Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sengat Rooney

Posted: 07 Apr 2011 11:49 AM PDT

Sukan

pix_gal0
United akhiri kemarau tewaskan Chelsea

LONDON: Wayne Rooney menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kemenangan Manchester United di Stamford Bridge dengan gol tunggal mengatasi Chelsea 1-0 pada hari yang turut menyaksikan jentera serangan Barcelona 'mengganas' membelasah Shakhtar Donetsk 5-1 dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Namun, Rooney tetap pulang dengan wajah suram apabila rayuan penggantungan dua perlawanan ditolak FA, semalam yang bererti ayam tambatan Alex Ferguson itu terlepas aksi menentang Fulham dalam Liga Perdana Inggeris, esok dan juga saingan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City pada 16 April ini. Apapun, perlawanan sesama kelab gergasi Inggeris itu jelas mencetus drama apabila Carlo Ancelotti menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil tidak memberi sepakan penalti kepada tuan rumah pada lewat babak permainan.

Pada pengamatan pengendali The Blues itu kekasaran Patrice Evra ke atas Ramires dalam kotak penalti sah tetapi pengadil dari Sepanyol, Alberto Undian mempunyai pandangan berbeza.

Ferguson pula secara sinis berkata selepas tujuh tahun baru dia nampak satu keputusan baik memihak United di Stamford Bridge.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petrov, Schumi harapan negara

Posted: 07 Apr 2011 11:47 AM PDT

Sukan

pix_gal0
PADA pandangan peminat tempatan Formula Satu (F1), pemandu pasukan Lotus-Renault, Vitaly Petrov adalah harapan untuk mengibar Jalur Gemilang menjelang saingan Grand Prix Malaysia PETRONAS, Ahad ini.

Jelas sejak naik podium selaku pemenang tempat ketiga di GP Australia, pemandu dari Russia itu menjadi bahan perbualan yang meniti di bibir peminat untuk melonjakkan nama pasukan milik Proton. Namun, dia lebih gemar meletakkan sasaran sederhana walaupun peluang mengulangi pencapaian itu di Sepang nanti tetap ada.

"Sukar mengatakan sama ada kami mampu mengulangi atau mengatasi pencapaian di Melbourne, namun kami akan berusaha keras untuk mencapainya," kata pelumba itu ketika lawatan ekslusif ke Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, semalam. "Jentera kami semakin baik, malah amat baik berbanding tahun lalu dengan beberapa inovasi baru, namun saya fikir kami perlu tunggu beberapa pusingan lagi untuk melihat gambaran yang sebenar.

Selain Petrov, harapan turut berpaut kepada Michael Schumacher (gambar) dari Mercedes PETRONAS GP untuk mencipta satu kejutan dan begitu juga Team Lotus - antara tiga pasukan yang berpayung di bawah nama Malaysia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen