Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Papa latih saya'

Posted: 20 Apr 2011 04:48 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Ramdan gembira peranan baru Misbun bimbing skuad pelapis

ANDAI minda Datuk Misbun Sidek masih berkecamuk - memikirkan soal sama ada mahu menerima kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) - luahan hati anaknya, Misbun Ramdan diharap membuka pintu hatinya untuk menerima tawaran itu.

"Saya sentiasa berdoa dan berharap papa (Misbun) menerima tawaran itu," kata Misbun Ramdan, 20, dengan penuh harapan, semalam. Misbun Ramdan mengakui dia gembira dengan peranan baru bapanya yang diamanahkan membimbing skuad pelapis yang turut dianggotainya dan tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei.

"Papa tidak pernah membincangkan soal kontrak baru itu, saya tahu pun menerusi media. Sama ada papa suka atau tidak dengan tugas baru itu, saya tidak tahu," katanya.

Selepas pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Misbun sejurus menarik balik peletakan jawatannya, BAM akhirnya mendedahkan kontrak baru yang ditawarkan kepada jurulatih itu Sabtu lalu yang menyaksikan dia diberi tugas membimbing skuad pelapis.

Begitupun, hingga hari ini Misbun masih belum memberi jawapan terhadap kontrak baru itu dan BAM memberi tempoh sehingga sebelum Khamis ini kepada jurulatih itu untuk menyatakan persetujuan.
Misbun Ramdan yang kini berlatih di bawah bimbingan Hendrawan bersama lapan lagi pemain mengakui banyak belajar daripada jurulatih dari Indonesia itu sepanjang empat bulan di bawah bimbingannya sejak peletakan jawatan Misbun.

"Saya tidak kisah berlatih dengan sesiapa dan jika diberi pilihan serta peluang, saya harap dapat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada papa. Namun semuanya terpulang kepada BAM," kata Misbun Ramdan.

Sebelum ini, Misbun memberi bayangan anaknya itu yang dikaitkan antara punca dia nekad meletak jawatan secara mengejut 31 Disember lalu, mampu menawan dunia dalam tempoh tiga tahun lagi jika mendapat bimbingan dan latihan terbaik.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fergie yakin United rampas mahkota EPL

Posted: 20 Apr 2011 04:46 PM PDT

Sukan

PEMAIN Newcastle, Danny Simpson (dua dari kiri) marah dengan Javier Hernandez (kiri) selepas mendakwa pemain United itu sengaja menjatuhkan badan dalam kawasan penalti.

PEMAIN Newcastle, Danny Simpson (dua dari kiri) marah dengan Javier Hernandez (kiri) selepas mendakwa pemain United itu sengaja menjatuhkan badan dalam kawasan penalti.

NEWCASTLE: Sir Alex Ferguson percaya Manchester United kini 'hanya satu perlawanan lagi' daripada mengesahkan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi milik mutlak mereka, musim ini.

"Saya yakin kami boleh," kata pengendali berbangsa Scotland itu selepas menyaksikan The Red Devils seri 0-0 ketika menentang Newcastle United di St James Park, awal pagi semalam.

"Kami berada pada posisi baik berbanding Sabtu lalu. Ada satu lagi perlawanan dalam tangan dan kami berada pada posisi sama."

Namun, dia tetap berwaspada dengan ancaman Chelsea yang boleh 'mengacau impian' mereka.

Pengurus Newcastle, Alan Pardew pula menyuarakan rasa yakin bahawa anak didik Ferguson akan menjulang trofi kali ini. "Saya berasa Man United akan memenanginya (gelaran EPL)," katanya. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan