Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Rehat Jijoe'

Posted: 01 Mar 2011 11:29 AM PST

Sukan

Zolkples tidak mahu Azizul terburu-buru bimbang cedera lagi

EPISOD Azizulhasni Awang kembali hangat, semalam dan kali ini Majlis Sukan Negara (MSN) tampil menghujahkan pandangan berbeza - segala-segalanya menjurus kepada usaha melarang ikon sukan negara itu kembali secara pantas ke trek berbasikal.

Andai berpandu kepada kata-kata Datuk Zolkples Embong, jelas ia berlawanan dengan pendirian Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang seperti 'memberi lampu hijau' kepada anak muda dari Dungun itu untuk menyahut cabaran di Kejohanan Dunia Trek di Apeldoorn, akhir bulan ini. "Dia tidak perlu terburu-buru bertanding di kejohanan dunia. Nasihat saya adalah supaya dia (Azizulhasni) jangan mengambil sebarang risiko yang boleh menjejaskan matlamat dan sasaran lebih penting memburu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012," kata Ketua Pengarah MSN itu.

Dia menekan betapa lebih penting pemenang pingat emas acara keirin di Sukan Asia itu memastikan dirinya benar-benar pulih dan cergas daripada pembedahan mengeluarkan serpihan kayu trek di betisnya, sebelum berkayuh.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-40 MSN di Bukit Jalil semalam, Zolkples menegaskan Azizulhasni perlu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester itu.

"Bayangkan, jika serpihan kayu trek berkenaan tertusuk di dada atau matanya. Apa yang akan terjadi? Jadi, saya mahu dia bersyukur dan berehat sepenuhnya terlebih dulu bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih," katanya.
Begitupun, Zolkples menyerahkan kepada jurulatih Azizulhasni, John Beasley untuk membuat keputusan terbaik sama ada jaguh pecut itu perlu bertanding atau tidak pada kejohanan itu.

Kelmarin, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) merangkap pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad mengesahkan nama ikon sukan negara berusia 23 tahun itu akan didaftarkan bagi kejohanan elit itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FA takut kelab gergasi: Whelan

Posted: 01 Mar 2011 11:23 AM PST

Sukan

pix_gal0
LONDON: Pasukan kerdil dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) membidas FA England takut untuk menghukum kesalahan pemain bintang daripada kelab elit.

Hujah itu menjurus kepada gelagat tonggak Chelsea, Ashley Cole dan ayam tambatan Manchester United, Wayne Rooney yang 'dibebaskan' daripada hukuman berat.

"Ini satu isyarat yang teruk," kata pemilik kelab Wigan, Dave Whelan (gambar) - merujuk kepada keputusan pengadil tidak bertindak mengenakan hukuman berat ke atas Rooney yang pada pengamatannya jelas menyiku pemain daripada kelabnya. "Ada sesuatu yang tidak kena apabila pemain tersohor seperti Rooney bebas tanpa sebarang hukuman. Jika pemain saya melakukannya saya berani bertaruh dia akan di buang padang. Pegawai FA tampak mudah terpengaruh dengan nama 'Rooney' dan 'United'."

Begitu juga dengan Cole yang terlepas hukuman selepas secara tidak sengaja menembak pelatih yang menjalani latihan praktikal di kelab itu dengan pistol udara di gelanggang latihan pasukan tempoh hari.

Pemain antarabangsa England itu bermain dengan pistol udara .22 yang dibawanya ke bilik persalinan, Ahad lalu dan tidak menyedari ia berisi peluru. Apapun, pelajar sains sukan itu, Tom Cowan tidak perlu menjalani rawatan hospital. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen