Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United perlu bangkit - Ferguson

Posted:

United perlu bangkit - Ferguson

United perlu bangkit - Ferguson



MANCHESTER - Alex Ferguson menasihati pemain Manchester United agar bangkit menunjukkan karakter sebagai juara sebenar dengan menang ke atas Liverpool malam ini.

Pendahulu Liga Perdana England itu tumpas 1-2 kepada Chelsea minggu lepas dan Ferguson sendiri dikenakan hukuman di atas komennya ke atas pengadil perlawanan tersebut.

Ketika ini United dan Liverpool terikat dengan menjuarai trofi liga sebanyak 18 kali dan The Red Devils sudah pasti mahu mengatasi musuh tradisi mereka itu dengan mencatat kemenangan di Anfield malam ini.

United akan turun dengan kelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Arsenal.

"Di kelab ini, kamu perlu bangkit semula menebus kekalahan," kata Ferguson yang mahu anak buahnya bangkit memberi reaksi di atas kekalahan kepada Chelsea.

"Kekalahan itu adalah satu tamparan bagi kami tetapi kami perlu bangkit pada pertemuan dengan Liverpool nanti."


UNITED bakal beraksi tanpa tonggak pertahanan, Nemanja Vidic (kanan) yang digantung.


Dengan Nemanja Vidic digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika menentang Chelsea dan Michael Car- rick cedera di betis manakala Jonny Evans cedera di buku lali, Ferguson kini mengalami krisis di posisi pertahanan.

Pengurus United itu dijangka terpaksa menurunkan West Brown untuk bergandingan dengan Chris Smalling di bahagian tengah pertahanan ketika nasib Rio Ferdinand pula masih belum pasti sama ada boleh diturunkan ataupun tidak. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jelajah Malaysia cabar 'ego' LTdL

Posted:

Jelajah Malaysia cabar 'ego' LTdL

Jelajah Malaysia cabar 'ego' LTdL


JELAJAH Malaysia berjaya menarik minat Telekom Malaysia sebagai antara penaja utama tahun ini selepas syarikat itu 'berpatah arang' dengan LTdL.


JELAJAH Malaysia (JM) adalah perlumbaan basikal lebuh raya tertua di Malaysia.

Perlumbaan ini diklasifikasikan sebagai ranking kelas 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Sejak kali pertama diperkenalkan pada 1963, status JM kini semakin berkembang dan mula dikenali sebagai antara kejohanan basikal paling berprestij di kalangan pelumba pasukan Asia dan juga antarabangsa.

Dengan liputan meluas oleh media tempatan dan antarabangsa, Jelajah Malaysia telah membuktikan bahawa ia adalah satu lagi platform penting dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal.

JM juga merupakan satu lagi medan terbaik buat pelumba Malaysia untuk bertanding dan mengutip pengalaman berharga dalam dunia perlumbaan basikal.

Kebanyakan pelumba yang telah menyarung jersi Malaysia ketika ini semuanya bermula dengan menyertai perlumbaan JM.

Jelas sekali pendedahan yang dikutip daripada perlumbaan JM ini telah membantu peningkatan pelumba negara dalam karier mereka di pentas antarabangsa pada masa hadapan.

Bagi edisi JM 2011 kali ini, perlumbaan akan bermula dari Johor melalui Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dengan melibatkan enam peringkat dari 8 hingga 13 Mac ini.

Di semua tempat pelepasan dan penamat perlumbaan, pihak penganjur akan mengadakan satu mini karnival yang bakal mempersembahkan pelbagai aktiviti rekreasi dan hiburan hasil sokongan daripada syarikat sektor kerajaan dan juga swasta.

Pelbagai khidmat dan kemudahan daripada syarikat-syarikat ini akan turut ditayangkan kepada orang ramai sepanjang perlumbaan JM kali ini.

Dianggarkan lebih 10,000 hingga 15,000 peminat dan penonton akan memeriahkan acara festival perlumbaan ini.

Pihak penganjur juga sedar betapa pentingnya untuk mempromosi acara perlumbaan ini ke seluruh negara, justeru perlumbaan ini akan turut disiarkan secara langsung dan rakaman di televisyen seluruh negara dalam usaha memperkenalkan budaya Malaysia kepada dunia.

Pihak penganjur juga percaya ia dapat memberi manfaat bersama kepada penaja-penaja yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan perlumbaan ini.

Dengan kepakaran teknikal penajaan, bidang pemasaran, promosi dan juga siaran langsung di televisyen, semua penaja perlumbaan ini pastinya berpuas hati dengan pelaburan mereka dalam perlumbaan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liga Futsal KBS buka tirai

Posted:

Liga Futsal KBS buka tirai

Liga Futsal KBS buka tirai

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my


MOHID melakukan sepakan pelancaran Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011 semalam.


LIGA Super Futsal Kementerian Belia dan Sukan (KBS)- Putrajaya 2011 yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya Berhad akhir- nya membuka tirai secara rasmi di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya di sini semalam.

Perasmian yang disempurnakan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed mene- rusi pelancaran gimik logo diikuti menendang bola sebagai permulaan rasmi liga turut disaksikan hampir 1,000 orang awam termasuk para pemain futsal.

Menurut Mohid, ia merupakan acara julung kali diadakan selepas menyaksikan sambutan hangat yang diberikan peserta seluruh negara terhadap penganjuran sulung Kejohanan Futsal Penjawat Awam Putrajaya 2011.

"Saya difahamkan sebanyak 160 pasukan dari seluruh negara mengesahkan penyertaan dan hadir untuk menyahut cabaran bagi menjuarai pertandingan futsal ini.

"Apa yang menarik, pertandingan kali menyaksikan seba- nyak 10 gelanggang futsal yang dibina khas termasuk sebuah gelanggang futsal bertaraf dunia disediakan untuk pasukan yang bertanding," katanya.

Tambah beliau, pertandingan futsal itu turut menyaksi- kan 10 pasukan bawah 12 tahun, 24 pasukan (18 tahun ke bawah), 96 pasukan (terbuka lelaki) dan 28 pasukan terbuka wanita mengambil bahagian.

Pertandingan kali ini dijadu- alkan berlangsung setiap Sabtu sehingga kemuncak sambutan Hari Belia Negara secara besar-besaran di Putra- jaya pada 28 Mei depan.

Selain futsal, Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011 ini juga mampu menarik perhatian belia apabila pelbagai akti- viti seperti pertandingan foto- grafi, menimbang bola, pertandingan karaoke turut diadakan bagi memastikan para belia menggunakan sukan futsal sebagai penjana dalam membina karakter positif dan membina jaringan hubungan baik.

"Saya pasti pertandingan kali ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM54,000 berserta pingat dan hamper sudah pasti akan menjadi sasaran para peserta lelaki dan wanita," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan