Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Vettel garang

Posted: 09 Apr 2011 12:14 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Juara dunia F1 sambar petak pertama GP Sepang

JUARA dunia dari Red Bull Racing, Sebastian Vettel menyambar petak pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, untuk mencerahkan peluang mengula­­ngi kemenangan di litar yang sama dalam perlumbaan 56 pusingan, hari ini.

Dalam sesi kelayakan mendebarkan dan berbaki beberapa saat sebelum segmen kelayakan ketiga berakhir, pemandu Jerman berusia 23 tahun itu memintas pemandu McLaren, Lewis Hamilton apabila merakam 1 minit 34.870 saat, mengatasi Hamilton yang melakukan 1:34.974s beberapa saat sebelum itu. "Saya gembira dengan petak pertama ini tetapi jurang begitu kecil dan perlumbaan esok (hari ini) pasti lebih mencabar. Dengan cuaca yang tidak menentu di sini, saya tidak boleh ambil mudah," kata Vettel, semalam.

Barisan kedua juga bakal diisi pemandu Red Bull, Mark Webber (1:35.179s) memastikan petak ketiga, sedikit di depan pemandu McLaren, Jenson Button (1:35.200s), sekali gus mengulangi kedudukan petak sama pada perlumbaan GP Australia dimenangi Vettel, dua minggu lalu.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso dan pemandu Lotus Renault, Nick Heidfeld mengisi barisan ketiga, diikuti Felipe Massa (Ferrari) dan Vitaly Petrov (Lotus Renault) manakala pemandu GP Mercedes-PETRONAS, Nico Rosberg dan pemandu Sauber F1, Kamui Kobayashi melengkapkan lima barisan depan menjelang perlumbaan 56 pusingan, jam 4 petang ini.

Mengakui agak terkejut kerana Sepang tidak dilanda hujan petang semalam, Vettel berkata, pasukan itu mengumpul banyak maklumat di GP Australia sebelum tiba di Sepang, terutama dari segi ketahanan tayar Pirelli yang mula digunakan musim ini.
Namun, dia menjangkakan perlumbaan pasti hari ini pasti berbeza dan lebih sengit berbanding ketika dia mengetuai cabaran Red Bull mencatat kemenangan 1-2 bersama Webber di Sepang, tahun lalu.

Sementara itu, juara dunia 2008 Hamilton, jelas akur dengan kepantasanVettel dan tetap berpuas hati di petak kedua buat kali kedua berturut-turut.

"Ada sedikit perubahan kecil dilakukan pada jentera kerana kami mendapat komponen baru tapi masih belum cukup untuk mengatasi Red Bull. Namun saya tidak merungut kerana petak kedua masih bagus, cuma saya tidak dapat melakukan pusingan sempurna.

"Bagi perlumbaan esok (hari ini), masih ada peluang jika kami menggunakan strategi yang tepat, tayar dan cuaca. Tetapi saya juga perlu memerhatikan cabaran pasukan di belakang seperti Ferrari," kata pemandu Britain itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Schumacher dirundung malang

Posted: 09 Apr 2011 12:10 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Bakal bermula di petak ke-11 selepas masalah sayap bahagian belakang

NASIB malang di Sepang terus menghantui legenda Formula Satu (F1) dunia, Michael Schumacher apabila gagal mendapatkan kedudukan terbaik untuk sekadar memulakan perlumbaan di petak ke-11 menjelang perlumbaan Grand Prix Malaysia, hari ini.

Selepas gagal mengutip sebarang mata di litar sama selepas menghadapi masalah tayar, musim lalu, semuanya bagai tidak menjadi buat pelumba veteran pasukan kelahiran Jerman itu sekalipun menampilkan catatan baik pada sesi ujian bebas ketiga pada sebelah pagi. Schumacher gagal layak ke pusingan kelayakan ketiga apabila masanya dipintas pemandu pasukan Sauber, Kamui Kobayashi selepas mengalami masalah mengaktifkan sayap di bahagian belakang dan mencipta catatan masa lebih buruk berbanding kelayakan pertama, 1 minit 37.035 saat.

"Selepas masalah itu, jentera saya semakin sukar untuk dipandu dan ia amat mengecewakan kerana ia berjalan lancar semasa sesi sebelum ini," kata bekas juara dunia tujuh kali itu.

"Kini kami perlu menumpukan perhatian kepada perlumbaan esok dan percaya bahawa tiada apa yang mustahil," katanya.

Selain Schumacher, pemandu muda pasukan itu, Nico Rosberg turut bergelut untuk mencipta keputusan baik dan akan memulakan perlumbaan di petak kesembilan dengan catatan masa 1:36.809s.
"Pasukan sudah melakukan tugas yang baik. Pada sesi kelayakan ketiga, kami berdepan masalah seperti terjadi kepada Schumi dan tidak dapat menunjukkan kebolehan sebenar jentera ini. Ia mengecewakan."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan