Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Penamat yang amat melukakan

Posted:

Penamat yang amat melukakan

Penamat yang amat melukakan

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my


KOO Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong membalas hantaran beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada perlawanan akhir All England di Birmingham, semalam. – AFP


KUALA LUMPUR – Selepas memperagakan persembahan hebat dalam laluan ke final, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akhirnya gagal memperoleh penamat yang diimpikan apabila tunduk kepada pasangan No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada penentuan kejuaraan badminton All England di Arena Tertutup Birmingham, semalam.

Hilang fokus akibat keinginan membuak-buak untuk menamatkan kemarau setahun tanpa gelaran antarabangsa mendorong kepada kekalahan 21-15, 18-21, 18-21 kepada Boe-Mogensen dalam masa 1 jam, 8 minit, biarpun Kien Keat-Boon Heong memulakan aksi dengan amat meyakinkan pada kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Ini adalah penamat yang sangat mengecewakan buat anak didik Rexy Mainaky itu selepas mengharungi kempen cemerlang di Birmingham, termasuk menumbangkan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia di suku akhir dan juara dunia China, Fu Haifeng-Cai Yun pada separuh akhir, kelmarin.

Malah semalam, keyakinan tinggi mengiringi langkah Kien Keat-Boon Heong untuk merampas kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2007, apabila bukan saja turun dengan rekod menang tujuh daripada lapan pertemuan menentang Boe-Mogensen, malah mudah menangi set pembukaan 21-15.

Beregu No. 5 dunia itu juga mendahului selesa 16-11 di set penentuan, namun sekali lagi mentaliti lemah dan kegagalan mengawal tekanan hebat memaksa mereka kecundang di tangan pasangan Denmark, yang merangkul gelaran besar buat kali pertama.

"Ia memang penamat yang mengecewakan buat Kien Keat dan Boon Heong, apatah lagi mereka telah menunjukkan persembahan yang amat hebat sepanjang kejohanan ini. Malah, hari ini mereka juga bermula dengan sangat meyakinkan, memenangi set pertama sebelum mendahului set penentuan.

"Bagaimanapun selepas memegang kelebihan 16-11 (set ketiga) fokus mereka mula hilang. Barangkali, keinginan yang terlalu tinggi untuk memenangi kejuaraan pertama selepas setahun menyebabkan mereka tidak sabar-sabar hendak menamatkan permainan, akhirnya ini membuka ruang kepada kesilapan demi kesilapan.

"Baik Koo mahupun Tan, kedua-duanya mula melakukan pukulan liar dengan smash yang tidak tepat. Biarpun pukulan lawan tidak tajam, mereka gagal mengembalikannya dengan baik, sebelum akhirnya menghadiahkan mata kemenangan kepada lawan hasil kesilapan sendiri,'' kata Rexy yang dihubungi di Birmingham semalam.

Boon Heong menghadiahkan mata kemenangan kepada pasangan Denmark selepas melakukan pukulan yang meliar ke sebelah kiri gelanggang lawan, kesilapan yang disambut riang oleh Boe dan Mogensen yang terbaring kegembiraan.

Kali terakhir Kien Keat-Boon Heong merangkul kejuaraan dalam kalendar Persatuan Badminton Dunia adalah pada Terbuka Malaysia, Januari tahun lalu, namun mereka gagal mempertahankan gelaran, Januari lepas selepas kalah kepada pasangan tidak ternama China, Hong Wei-Shen Ye di pusingan pembukaan.

Kekalahan terbaru ini, memanjangkan kemarau Kien Keat-Boon Heong untuk mencari kejuaraan sulung, biarpun menunjukkan aksi agak konsisten sepanjang tahun ini dengan melangkah ke separuh akhir Terbuka Korea (Januari) dan Terbuka Jerman, minggu lalu.

Meskipun kalah, pasangan negara itu tetap pulang bersama hadiah lumayan AS$13,300 (RM40,500) selaku naib juara. Boe-Mogensen pula meraih AS$27,650 (RM84,000) selaku juara kejohanan Siri Super Premier.

Sementara itu, Wang Shixian meneruskan dominasi China dalam perseorangan wanita menepati reputasinya sebagai pemain No. 1 dunia apabila menumpaskan pemain Jepun, Eriko Hirose 24-22, 21-18 dalam pertarungan sengit yang berlarutan hampir sejam.

Saingan beregu wanita turut menjadi milik China apabila Wang Xiaoli-Yu Yang langsung tidak tercabar ketika menumpaskan pasangan Jepun, Mizuki Fuji-Reika Kakiiwa 21-2, 21-9.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chong Siang, Boon Lim atlet olahraga pertama layak ke Sukan SEA

Posted:

Chong Siang, Boon Lim atlet olahraga pertama layak ke Sukan SEA

Chong Siang, Boon Lim atlet olahraga pertama layak ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR - Dua atlet jalan kaki negara, Lo Chong Siang dan Teoh Boon Lim menjadi atlet olahraga pertama yang berjaya melepasi kelayakan Sukan SEA 2011 semalam, sekali gus membuktikan keberkesanan latihan selama tiga minggu di Ranau, Sabah.

Chong Siang mencatat kepantasan 1 jam 28 minit 3 saat pada Kejohanan Jalan Kaki Asia 20 Kilometer di Nomi City, Jepun semalam, mengatasi masa kelayakan Sukan SEA 1:32.09s.

Atlet jalan kaki veteran negara, Boon Lim juga layak untuk beraksi pada Sukan SEA November ini, apabila mencatat masa 1:29.24s pada kejohanan di Jepun itu.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, kejayaan kedua-dua atlet itu secara tidak langsung membuktikan bahawa latihan di Ranau bukan sia-sia, tetapi memberi manfaat yang besar.

Tambahnya, Chong Siang merupakan antara tiga atlet jalan kaki yang menjalani latihan di Ranau, malah atlet jalan kaki wanita, Norliana Mohd. Rusni yang turut menjalani latihan di sana, juga berjaya memperbaiki rekod peribadi pada kejohanan di Jepun itu dengan masa 1:51.33s.

"Ini merupakan perkara yang menggembirakan kami kerana Chong Siang dan Norliana berjaya membuktikan kepada semua bahawa latihan di Ranau mampu meningkatkan prestasi mereka.

"Sebelum ini Norliana hanya mampu memperoleh catatan masa sekitar 2 jam, namun keupayaannya selepas menjalani latihan di Sabah telah meningkat dengan baik.

"Saya yakin dia mampu melepasi masa kelayakan yang di tetapkan untuk ke Sukan SEA dalam masa terdekat ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan