Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


BAM menunggu

Posted:

BAM menunggu

BAM menunggu

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MISBUN SIDEK


DRAMA Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) belum selesai. Walaupun jurulatih badminton perseorangan negara itu memerlukan tempoh tiga bulan untuk membuat keputusan kembali ke pangkuan BAM, kali ini skrip yang sama dilihat bakal berulang.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai mengesahkan sehingga semalam Misbun belum memberikan sebarang jawapan berhubung kontrak baru yang ditawarkan badan induk sukan badminton itu kepada beliau.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Chin Chai sebelum ini, bekas jaguh badminton negara itu diberikan tempoh sehingga 27 April (semalam) iaitu sebelum berlangsungnya mesyuarat Exco BAM hari ini bagi menyatakan persetujuannya sama ada menerima ataupun sebaliknya.

"Masih belum ada jawapan lagi daripada Misbun dan kami (BAM) memang tidak boleh berbuat apa-apa. Kita tunggu dan lihat sahaja.

"Mungkin sudah memang sikap beliau yang lebih gemar membuat keputusan pada saat-saat akhir seperti yang dilakukannya sebelum ini," kata Chin Chai kepada Kosmo! semalam.

Kontrak baru yang ditawarkan kepada Misbun itu bakal menyaksikan beliau menjadi jurulatih kepada skuad pelapis negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain yang mampu diketengahkan di pentas antarabangsa.

Ia juga bertujuan untuk mencari pemain yang mampu menggantikan tempat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

Ditanya apakah keputusan yang akan dibuat sekiranya Misbun tidak memberikan sebarang respons kepada badan induk tersebut menjelang mesyuarat Exco BAM hari ini, Chin Chai menjawab: "Kami akan putuskan dalam mesyuarat itu nanti."

"Buat masa ini, saya tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai hal tersebut kerana apa jua keputusan hanya boleh dibuat dengan persetujuan kesemua barisan Exco," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

T-Team panggil Che Ku Marzuki

Posted:

T-Team panggil Che Ku Marzuki

T-Team panggil Che Ku Marzuki

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

KRISIS yang melanda T-Team bakal menemui jalan penyelesaian apabila pengurusan pasukan berstatus kelab itu melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor dan Yusuf Ali sebagai jurulatih sementara.

Tindakan itu adalah susulan keputusan pihak tertinggi T-Team yang merehatkan ketua jurulatih, Yunus Alif daripada membimbing pasukan ekoran prestasi teruk yang dicatat sejak kebelakangan ini.

Pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika mengesahkan keputusan itu berkata, pelantikan Che Ku Marzuki dan Yusuf dibuat berdasarkan perbincangan semua pihak demi memastikan pasukan itu dapat terus bersaing dalam kempen liga musim ini.

"Kita akui T-Team tidak begitu konsisten sehingga ramai peminat tak puas hati dan kita mengambil keputusan untuk merehatkan Yunus," katanya semalam.

Untuk rekod, Che Ku Marzuki merupakan bekas jurulatih T-Team yang berjaya membawa pasukan berstatus kelab itu layak beraksi dalam kempen Liga Super musim lalu selepas hanya semusim bersaing dalam Liga Perdana.

Tahun lalu, T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias, Hairuddin Omar dan Rosdi Talib berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.

Sementara itu, Yusuf pula yang diberi tanggungjawab untuk berkerjasama dengan Che Ku Marzuki merupakan jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team.

"Tugasan kedua-dua jurulatih ini akan diteliti dan jika pengurusan berpuas hati, khidmat kedua-dua jurulatih itu berkemungkinan akan diteruskan," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ku Marzuki ketika dihubungi mengesahkan, dia telah 'bebas' daripada penggantungan selama enam bulan pada 20 April lalu dan sedia kembali membimbing bekas pasukannya itu andai diberi peluang.

"Masih terlalu awal untuk saya komen keputusan ini dan kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya.

Kemelut yang berlaku dalam kem T-Team bermula sejak dua minggu lalu apabila mereka tewas 0-1 kepada pasukan setempat, Terengganu sebelum dimalukan Johor FC dan Kuala Lumpur.

Namun, T-Team yang beraksi buat pertama kali tanpa kelibat Yunus kelmarin kembali garang apabila merekodkan kemenangan pertama dalam lima perlawanan terakhir menerusi kemenangan 3-1 ke atas Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Faktor cuaca sejuk bukan halangan

Posted:

Faktor cuaca sejuk bukan halangan

Faktor cuaca sejuk bukan halangan

BARISAN pelumba negara tidak lagi boleh menjadikan alasan cuaca sejuk setiap kali tumbang apabila menyertai empat kejohanan besar di Asia Timur iaitu di China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Ia rentetan kejayaan yang dilakar pelumba muda yang sedang meningkat naik, Mohd. Adiq Hussainie Othman pada perlumbaan Tour de Korea 2011 (TdK 2011) minggu lalu.

Adiq tampil memakai Jersi Putih berbelang hitam selaku juara kebangsaan Malaysia tiga kali menaiki podium pada kejohanan tersebut yang berstatus 2.2 pada kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Pelumba yang mempunyai ikatan kontrak dengan kelab Australia, Drapac Professional Cycling Team itu turut muncul juara pada perlumbaan peringkat keenam dari Chungju ke Yeonju dalam keadaan cuaca dilaporkan kadangkala mencecah 1 darjah celsius.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab menjelaskan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dan post-mortem tentang persembahan skuad lebuh raya negara setakat ini bersama ketua jurulatih, John Beasley selama dua hari di Melaka minggu lalu.

"Rumusan yang dibuat ialah kejayaan Adiq Hussainie bukan nasib. Dia tiga kali naik podium termasuk keputusan pada peringkat terakhir yang dilaporkan mengalami masalah.

"Ini kerana 20 pelumba tersalah jalan pada beberapa kilometer terakhir menuju ke garisan penamat. Saya dimaklumkan presiden komisar beri tempat kedua kepada Adiq Hussainie.

"Kami sependapat menyatakan Adiq Hussainie telah berjaya memecahkan tembok pemikiran bahawa pelumba lebuh raya tidak mampu berjaya kalau berkayuh dalam cuaca sejuk.

"Apatah lagi kalau cuaca mencecah 1 darjah celsius seperti yang berlaku di Tour de Korea baru-baru ini.

"Justeru, saya mengarahkan Beasley untuk memikirkan mana-mana pertandingan besar di negara bercuaca sejuk yang boleh disertai oleh skuad lebuh raya Malaysia.

"Malah, kami percaya Adiq Hussainie juga boleh berjaya di Eropah yang rata-rata semua negara bercuaca sejuk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan