Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pakar ramai, pemain tak muncul

Posted:

Pakar ramai, pemain tak muncul

Pakar ramai, pemain tak muncul

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Taweet Wongkaen (tengah) memulakan tugasnya sebagai perunding skuad sepak takraw kebangsaan pada sesi latihan di kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam. - Utusan/Abdul Nazir Mohamed


KUALA LUMPUR - Taweet Wongkaen 'berseteru' dengan Iskandar Arshad dan Ahmad Jais Baharun yang menewaskan regu Thailand pada perlawanan akhir Sukan Asia Hiroshima 1994 dan sekarang mereka bertemu kembali, bukan dengan dendam tetapi 'bersekutu' dalam skuad elit Malaysia.

Bekas pelibas, Taweet, 47, dan rakannya, Prawet Intar, 35, menempuh hari pertama mereka sebagai perunding sepak takraw Malaysia di Bukit Jalil semalam dengan matlamat baru, merencana kejayaan skuad elit menjelang Sukan Asia Incheon 2014.

Biarpun kurang fasih berbahasa Inggeris, Taweet yang pernah menjuarai acara berpasukan Sukan SEA Singapura 1993, secara ringkas berkata: "Tidak mengapa." apabila ditanya kesanggupan mencurahkan ilmu dan kepakarannya yang akhirnya mampu menjatuhkan negara asalnya.

Prawet, tekong juara Sukan SEA 1999 dan 2001 serta Sukan Asia Busan 2002 berkata, mereka menyukai tugas baru itu dalam membantu pasukan Malaysia.

''Kami ke sini untuk meningkatkan mutu permainan mereka yang sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Thailand.

"Kemahiran mereka pun OK, mungkin cuma pengalaman yang kurang," katanya yang meninggalkan seketika kariernya sebagai jurulatih merangkap pemain kelab Tentera Laut Thailand yang baru-baru ini menduduki tempat ketiga sebuah kejohanan tempatan mereka.

Kedua-duanya juga sudah mengikuti perkembangan sejumlah pemain yang mewakili kelab tempatan dan pasukan negeri sejak Piala Datuk Ahmad Ismail Siri 1/2011 di Bukit Jalil, Januari lalu sehingga Kejohanan Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-48 di Kuching, Sarawak, hujung bulan lalu.

Namun, kata Prawet, agak mengecewakan beliau ialah apabila sebegitu ramai pemain yang dipanggil untuk dibimbing ketua jurulatih baru Malaysia, Jamaluddin Hassan masih tidak hadir atas pelbagai alasan, malah ada yang menolaknya mentah-mentah.

"Jika di Thailand, sesiapa yang tidak datang, jangan harap akan dijamin tempatnya dalam skuad kebangsaan lagi selepas itu," katanya selepas melihat cuma sembilan pemain skuad elit yang hadir berlatih semalam antaranya dari Selangor juara Piala Emas Khir Johari, Ahmad Sufi Hashim, Farhan Adam dan Norshahruddin Mad Ghani.

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini cuma meluluskan pengambilan 18 pemain skuad elit namun prestasi sepanjang Piala Emas Khir Johari lalu mendorong Iskandar dan Ahmad Jais, penolong jurulatih negara menamakan tiga lagi muka baru yang didapati menyerlah di Kuching lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Ahmad Shah mahu julang ASEAN

Posted:

Sultan Ahmad Shah mahu julang ASEAN

Sultan Ahmad Shah mahu julang ASEAN

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah semalam menyuarakan hasratnya untuk membawa sukan bola sepak ASEAN ke peringkat lebih tinggi, menjadikan ia sebagai rantau bola sepak yang disegani dan pesaing utama dalam Piala Dunia.

Menurut baginda, dalam usaha menjayakan hasrat itu negara-negara ASEAN perlu bersatu terlebih dahulu untuk muncul sebagai satu barisan yang kukuh dan disegani di peringkat dunia dan serantau.

"Saya berada di depan anda hari ini sebagai penyokong kepada semangat 1ASEAN, saya merayu kepada anda semua sebagai anggota sebuah keluarga dalam arena bola sepak, untuk menyalakan obor perpaduan ASEAN," titahnya dalam amanat kepada semua anggota Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), yang dipaparkan di laman web FAM, semalam.

Menurut Sultan Ahmad Shah, bola sepak menyatukan semua, dan inilah perkara pertama yang hendak dilaksanakannya dalam AFF, namun baginda mengakui tidak dapat melaksanakannya secara bersendirian diri tanpa sokongan semua pihak.

Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand Datuk Worawi Makudi, merupakan dua calon bagi merebut jawatan Presiden AFF di Perhimpunan Agung AFF di Bangkok Thailand pada 10 April ini.

Presiden semasa AFF ialah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang menerajui pertubuhan itu sejak 1995.

Berhubung pencalonannya, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Saya sedia berhadapan dengan setiap cabaran yang dibawa kepada AFF. Saya sudah bertekad dengan sepenuh hati, dan bersedia menghadapinya. Bola sepak bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh badan ini, semangat inilah yang membolehkan saya terus berada dalam kancah arena bola sepak sehingga hari ini.

"Itulah bola sepak, sentiasa menuntut yang terbaik daripada pemimpinnya."

Sultan Ahmad Shah memberitahu, baginda mempunyai beberapa idea dalam usaha membolehkan AFF mula membantu kalangan negara anggota antara satu sama lain, untuk membangun menjadi negara bola sepak yang disegani.

AFF ditubuhkan pada 31 Januari 1984 dengan negara anggota terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan