Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misbun tolak tawaran BAM

Posted: 28 Apr 2011 12:48 PM PDT

DATUK Misbun Sidek sah tidak akan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) lagi selepas menolak tawaran menjadi jurulatih skuad pelapis badan induk badminton negara itu.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah selepas mesyuarat Exco BAM di pejabat persatuan itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya, apakah alasan sebenar legenda badminton itu menolak tawaran badan induk berkenaan.


"Misbun menolak tawaran kontrak sebagai jurulatih BAM dan ahli Majlis menghormati dan menerima keputusan beliau," demikian pengumuman Tengku Kamil yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan kerana Presiden, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh tidak dapat hadir atas urusan mengiringi lawatan Perdana Menteri China ke Malaysia.

"Kami diberitahu oleh Presiden bahawa Misbun membalas surat yang dialamatkan ke rumah beliau petang semalam (kelmarin) hanya dengan menyatakan beliau (Misbun) menolak tawaran BAM tanpa memberi alasan." "BAM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat dan sumbangan selama ini sehingga mencipta banyak kejayaan dalam sukan badminton negara sepanjang bersama BAM." Biarpun tiada alasan diumumkan BAM, Misbun dikatakan tidak berpuas hati dengan tawaran persatuan itu agar beliau melatih skuad pelapis kerana lebih berminat melatih skuad Olimpik yang turut mempunyai Datuk Lee Chong Wei.


Begitupun sikap berdiam diri Misbun selama hampir empat bulan menyebabkan Chong Wei tidak lagi berminat menanti kehadirannya apatah lagi selepas dia semakin selesa di bawah pemantauan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.


Sejak Misbun tidak lagi melatih Chong Wei bermula Januari lalu, pemain nombor satu dunia itu semakin mantap dan mula menunjukkan perkembangan positif, termasuk menewaskan Lin Dan di Seluruh England.

Ada pihak mendakwa, tawaran gaji lebih rendah daripada Majlis Sukan Negara (MSN) antara faktor Misbun menolak tawaran BAM, namun Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menafikan hal itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makin lumayan

Posted: 28 Apr 2011 12:45 PM PDT

BERMULA Sukan Olimpik London 2012, pingat emas temasya berprestij itu bukan sekadar bernilai RM1 juta sebaliknya atlet yang membawa pulang kilauan pingat yang amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu akan turut menerima insentif tambahan RM100,000.

Berita gembira itu diumum Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam selepas Telekom Malaysia Berhad (TM) bersetuju menyumbang insentif tambahan itu menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).


"TM bersetuju memberi insentif tambahan RM100,000 kepada pemenang pingat emas Olimpik. Sumbangan TM ini pasti akan menaikkan lagi semangat atlet untuk memburu pingat emas pertama Olimpik.

"Sumbangan RM100,000 ini juga adalah satu permulaan baik dalam mengeratkan hubungan MSN (Majlis Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan pihak swasta," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara TM, MSN dan MOM bagi kempen sukan TM yang dinamakan Team Malaysia semalam.


Majlis itu dihadiri Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.


Ahmad Shabery yang ditemui selepas itu berkata, buat masa ini TM bersetuju menawarkan ganjaran tambahan itu bagi Sukan Olimpik London tahun depan dan Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016.

Ketika pemenang pingat emas bakal menerima RM1.1 juta, bagaimanapun menurutnya, tiada insentif tambahan buat pemenang perak dan gangsa di temasya sukan terbesar itu.


Menerusi skim Shakam, atlet yang merangkul perak akan memperoleh RM300,000 manakala gangsa RM100,000. Sementara itu, kempen Team Malaysia yang dicetuskan syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi bersepadu di Malaysia, TM bakal menghimpunkan sokongan peminat sukan tanah air buat atlet negara.

Menerusi kempen itu, TM mendapat kontrak selama lima tahun bagi hak ekslusif ke atas jersi Panthera MSN dan Lingkaran Olimpik bagi kempen Team Malaysia, membabitkan semua aktiviti pemasaran dan promosi, cenderamata, hak perniagaan untuk menghasilkan serta mengedarkan barangan yang mempunyai logo MSN dan MOM.


Menurut Ahmad Shabery, buat permulaan, TM mengeluarkan jersi Panthera Team Malaysia yang boleh dibeli penyokong Malaysia dan sebahagian daripada keuntungan menerusi jualan itu akan disalurkan ke dalam Tabung Amanah Sukan Negara.


"Ini adalah sebahagian daripada model industri sukan yang mahu kita kembangkan dan diharap selepas ini pelbagai lagi barangan seperti jaket dan topi akan dikeluarkan. Bila semua penyokong memakai seragam yang sama, ia pasti dapat menyuntik semangat atlet negara yang bertanding di mana-mana kejohanan selepas ini," katanya.


Bagi Zamzamzairani pula, kempen Team Malaysia adalah sebagai tanda sumbangan TM kepada sukan tanah air menerusi penyatuan semangat rakyat Malaysia.


Jersi Panthera Team Malaysia boleh diperoleh di premis TMpoint yang terpilih dengan harga RM79.90 sehelai dan harga istimewa RM69.90 bagi pembelian menerusi laman web, www.tm.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan