Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee Sali paling hangat di pasaran

Posted:

Safee Sali paling hangat di pasaran

Safee Sali paling hangat di pasaran

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Mohd. Safee Sali menjadi rebutan tiga kelab Indonesia dan Vietnam.


KUALA LUMPUR - Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 membuatkan pemain itu kini menjadi rebutan sebuah kelab bola sepak Vietnam dan tiga kelab terkemuka Indonesia.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin berkata, empat kelab tersebut telah pun menghubungi beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung hasrat mahu mendapatkan pemain tersebut secara kontrak dari Selangor dengan apa jua nilai sekalipun.

''Saya telah berbincang dengan Safee sendiri pada semalam (kelmarin) dan reaksi yang diberikan oleh pemain itu menunjukkan dia seolah terkejut dengan niat kelab-kelab tersebut.

''Dia juga telah meletakkan tanggungjawab kepada FAS untuk membuat keputusan yang sebaiknya,'' kata Hamidin kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga Malaysia untuk sesi 2011 di Bukit Jalil, semalam.

Hamidi berkata, pada waktu ini FAS masih menjalankan perbincangan di peringkat awal lagi sebelum memutuskan sama ada mahu menerima lamaran tersebut.

Malah, beliau sendiri masih belum lagi mengetahui sama ada Safee benar-benar berminat atau sebaliknya mahu beraksi bersama kelab tersebut.

''Perbincangan akan diadakan secara berperingkat melalui Safee sendiri dan kemudian kita akan bincangkan sehingga ke peringkat tertinggi FAS sebelum membuat keputusan.

''Bagi pihak FAS kami amat terharu kerana ada kelab terkemuka yang mahu mendapatkan pemain kami dan sekiranya Safee mahu beraksi di sana biarlah dia pergi ke sana dengan penuh bersemangat,'' kata Hamidin.

Sementara itu, menjelang musim baru Liga Malaysia 2011, Hamidin berharap skuad merah kuning mampu untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super selain berusaha untuk mendapatkan kejuaraan Piala Malaysia pada musim ini.

''Sasaran kami musim ini adalah untuk mendapatkan Piala Malaysia melalui pemain yang ada kini selain daripada bimbingan jurulatih K. Devan.

''Bagi gelaran juara Liga Super kami akan cuba untuk terus mempertahankan buat kali ketiga berturut-turut,'' jelas Hamidin.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pemain dapat habuan tabung akujanji - Razali

Posted:

Pemain dapat habuan tabung akujanji - Razali

Pemain dapat habuan tabung akujanji - Razali

KUALA LUMPUR - Kesemua 22 pemain bola sepak negara yang menjulang Piala Suzuki AFF akan menerima habuan masing-masing daripada Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Ia adalah tambahan imbuhan RM5,000 setiap pemain yang akan diberikan kementerian, katanya.

Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki, yang diwujudkan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 20 Disember lepas, untuk memberi sumbangan kepada skuad negara jika memenangi Piala AFF Suzuki, kini mencecah RM90,000.

"Maknanya jumlah yang dia (SAM) dapat akan diberikan terus kepada setiap pemain. Saya rasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan perkara yang sama (beri imbuhan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Semarak 1Belia 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur di Kampung Pandan di sini, semalam.

Mengenai istilah 'Harimau Malaya' yang dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak, Razali berkata perkara itu akan dikaji.

"Sudah tentu pandangan itu diambil kira. Sudah tentu kita akan lihat. Cuma pada saya tidak terfikir pun sebenarnya kerana perkataan "Harimau Malaya" itu telah digunakan sejak sekian lama, ada sejarahnya," katanya.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan sedia mempertimbangkan untuk menukar gelaran itu sekiranya ramai yang berpendapat ia harus dilakukan.

Razali turut berharap tiada pihak menjadikan isu berkenaan sebagai polemik politik yang akan memecahbelahkan rakyat dan mencetuskan sentimen perkauman.

Gelaran "Harimau Malaya" dilaporkan telah menyinggung sesetengah peminat bola sepak yang menyifatkan gelaran itu hanya menaikkan nama Semenanjung, namun tidak memasukkan nama Sabah dan Sarawak.

Malaysia menamatkan penantian selama 14 tahun selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 29 Disember lepas. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan