Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pemain dapat RM50,000 lagi

Posted:

Pemain dapat RM50,000 lagi

Pemain dapat RM50,000 lagi

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SULTAN AHMAD SHAH (dua dari kiri) menerima trofi Piala Suzuki AFF 2010 daripada Rajagobal pada majlis yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

"Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

"Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini," titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada 12 Januari lalu, kesemua 22 pemain negara itu telah menerima ganjaran berjumlah RM65,000 daripada Kerajaan Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa dikira ganjaran tambahan yang diperolehi beberapa pemain daripada kerajaan negeri masing-masing, setiap pemain skuad Piala Suzuki AFF 2010 itu kini sudah menerima durian runtuh berjumlah RM115,000.

Sultan Ahmad Shah seterusnya mahu barisan pemain-pemain muda negara mengorak langkah untuk mencipta satu lagi sejarah layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dengan melepasi saingan kelayakan yang akan bermula 23 Februari depan.

Namun ditanya sama ada jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee turut akan membimbing skuad Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan, titah baginda: "Kita akan putuskan siapa jurulatih Sukan SEA pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 23 Februari depan."

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Rajagobal akan membantu Kim Swee untuk Sukan SEA 2011 tetapi tidak jelas sama ada Rajagobal akan bertindak sebagai ketua jurulatih atau sekadar penasihat pasukan.

Turut berlangsung semalam, mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah tetapi jumlah geran kewangan kepada setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier musim ini masih dirahsiakan nilainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Norizan tidak mahu dabik dada

Posted:

Norizan tidak mahu dabik dada

Norizan tidak mahu dabik dada

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


PARA pemain Perak meraikan kejayaan pasukan itu menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi Liga Super di Ipoh kelmarin.


JURULATIH Perak, Norizan Bakar tetap merendah diri meskipun skuad bimbingannya menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi Liga Super kelmarin.

"Masih terlalu awal untuk menganggap Perak sebagai sebuah pasukan kuat dan sempurna," kata Norizan di Ipoh semalam.

Katanya, setiap pasukan dalam saingan liga baru beraksi tiga perlawanan dan perjalanan ke penghujung liga masih jauh.

Walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah, Norizan berkata, Perak masih dihantui dengan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki segera.

"Kelemahan itu perlu diperbaiki segera supaya ia tidak menjejaskan persembahan pasukan pada perlawanan akan datang," jelasnya.

Perak akan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk berdepan dengan Kedah pada 15 Februari ini.

Skuad bimbingan Norizan itu naik ke tangga kedua daripada kedudukan kelima liga dengan mengutip tujuh mata dan mempertahankan rekod tanpa kalahnya.

Sebaliknya, kekalahan pertama Negeri Sembilan itu menyebabkan mereka turun ke tangga keempat daripada takhta liga dengan mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan.

Perak memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti Shahrul Nizam Mustapa pada minit ke-50 apabila Akmal Rizal Rakhli dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kedudukan Perak semakin kukuh apabila kegagalan dua pertahanan Negeri Sembilan menampan bola dengan kemas di depan gol sendiri.

Kegagalan itu membolehkan Akmal Rizal merembat masuk gol kedua skuad Seladang pada minit ke-65.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan memuji persembahan bertenaga yang dipamerkan pemain Perak sehingga memperolehi gol yang berharga itu.

"Berdasarkan persembahan yang dipamerkan itu, Perak layak merangkul tiga mata penuh," jelas Wan Jamak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seers guna pelan B

Posted:

Seers guna pelan B

Seers guna pelan B

Daripada AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
azizulfahmi@kosmo.com.my


SEERS (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Suhardi (tengah) sambil diperhatikan oleh Yong Li dan Muhammad Rauf di Korat semalam.


KORAT, Thailand - Riak wajah jurulatih skuad lebuh raya negara, Graham Seers tidak menunjukkan betapa dia resah selepas kehilangan pelumba harapan, Anuar Manan bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Australia itu tetap bersemangat menyusun strategi paling ampuh menjelang acara 160 kilometer lepas beramai-ramai lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini.

Kurang 24 jam selepas menjejakkan kaki di bumi Korat semalam, Seers bersama anak-anak buahnya iaitu Suhardi Hassan, Muhammad Rauf Nur Misbah serta Ng Yong Li mula 'menghidu' laluan yang akan menjadi venue perlumbaan itu nanti.

Selain Suhardi, Rauf dan Yong Li, skuad lebuh raya negara turut menampilkan dua pelumba trek elit iaitu Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Adiq Hussainie Othman pada ACC kali ini.

Bagaimanapun, Yong Li yang juga pelumba pasukan benua negara, LeTua Cycling Team (L2A) hanya akan mengambil bahagian dalam acara ujian masa.

"Kami ada lima hari sahaja lagi sebelum acara lepas beramai-ramai diadakan tetapi saya mahu setiap pelumba dapat merasai suasana perlumbaan lebih awal di Korat. Jadi latihan hari ini (semalam) membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta laluan sebenar nanti," jelas Seers ketika ditemui semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Anuar yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir ekoran masalah kesihatan, Seers berkata, dia menerima perkhabaran kurang gembira tersebut dengan hati terbuka.

"Anuar mula mengalami demam sejak Khamis lalu dan selepas mendapat nasihat daripada doktor, dia terpaksa direhatkan. Ini bukan satu berita baik tetapi saya harus bersedia dengan setiap masalah yang timbul.

"Sebagai jurulatih, saya harus mempunyai pelan B jika pelan asal tidak dapat disempurnakan. Disebabkan itu, saya memanggil Suhardi untuk menggantikan tempat Anuar," jelas Seers yang mula membimbing skuad negara sejak Januari lalu.

Seers berkata, ketiadaan Anuar mampu ditampung oleh Suhardi walaupun Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 itu dianggap aset terbaik Malaysia untuk memburu kejayaan di Korat.

"Mungkin saya akan mengubah sedikit strategi selepas kombinasi pelumba yang ada terpaksa ditukar. Bagaimanapun, saya tidak nampak banyak masalah jika Suhardi mengambil alih tempat Anuar.

"Suhardi adalah pelumba berpengalaman dan dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cukup tinggi. Saya percaya dia mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin," katanya.

Seers juga boleh menarik nafas lega apabila Adiq dikatakan sudah pulih selepas mengalami masalah kesihatan sejak dua hari lalu.

"John Beasley (ketua jurulatih) telah memberitahu saya keadaan Adiq semakin sihat dan ini adalah berita baik kepada skuad lebuh raya negara. Sebelum ini, saya juga agak resah selepas mengetahui Adiq mengalami masalah kesihatan," kata Seers.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan