Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


United, Barca tunjuk belang

Posted: 13 Apr 2011 12:13 PM PDT

Sukan

  HERNANDEZ (tengah) meraikan jaringannya bersama   Wayne Rooney (kanan)  dan Michael Carrick di Old Trafford, kelmarin. Gambar kecil Messi meraikan jaringannya.

HERNANDEZ (tengah) meraikan jaringannya bersama Wayne Rooney (kanan) dan Michael Carrick di Old Trafford, kelmarin. Gambar kecil Messi meraikan jaringannya.

Giggs pujaan Red Devils, Messi jaring gol ke-48 layak separuh akhir

LONDON: Manchester United dan Barcelona memberi gambaran awal betapa dua gergasi bola sepak dari England dan Sepanyol itu mungkin bertembung dalam final Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua dalam tiga musim selepas masing-masing gah layak ke kelompok empat terakhir, awal pagi semalam.

Anak didik Alex Ferguson menewaskan musuh tradisi, Chelsea 2-1 bagi agregat 3-1 di Old Trafford manakala Barcelona mengatasi Shakhtar Donetsk 1-0 (agregat 6-1) dengan Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi menyumbat gol ke-48 baginya, musim ini. Barcelona kini sudah hampir pasti akan menentang kelab senegara, Real Madrid dalam separuh akhir dengan modal empat gol ke atas Tottenham manakala United - seperti kelab dari Catalan itu yang dalam laluan mengejar tiga gelaran dijangka bakal menentang Schalke 04.

Ferguson menghambur pujian kepada pemain veteran, Ryan Giggs yang menjadi arkitek kejayaan United apabila merencanakan kedua-dua jaringan oleh Javier Hernandez dan Park Ji-Sung.

"Dia masih bertenaga pada usia 37 tahun. Ia amat menakjubkan dan menjadi faktor penting bagi kami malam ini. Tapi seluruh pasukan bermain hebat dan harus dipuji,," kata Ferguson. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadiah RM8j jadi tarikan peminat Malaysia

Posted: 13 Apr 2011 12:12 PM PDT

Sukan

DENGAN tarikan hadiah keseluruhan AS$2.5 juta (RM8 juta), Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank yang bermula hari ini harus memberi tontonan bernilai kepada peminat tempatan, tambahan dengan aksi juara baru Masters di Augusta, Charl Schwartzel dari Afrika Selatan.

Cabaran bagi edisi ke-50 ini turut menampilkan watak pemain nombor satu dunia, Martin Kaymer dari Jerman tetapi impian menggunung penganjur dan peminat pasti terarah kepada jaguh negara - Ian Steel dan Danny Chia melakar sejarah.

Sejak trofi Seagrams diperkenalkan pada 1962 belum lagi ada pemain tempatan menjulang piala berkenaan dan paling hampir adalah P Gunasegaran pada 1994 yang muncul naib juara. "Saya begitu hampir melakukannya pada 2008 dan 2009 tetapi tekanan akhirnya memakan diri. Namun saya mengambilnya sebagai pengajaran dan seperti biasa akan cuba menampilkan persembahan terbaik di KLGCC," kata Danny, semalam.

Kejohanan yang dilabel pertembungan kuasa Asia menentang Eropah jelas memberi mesej betapa pemain negara memerlukan keajaiban untuk mengelakkan diri daripada sekadar menjadi watak sokongan apabila hayunan tee pertama membuka tirai hari ini di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan