Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


FELDA perlu perlawanan ujian

Posted: 24 Mar 2011 03:35 PM PDT

Sukan

PEMAIN  FELDA United  Mohd Kaironnisam cuba mengawal penyerang  Kelantan  S  Chanturu pada saingan Piala FA, minggu lalu.

PEMAIN FELDA United Mohd Kaironnisam cuba mengawal penyerang Kelantan S Chanturu pada saingan Piala FA, minggu lalu.

Elavarasan mahu pemain kekal momentum ketika aksi Liga Super rehat

PENYINGKIRAN daripada kancah Piala FA dan saingan liga yang sedang berehat memberikan FELDA United masa mengatur perlawanan persahabatan untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain bagi meneruskan aksi kecemerlangan dan menghadapi jadual padat Liga Super, bulan depan.

Jurulatihnya, E Elavarasan berkata, skuad itu mungkin akan mengatur satu atau dua perlawanan persahabatan menjelang jadual Liga Super yang disambung semula awal bulan depan, namun setakat ini FELDA United masih belum mengenalpasti lawan sesuai untuk perlawanan persahabatan terbabit.

"Setakat ini latihan berjalan seperti biasa tetapi ekoran rehat liga yang agak panjang ini, saya merasakan kami perlu adakan beberapa perlawanan persahabatan untuk terus mengekalkan momentum prestasi serta memastikan pemain sentiasa pada tahap cergas untuk beraksi," kata jurulatih yang lebih mesra dengan panggilan Ela itu. "Jika kami berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala FA ketika menentang Kelantan dulu, kami mungkin tidak perlukan perlawanan persahabatan, tetapi keadaannya kini berbeza."

FELDA United kini menduduki tangga kedua carta Liga Super selepas mengumpul 14 mata daripada tujuh perlawanan, sama seperti pendahulu carta Kelantan dan pasukan di tangga ketiga Selangor, tetapi dibezakan oleh jumlah jaringan.

Mengulas prestasi agak membanggakan dalam kemunculan sulung di saingan Liga Super setakat ini, Ela berkata dia tidak mahu terbawa-bawa dengan pencapaian itu kerana bagi dirinya perjalanan skuadnya masih jauh, selain masih belum berdepan ujian sebenar bertemu pasukan handalan seperti Selangor.

"Apapun, saya gembira kerana pemain menunjukkan persefahaman dan peningkatan dalam setiap aksi walaupun skuad kami dibarisi 15 muka baru," katanya. Untuk aksi Liga Super seterusnya, Felda United akan menentang Perak di gelanggang lawan pada 2 April.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UniKL hadapi saingan sengit

Posted: 24 Mar 2011 03:35 PM PDT

Sukan

JUARA keseluruhan Liga Hoki Remaja, tahun lalu, UniKL menjangkakan mereka sekali lagi bakal berdepan saingan sengit daripada musuh tradisi untuk musim ini iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Diletakkan dalam senarai pasukan dalam divisyen satu bersama seterunya itu dengan saingan bermula petang ini, mereka memperkemaskan lagi pasukan musim ini dengan membawa khidmat jurulatih daripada New Zealand untuk membantu barisan kejurulatihan sedia ada iaitu S Velappan.

"Bermula tahun ini kita memperkenalkan infrastruktur hoki terkini ialah kesinambungan daripada liga perdana ke dalam liga remaja. Ia bukan saja untuk menang tetapi memperkenalkan kemudahan hoki yang baik," kata pengurus pasukan UniKL, Amir Azhar Ibrahim. Katanya, selama beraksi dalam liga remaja sejak dua tahun lalu, UniKL sudah berjaya menggilap beberapa bakat baru untuk bersaing dalam liga yang lebih tinggi seterusnya diharapkan dapat menggalas tugas mewakili negara.

"Antara sembilan pemain UniKL yang bermain dalam liga perdana ialah Arief Iskandar Khamdan, Mohd Zulhairi Hashim, Mohd Nor Aqmal Abd Gaffer, Mohd Shamim Mohd Yusof, Muhammad Taufik Abd Hamid dan R Ramesh.

"Tiga daripada pemain kita juga dipanggil untuk berlatih dengan pasukan kebangsaan dan kita mahu ketengahkan lebih ramai lagi yang boleh mewakili pasukan kebangsaan, itu harapan kami," katanya.

Dalam pembukaan tirai perlawanan pertama Liga Hoki Remaja hari ini, UniKL bakal bertemu anak buah Dalbir Singh iaitu pasukan Majlis Bandaraya Ipoh Junior (MBI JR) jam 4.30 petang di Stadium Azlan Shah, Ipoh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan