk kelompok besar 77 atlet yang berada dalam senarai elit.


Penambahan itu menurut Ahmad Shabery turut menyaksikan peningkatan kos untuk program Road To London daripada RM16 juta kepada RM26 juta.

Pun begitu, memanah terselamat daripada digugurkan lantaran kegagalan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun lalu apabila Cheng Chu Sian, Wan Muhamad Khalmizam Wan Abd Aziz dan Arif Farhan Ibrahim Putra masih disenaraikan sementara tempat Fazli Hisham Fauzi digantikan dengan Muhammad Izzudin Abd Rahim.


"Sehingga kini, kita masih kekalkan lagi kerana mereka ada beberapa peluang untuk membuktikan kemampuan dengan menyertai program pusingan kelayakan iaitu di Itali pada Julai dan Iran, September ini," katanya.

Badminton pula kehilangan gandingan Mohd Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari dan digantikan dengan Chan Peng Soon-Goh Liu Ling untuk bersama-sama Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.


Sementara lumba basikal kekal dengan Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Mohd Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos manakala Junaidi Mohd Nasir pula digantikan Adiq Husainie Othman dan Fatehah Mustapha.


Sukan terjun pula membariskan Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas dan Yeoh Ken Nee.


Beliau yang kemudiannya turut merasmikan Pra-Pelancaran Tahun Industri Sukan yang bakal bermula 27 Julai ini berkata, pihaknya akan mengkaji penyertaan atlet yang berpotensi ke Sukan Olimpik ke Sukan Sea Palembang November ini, memandangkan ada antara mereka terpaksa menyertai kejohanan luar bagi mengutip mata kelayakan.


"Keutamaan diberikan untuk program Road To London bagi memastikan mereka layak," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Isyarat positif skuad Olimpik

Posted: 25 Jan 2011 08:59 AM PST

KEMENANGAN 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Olimpik Singapura kelmarin memberikan isyarat positif buat jurulatih negara Ong Kim Swee bahawa beliau mempunyai barisan muda yang mampu memikul misi besar layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Malah pengendali skuad Olimpik negara itu yakin kekuatan pasukan bukan hanya terletak kepada beberapa pemain tonggak yang beraksi dengan skuad senior sebaliknya pemain tidak diberi banyak perhatian sebelum ini mampu memainkan peranan dengan baik.


"Ada peningkatan ditunjukkan pemain berbanding aksi menentang skuad Olimpik Thailand sebelum ini. Saya gembira kerana pemain lebih agresif dan mengikut arahan diberikan.

"Walaupun keputusan perlawanan tidak memberi apa-apa erti tapi ada aspek positif yang boleh diambil kira. Pada perlawanan ini saya hanya menurunkan dua pemain lebih berpengalaman, Mohd Fadhli Shas dan Mohd Faizal Muhamad kerana mahu memberi peluang kepada pemain lain membuktikan kemampuan.


"Saya puas hati dengan prestasi ditunjukkan khususnya penjaring gol Nazirul Naim (Che Hashim), Mohd Irfan (Fazail) dan beberapa pemain lain yang baru berusia 18 dan 19 tahun tapi sudah tunjuk kematangan. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai kerana semua pemain perlu konsisten jika mahu kekal dalam skuad," katanya.


Selepas tewas 1-2 kepada Thailand pada perlawanan persahabatan pertama di Bangkok, Khamis lalu, skuad Olimpik yang dibarisi pemain Harimau Muda A bangkit mempamerkan aksi lebih baik dengan menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan pemain tengah Mohd Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada babak pertama.

Pada perlawanan itu, Kim Swee tidak menurunkan tonggak utama yang membantu skuad senior menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu, Mohamad Muslim Ahmad dan Izzaq Faris Ramlan akibat kecederaan manakala Mahali Jasuli dan K Gurusamy hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.


Menurut Kim Swee, persaingan merebut tempat masih terbuka apabila beliau turut memantau pemain bawah 21 tahun yang beraksi dengan pasukan negeri untuk diserapkan dalam pasukannya apabila saingan Liga Malaysia bermula.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan