Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


BAM kena mengalah

Posted:

BAM kena mengalah

BAM kena mengalah

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu 'membuang ego' dan memberi kelonggaran kepada Datuk Misbun Sidek, jika mahu beliau kekal sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan.

Dalam kata lain, Misbun harus dibenarkan melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun jika itu boleh mengekalkannya di BAM, selain pandangannya mengenai teknikal dan perkara tertentu harus turut diambil kira.

Itulah syarat yang perlu diterima oleh BAM jika mereka menolak perletakan jawatan Misbun, namun jika mesyuarat exco badan badminton kebangsaan itu memutuskan untuk menerima keputusan Misbun, maka mereka kena mengemukakan apa perancangan yang ada selepas jurulatih itu pergi.

Malah, mereka juga berdepan sebarang kemungkinan, yang terbesar kehilangan pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, yang berulang kali menegaskan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Misbun dan sedia mengikut jurulatihnya ke mana saja beliau pergi.

Sebagai orang tengah yang berusaha mengatur pertemuan Misbun dan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, malam semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan, perbezaan pendekatan, teknikal serta sistem adalah isu pokok terhadap krisis yang melanda kedua-dua pihak.

BAM adalah sebuah institusi mempunyai struktur dan prinsip mereka sendiri, manakala Misbun sebagai pihak yang kepentingannya hanya melahirkan juara memiliki pandangan dan pendekatan tersendiri, sambil berharap ia turut diambil kira sekalipun ada di antara permintaannya terkeluar dari landasan struktur BAM.

"Sistem atau institusi memainkan peranan besar dalam melahirkan juara dan struktur mewakili persatuan, namun pada akhirnya aspek keluarga juga banyak memainkan peranan. Jadi, walaupun kita perlu mengikut struktur tetapi kadang kala kita juga perlu lebih fleksibel apabila ia berkait soal keluarga,'' ujar Ahmad Shabery pada sidang akhbar di Bukit Jalil, semalam.

Biarpun tidak menyatakan secara langsung bahawa BAM kena beralah dengan Misbun dalam isu Ramdan, kenyataan beliau cukup memberi bayangan bahawa badan badminton itu tidak boleh terlalu berkeras demi mempertahankan prinsipnya, sebaliknya perlu bersikap lebih fleksibel.

Ditanya apakah peluang untuk Misbun membatalkan hasratnya meninggalkan BAM, Ahmad Shabery mengakui, ia terpulang kepada apa keputusan badan badminton kebangsaan itu pada mesyuarat exco mereka esok dan apa yang sedia mereka tawarkan.

"Sekarang terpulang kepada BAM apakah mahu menerima atau tidak perletakan jawatan Misbun. Kalau mereka menolak, maka mereka kena bersedia memberi kelonggaran dan menyelesaikan apa saja perbezaan mengenai sistem latihan.

"Jika mereka menerima, mereka perlu ada perancangan. Saya amat berharap sebarang keputusan yang diambil oleh exco BAM nanti adalah situasi menang-menang buat kedua-dua pihak,'' kata Ahmad Shabery.

Tegas Ahmad Shabery, beliau tidak tahu menahu seandainya ada exco yang berkehendakkan Misbun meninggalkan BAM dan perkara tersebut tidak dibincangkan dalam pertemuannya bersama Nadzmi, kelmarin.

Sebaliknya, beliau amat berharap Nadzmi dapat menyampaikan kepada exconya mengenai hasil perbincangan hati ke hati dengan Misbun dalam mesyuarat esok, supaya mereka dengan jelas dapat memahami ideologi jurulatih itu dan mempertimbangkannya.

Selain Nadzmi dan Misbun, pertemuan yang disifatkan oleh Ahmad Shabery sebagai sangat positif itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Sementara itu, Ahmad Shabery turut menafikan spekulasi bahawa keputusan Misbun untuk berundur sudah dirancang dan beliau ingin menubuhkan kem sendiri apabila meninggalkan BAM. Malah, Menteri Belia dan Sukan itu turut menafikan, bahawa Chong Wei mahu keluar dari skuad kebangsaan kerana ada penaja yang sudah menanti.

"Ia tidak benar. Misbun menegaskan tiada unsur-unsur lain yang mendorong beliau meletakkan jawatan kecuali isu latihan, teknikal dan perbezaan pendekatan itu saja,'' ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei ambil sikap tunggu, lihat isu Misbun

Posted:

Chong Wei ambil sikap tunggu, lihat isu Misbun

Chong Wei ambil sikap tunggu, lihat isu Misbun

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Lee Chong Wei bergambar di sisi poster penajanya, sejurus beliau tiba di KLIA, Sepang semalam, selepas menjuarai Siri Masters Final di Taiwan.


SEPANG - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih belum memutuskan untuk mengikut jejak jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya memilih untuk 'tunggu dan lihat'.

Pemain No. 1 dunia itu menjelaskan, beliau akan menunggu keputusan BAM untuk menerima peletakan jawatan Misbun atau sebaliknya dan sehubungan itu, dia tidak akan membuat apa-apa keputusan untuk sementara waktu.

Justeru, dia berharap akan ada penyelesaian secepat mungkin, supaya Misbun dapat kembali ke pangkuannya untuk membuat persiapan menghadapi dua kejohanan terbuka akan datang termasuk Terbuka Malaysia, yang akan membuka tirai pada 18 Januari ini.

"Buat masa ini, saya masih tidak pasti rancangan seterusnya (keluar BAM atau tidak)... saya tidak dapat buat apa-apa, tengoklah keputusannya nanti.

"Saya harap pihak terlibat selesaikan dengan cepat, sebab ada tiga kejohanan penting akan saya sertai terutamanya Terbuka Malaysia" katanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Chong Wei baru pulang dari Taipei selepas kejayaan merangkul hatrik Kejohanan Siri Super Masters Akhir, semalam.

Di sebalik sikap 'tunggu dan lihat' Chong Wei, hakikatnya beliau masih memerlukan sentuhan Misbun.

Ini berdasarkan beberapa kenyataan pada sidang akhbar semalam yang menunjukkan beliau 'amat memerlukan' Misbun.

Antaranya, Chong Wei menafikan desas-desus kononnya Misbun cuba membawanya keluar untuk menjadi pemain profesional, sambil menegaskan, memang menjadi niat dirinya sendiri untuk terus berlatih di bawah kendalian Misbun.

"Saya minta semua pihak jangan salah faham, tidak timbul pasal 'coach' nak bawa saya keluar, semua itu tidak benar.

"Kalau saya mahu keluar pun adalah kerana ini sememangnya rancangan saya. Saya tidak bercadang mahu tukar jurulatih kerana mahu buat persiapan untuk pertandingan penting Olimpik pada tahun depan.

"Masa terlalu suntuk jika saya tukar jurulatih baru," jelasnya.

Beliau turut ditanya sama ada khidmat Misbun masih diperlukan, sedangkan beliau berjaya membuktikan dirinya mampu menjuarai Kejohanan Siri Masters Final di Taiwan tanpa kehadiran Misbun.

"Saya memang perlukan dia, tanpa dia memang tumpuan terganggu. Misbun meletak jawatan saat akhir, namun saya tetap kena fokus dan bertanding di Master Final.

"Apa pun saya harap dia dapat balik cepat ke gelanggang sebelum Terbuka Malaysia untuk melatih saya."

Chong Wei juga memberitahu, ketika di Taipei, dia masih menagih nasihat Misbun dan berhubung menerusi telefon bagi berbincang mengenai strategi menghadapi lawan dan penilaian selepas perlawanan.

Chong Wei mengakui dia ada mengikuti perkembangan berhubung isu Misbun menerusi akhbar-akhbar tempatan semasa berada di Taiwan sambil mengharapkan segala-galanya akan selesai apabila dia pulang ke tanah air.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen