Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Waspada jerat Pakistan

Posted: 06 Mar 2011 09:30 AM PST

ANCAMAN psikologi bakal dijadikan senjata Pakistan untuk mencari jalan menyekat kemaraan skuad negara pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 di Lahore, Rabu ini.

Justeru, jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee memberi peringatan kepada 18 pemain yang diberikan kepercayaan untuk menggalas cabaran itu untuk bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan yang berlaku tidak kira di luar mahupun dalam padang.


Untuk mengelak berdepan sebarang masalah yang boleh menjejaskan tumpuan anak buahnya apabila menjejakkan kaki ke Lahore malam ini, beliau turut menyusun beberapa langkah.

"Sebagai langkah berhati-hati saya mengagih-agihkan bola kepada setiap pemain dan juga mengasingkan jersi pemain kepada tiga beg apabila kami menaiki pesawat ke Lahore esok (hari ini).

"Ini kerana saya tidak mahu ada kes kehilangan bola atau jersi pemain jika diletakkan sekali. Mungkin perkara ini nampak kecil tapi jika berlaku boleh menimbulkan masalah dan menjejaskan tumpuan pemain. Duta Malaysia di Pakistan, Datuk Ahmad Anwar Adnan turut menasihatkan supaya semua pemain tidak makan dan minum di luar hotel yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan pemain.


"Kita tidak tahu apa strategi Pakistan di sana, mungkin mereka boleh mengancam dari segi psikologi pemain kita. Saya sudah mengingatkan semua pemain bahawa perjuangan mereka bermula sebaik memijakkan kaki di bumi Lahore," katanya yang ditemui sebelum sesi latihan terakhir skuad Olimpik di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam bermula.


Skuad negara bertandang ke Stadium Punjab bagi aksi kedua dengan bekalan dua gol hasil kemenangan di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Olimpik London.

Dengan kemungkinan terpaksa beraksi dalam cuaca sejuk dengan suhu mencecah 10 darjah selsius, pengendali negara tidak memandang mudah kebangkitan yang cuba dicipta Pakistan yang beraksi di laman sendiri.


"Kita boleh lihat pendekatan Pakistan sebelum ini, mereka sanggup melengahkan permainan supaya kalah 2-0 saja, ini kerana mereka seperti yakin untuk mengalahkan kita di Lahore dan kita tidak boleh ambil sambil lewa saja," katanya.

Sementara itu, Kim Swee mengumumkan senarai terakhir 18 daripada 25 pemain yang akan dibawa ke Lahore yang menyaksikan rombakan kecil dalam skuad berbanding perlawanan pertama.


Penyerang, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir digantikan dengan A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim mengambil tempat pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan, Muhammad Zamir Selamat mengisi posisi Izham Tarmizi Roslan di gawang gol manakala kecederaan saat akhir Mohd Faizal Muhamad memberi laluan kepada pertahanan, Nazirul Naim Che Hashim beraksi.


Selain itu Khairul Fahmi Che Mat kekal sebagai penjaga gol utama dan kapten pasukan selain tiga lagi pemain luar, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar turut tersenarai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Annuar yakin menang di Lahore

Posted: 06 Mar 2011 09:27 AM PST

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yakin skuad Olimpik negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan Pakistan pada perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 di Lahore, Rabu ini.

Katanya, dengan persiapan rapi dan juga kekuatan dimiliki skuad kendalian Ong Kim Swee itu, skuad negara perlu mencatat keputusan meyakinkan untuk menyuntik semangat sebelum menghadapi pusingan kedua yang lebih mencabar.


"Pasukan ini sudah menjalani persiapan terbaik sebelum perlawanan kedua dengan Pakistan, malah pasukan-pasukan seperti Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan juga Harimau Muda A sendiri terpaksa mengorbankan beberapa pemain pada perlawanan Piala FA untuk memberi laluan kepada latihan skuad ini.

"Kami harap pemain mempemerkan permainan terbaik kerana pada pandangan saya, pasukan negara tidak berdepan masalah untuk menang apatah lagi dengan bekalan dua gol.


"Saingan kelayakan Olimpik lebih sukar berbanding dulu dan pasukan negara perlu memperbaiki permainan kerana jika layak, saingan pasti lebih mencabar," katanya.


Skuad Olimpik negara berlepas ke Lahore hari ini bagi aksi perlawanan timbal balik selepas menang 2-0 di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hadir pada majlis ramah mesra pasukan itu bersama peminat di Alhamra Farm Sg Pendek, Hulu Langat, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan