Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Shabery mahu Misbun kekal

Posted:

Shabery mahu Misbun kekal

Shabery mahu Misbun kekal

PUTRAJAYA – Jasa Datuk Misbun Sidek membimbing Datuk Lee Chong Wei tidak akan dilupakan seperti mana jasa keluarga 'Sidek' mengharumkan negara dalam sukan badminton.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keluarga Sidek begitu sinonim dengan kebangkitan badminton negara bukan saja di Malaysia, malah di peringkat dunia.

Katanya, Misbun merupakan seorang personaliti hebat dalam sukan badminton tanah air dan bukannya gah pada nama keluarga 'Sidek' semata-mata.

Justeru, katanya, jasa Misbun melatih pemain No. 1 dunia, Chong Wei tidak akan dilupakan begitu sahaja.

"Kita tidak boleh lepas pandang isu Misbun atau melupakan jasanya dengan begitu mudah, beliau seorang yang istimewa.

"Oleh itu, saya berharap Misbun tetap bersama skuad badminton negara dalam apa cara sekali pun," katanya selepas menghadiri majlis pengumuman penajaan untuk menjayakan Hari Belia Negara di sini, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, beliau sudah dua kali berjumpa dengan Misbun, namun tiada kata putus.

"Dalam dua pertemuan tersebut, apa yang dia kata ialah segala keputusan adalah untuk kepentingan negara," katanya.

Isu Misbun sudah berlarutan lebih tiga bulan sejak jurulatih itu meletakkan jawatan pada 31 Disember lepas, atas alasan peribadi, dalam tempoh berkenaan juga Chong Wei sudah menyertai empat kejohanan antarabangsa, menang tiga daripadanya, terbaru mempertahankan kejuaraan All England.

Pelbagai usaha telah dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memujuk jurulatih itu kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, termasuk menyuarakan kesediaan untuk berkompromi dalam beberapa isu yang menjadi punca peletakan jawatan mengejut Misbun.

Hasil daripada beberapa pertemuan baik bersama Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mahupun dengan Ahmad Shabery, ada petanda positif krisis akan selesai dengan baik, namun hingga kini tiada kesudahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak letak jawatan jurulatih NS

Posted:

Wan Jamak letak jawatan jurulatih NS

Wan Jamak letak jawatan jurulatih NS

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Wan Jamak Wan Hassan


SEREMBAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menerima peletakan jawatan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berikutan kemerosotan prestasi Hoben Jang Hoben ketika ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar persatuan itu selepas menerima surat daripada Wan Jamak awal pagi semalam, yang menyatakan hasratnya untuk berundur sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat dengan berat hati membuat keputusan itu tanpa menafikan jasa yang telah dicurahkan oleh jurulatih berkenaan sehingga Negeri Sembilan berjaya merangkul Piala FA dan Piala Malaysia.

"Sebagai seorang profesional di bidang kejurulatihan, beliau mengambil tanggungjawab di atas kegagalan pasukan. Beliau telah memberikan surat pagi ini yang meminta dibenarkan berundur sebagai jurulatih pasukan.

"Memang berat nak melepaskan beliau kerana jasanya yang membawa Negeri Sembilan dua kali menjadi juara.

"Saya kena hormat pendirian beliau kerana dia telah cuba yang terbaik tapi tidak berkesan, jadi biar dia undur diri dan beri laluan kepada jurulatih lain yang dapat melonjakkan prestasi pasukan,'' katanya kepada para pemberita di sini semalam.

Sebelum itu, Wan Jamak menghantar surat peletakkan jawatan kepada PBNS semalam.

Beliau mengakui bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukannya, yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan Liga Super.

"Saya menghantar surat peletakan jawatan pagi ini (semalam) kerana merasakan bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukan Negeri Sembilan dan akur dengan kehendak pengurusan persatuan, walaupun saya akui masih ada ruang untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan kerana saingan Liga Super masih lagi di peringkat awal.

"Demi kepentingan pasukan, lebih baik saya berudur bagi memberi laluan kepada pengurusan untuk mengambil tindakan memperbaiki keadaan," katanya semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan