Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya sedia jumpa Misbun'

Posted:

'Saya sedia jumpa Misbun'

'Saya sedia jumpa Misbun'

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR -- Datuk James Selvaraj (gambar) berkata, beliau bersedia mendengar luahan Datuk Misbun Sidek dan memberi pandangan kepadanya sebelum jurulatih perseorangan itu mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

Ujar James, beliau tidak kisah sama ada Misbun mahu meletakkan dirinya sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM atau orang yang rapat dengan keluarga Sidek, kerana yang penting beliau dapat membantunya menyelesaikan krisis dengan badan induk badminton kebangsaan itu.

Menurut James, Misbun, menerusi adiknya, Jalani Sidek ada menyuarakan hasrat untuk bertemu dengannya bagi berkongsi pandangan sebelum jurulatih itu mengadakan pertemuan dengan Nadzmi dalam mencari penyelesaian mengenai isu perletakan jawatannya.

Katanya, hasrat tersebut disuarakan pada hari terakhir Terbuka Malaysia, Ahad lalu dan beliau telah memaklumkan kesediaannya untuk bertemu Misbun jika pertemuan tersebut dapat melegakan rasa yang terbuku di hati jurulatih itu.

Bagaimanapun, sehingga semalam, pertemuan yang dirancang belum dapat diadakan biarpun pada awalnya mereka berjanji untuk berjumpa kelmarin.

Kata James, beliau tidak pasti yang bermain di fikiran Misbun ketika ini, namun beliau hanya mahu jurulatih itu tahu bahawa beliau sedia menjadi 'telinga' pada bila-bila masa yang diperlukan.

"Jika Misbun merasakan beliau memerlukan seseorang untuk berkongsi dan bercerita mengenai masalah yang dialaminya di BAM sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden, maka saya bersedia menjadi orang itu dan mendengar apa yang ingin diluahkan. Hanya hanya mahu isu ini selesai dan semua pihak gembira,'' ujar James.

Menurut James, keakrabannya dengan keluarga Sidek mendorong beliau untuk turut berkongsi masalah yang dihadapi Misbun dan secara kebetulan, beliau mempunyai jawatan di BAM, maka ia mungkin boleh membantu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Monsalve menang, jersi kuning milik Corredor

Posted:

Monsalve menang, jersi kuning milik Corredor

Monsalve menang, jersi kuning milik Corredor


(Dari kiri) Pemenang jersi merah, Jonnatha Monsalve, Libardo Nino Corredor (kuning), Andrea Guardini (biru) dan Rahim Emami yang meraih jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pada perlumbaan peringkat kelima LTdL dari Tapah ke Genting Highlands, semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar


GENTING HIGHLANDS - Hujan, kabus tebal serta cuaca sejuk memberi kelebihan buat pelumba pasukan Androni Giocattoli dari Itali, Jonnatha Monsalve selepas menjadi pelumba pertama tiba di puncak Genting Higlands dalam perlumbaan peringkat kelima, Le Tour de Langkawi (LTdL), semalam

Monsalve, 21, melintasi garisan penamat dengan mencatat masa tiga jam 33 minit 31 saat, bagi membolehkannya merampas jersi merah (Raja Bukit) daripada pelumba Azad University Cycling Team (IUA), Rahim Emami.

Mengekori Monsalve di tempat kedua ialah pelumba Le Tua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor yang turut mencatat masa yang sama dengan Monsalve dan keputusan tersebut membolehkannya memenangi jersi kuning.

Tempat ketiga menjadi milik Mirsamad Pourseyedi G. daripada IUA dengan catatan 3.33:32 saat.

Sebelum bermulanya perlumbaan sejauh 124.3 kilometer dari Tapah, semalam, pelumba pasukan Aisan Racing Team, Takeaki Ayabe serta Corredor lebih menyerlah sebagai calon pilihan untuk menakluk puncak Genting Highlands selepas mereka masing-masing muncul juara dan naib juara pada peringkat keempat dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands kelmarin.

Bagaimanapun, Corredor yang telah menjangkau usia 43 tahun lebih mencuri tumpuan apabila dia sekali lagi menjejakkan kaki di podium selaku naib juara manakala Ayabe menamatkan perlumbaan di tempat ke-38.

Menurutnya, selepas perlumbaan peringkat keempat kelmarin, dia sudah bertekad untuk mencipta kejayaan di Genting Highlands.

Bagaimanapun, dia terpaksa berpuas hati di tempat kedua buat kali kedua berturut-turut.

"Tetapi saya masih boleh berasa gembira kerana jersi kuning kini berada dalam genggaman saya. Sudah pasti ini memberikan tonik buat saya untuk terus mengekalkan jersi kuning pada perlumbaan seterusnya," kata Libardo pada sidang media selepas tamat perlumbaan semalam.

Jelasnya, perlumbaan menuju ke puncak Genting Highlands lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan Cameron Highlands.

"Dua hari berturut-turut cuaca buruk, kesemua pelumba terpaksa mengharungi perlumbaan dalam keadaan hujan. Disebabkan itu, saya gagal mencatat masa lebih baik akibat keletihan berkayuh dalam cuaca sebegini," katanya.

Sementara itu, Monsalve berkata, kejayaan yang diraihnya semalam tidak akan dicapai tanpa bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan sepasukannya serta seluruh krew pasukan Androni Giocattoli.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama Emanuele Sella yang banyak membantu saya mengharungi perlumbaan peringkat kelima ke Genting Highlands hari ini (semalam).

"Selepas ini ada lima lagi peringkat perlumbaan, jadi saya akan cuba melakukan yang lebih baik dan seterusnya mengekalkan jersi merah sehingga tamat LTdL 2011," jelas Monsalve.

Pemenang peringkat pertama dan kedua, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli masih mengekalkan jersi biru (Raja Pecut) manakala Emami tampil sebagai pemilik baru jersi putih (Pelumba Terbaik Asia.)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan