Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azizulhasni tokoh ikon sebenar - PM

Posted:

Azizulhasni tokoh ikon sebenar - PM

Azizulhasni tokoh ikon sebenar - PM



MELBOURNE - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang tetap meneruskan perlumbaan walaupun mengalami kecederaan semasa kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester bulan lepas, seba- gai tokoh ikon yang sebenarnya.

"Kamu membuat kami merasa bangga. Kamu telah menunjukkan apa sebenarnya erti semangat.

"Sebenarnya kamu adalah tokoh ikon yang sebenar-benarnya yang tidak mengenal erti menyerah kalah," kata Perdana Menteri pada satu majlis makan tengah hari dengan rakyat Malaysia di Melbourne semalam. Majlis tersebut dihadiri Azizulhasni serta pelajar Malaysia di Univer- siti Melbourne.

Azizulhasni merupakan penuntut di universiti itu dan kini berpangkalan di Melbourne bersama skuad berbasikal trek negara yang lain menjalani latihan.

Pada majlis itu, Najib kemu- dian menyampaikan sumbangan AUS$10,000 (RM30,679) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) kepada pelumba tersebut.

Najib juga menyifatkan episod Azizulhasni itu sebagai satu cerita yang menarik.

"Dalam hidup, kamu tidak boleh ada perkataan menyerah kalah.

"Anda hadapi rintangan, anda atasi rintangan itu. Anda hadapi cabaran, anda menanggung kesakitan itu dan jika anda tanggung kesakitan itu, anda akan berjaya," katanya.


NAJIB (kanan) bersalaman dengan Azizulhasni pada majlis perjumpaan dengan rakyat Malaysia di Melbourne semalam.


Azizulhasni terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya sewaktu menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester dua minggu lepas.

Biarpun betisnya masih tertusuk serpihan kayu itu, Azizulhasni bingkas menunggang semula basikalnya untuk menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa, memastikannya terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Najib berkata, Azizulhasni juga merupakan simbol dalam hubungan Malaysia-Australia seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard bahawa Azizulhasni adalah pelumba Malaysia bertaraf dunia di bawah asuhan Australia.

Sambil mengucapkan selamat berjaya kepada Azizulhasni, Najib berkata, Malaysia mahu pelumba itu membuat negara berasa bangga dengan meraih emas.

Malaysia menyandarkan harapan kepada Azizulhasni untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya akan buktikan'

Posted:

'Saya akan buktikan'

'Saya akan buktikan'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE mengelap kasutnya yang akan digunakan pada aksi sulung bersama Pelita Jaya hari ini.


JAKARTA – Mohd. Safee Mohd. Sali bakal mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama Malaysia tampil beraksi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).

Safee bakal turun beraksi mewakili pasukannya, Pelita Jaya menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat petang ini.

Safee, 27, tidak perlu menja- lani ujian pemilihan untuk memikat pasukan ISL itu tetapi aksi mantapnya ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan muncul penjaring terbanyak kejohanan menjadikan 'sahamnya' terus melonjak.

Reputasi hebat Safee membuatkan Pelita Jaya serta dua lagi kelab ISL, Persib Bandung dan Persiba Balikpapan sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi menebus baki kontraknya bersama pasukan Selangor tetapi akhirnya Pelita Jaya menjadi pilihannya.

Hari ini, Safee bakal memulakan tugasnya untuk membantu Pelita Jaya memperbaiki kedudukan tercorot ISL setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama liga bulan lalu.

Selain itu, Safee turut mempunyai sasaran peribadi iaitu untuk meledak gol ke-110 peri- badi setelah sebanyak 109 gol berjaya dijaringkannya sepanjang beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Saya janji akan main bersungguh-sunguh esok (hari ini) kerana tahu selain penyokong Pelita Jaya, pelajar Malaysia di sini serta duta pun akan datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.

"Saya nak buktikan bahawa anak Malaysia juga mampu beraksi baik pada saingan liga luar. Saya mahu mereka pulang dengan gembira," katanya kepada Kosmo! malam tadi.

Penampilan sulung Safee petang ini turut ditunggu-tunggu para penyokong setia Pelita Jaya berdasarkan sambutan hangat yang diberikan mereka terhadap pemain kelahiran Kajang itu pada sesi latihan petang semalam.

"Sambutan penyokong tadi (semalam) memang luar biasa bagi diri saya. Saya rasa cukup bangga dengan sambutan meriah seperti ini.

"Seboleh-bolehnya untuk baki perlawanan ISL musim ini, saya akan cuba membalas kepercayaan para penyokong serta pihak pengurusan kelab ini," jelas Safee yang turut menunjukkan but Nike yang bakal dipakainya petang ini.

Namun, ada sedikit kegusaran disuarakan Safee berhubung keadaan padang di Stadium Singaperbangsa yang baru diuji buat kali pertama olehnya petang semalam.

"Keadaan padang di stadium tak berapa bagus. Mungkin sukar untuk kami mempraktikkan apa yang dibuat semasa latihan.

"Tetapi saya akan tetap bermain seperti biasa. Apa pun saya mahu jadikan ia gelanggang keramat saya," ujar Safee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Krajicek jangka saingan sengit

Posted:

Krajicek jangka saingan sengit

Krajicek jangka saingan sengit


KRAJICEK terus mencipta kejutan untuk melangkah ke pusingan separuh akhir semalam.


JAGUH dari Belanda, Michaella Krajicek menjangkakan persaingan sengit apabila berdepan dengan pemain Australia, Jelena Dokic pada pusingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2011 di gelanggang Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur hari ini, lapor KUMARA SABAPATTY.

Krajicek meneruskan kemaraan selepas menewaskan pemain Lu- xembourg, Anne Kremer pada suku akhir semalam.

Dalam pertemuan itu, Krajicek menang mudah ke atas Kremer dengan keputusan 6-2, 6-3.

"Saya tidak menghadapi masalah ketika menentang Anne kerana saya mampu mengekalkan konsistensi selain menampilkan permainan yang lebih baik.

"Lagipun permainan saya bertambah baik dan saya rasa cukup bertenaga pada aksi suku akhir ini walaupun ada ketikanya mendapat tentangan cukup hebat dari- pada Anne," katanya.

Namun, Krajicek menyifatkan pertemuan dengan Dokic pada separuh akhir hari ini sebagai pertembungan sengit dan mereka mempunyai peluang seimbang untuk mencatatkan kemenangan.

"Ia akan menjadi permainan yang sengit esok (hari ini) kerana masing-masing memburu slot ke perlawanan akhir selain mempunyai tahap kecergasan dan permainan yang konsisten.

"Saya tidak kisah dengan keadaan cuaca, cuma saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang."

Dokic melangkah ke separuh akhir selepas membenam pemain Serbia, Bojana Jovanovski 7-6, 6-2 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam 39 minit.

Walaupun Dokic ketinggalan 5-6 sebelum mencatatkan kemenangan 7-6 pada set pertama tetapi pada set kedua pemain ranking ke-91 dunia itu menang mudah dengan menampilkan permainan penuh bertenaga sebelum mencatat kemenangan 6-2.

"Permainan tadi memang agak mencabar dan saya terpaksa bekerja keras untuk memenangi perlawanan. Sasaran saya esok (hari ini) hanyalah untuk menang."

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Jarmila Groth dari Australia menewaskan pemain Jepun, Ayumi Morita 7-5, 3-6, 7-5.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan