Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kuasa Pantai Timur

Posted: 16 May 2011 05:59 PM PDT

KELANTAN dan pasukan tetangga, Terengganu akan bertemu dalam final kejohanan bola sepak Piala FA pada 11 Jun ini buat melakar episod baru betapa 'angin panas' bola sepak negara sudah mula bertiup kencang ke arah Pantai Timur.

The Red Warriors pimpinan Datuk M Karathu seri 1-1 dengan Selangor di halaman sendiri tetapi keringat itu sudah memadai bagi tuan rumah layak atas agregat 6-2 buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun manakala Terengganu menang 2-0 ke atas Pahang bagi agregat 5-2.

Pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala FA itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, The Red Warriors yang disuntik sokongan padu lebih 20,000 penyokong yang membentuk lautan merah putih di stadium berkenaan lebih menguasai permainan dan mendahului seawal minit kesembilan menerusi rembatan deras Mohd Shakir Shaari.

"Kami sudah yakin dapat layak ke final selepas modal besar dari Shah Alam tetapi tetap berwaspada. Namun, gol pertama jaringan Mohd Shakir Shaari menambah keyakinan pasukan dan menyentap peluang pelawat untuk bangkit," katanya.

Kelantan turut memperoleh beberapa peluang keemasan untuk terus merobek gawang Selangor antaranya menerusi Mohd Iqbal Suhaimi dan Khalid Jamlus bagaimanapun penyudahan tumpul menyebabkan sebarang gol gagal ditambah meskipun menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan kedua.

Pasukan kendalian K Devan bagaikan masih belum dapat melupai duka tewas 5-1 ketika perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu terus tidak terdaya mengekang kemaraan Kelantan meskipun cuba memberi tentangan.
Begitupun, Selangor berjaya mendapat jaringan penyamaan lewat yang hadir pada minit ke-78 hasil menerusi sepakan Rudie Ramli yang menewaskan kekentalan gawang Khairul Fahmi Che Mat namun terus buntu untuk menambah jaringan.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan tiga pemain Selangor dilayangkan kad kuning iaitu Mohd Fitri Syazwan pada separuh masa pertama manakala Mohd Nasriq Baharom dan D Surendran pada separuh masa kedua.

Ini adalah kali kedua Kelantan layak ke final selepas tewas kepada Selangor 1-4 menerusi penentuan penalti pada 2009 manakala Terengganu membuat penampilan kali keempat selepas muncul juara pada 2000 dan naib juara 1999 dan 2004.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

awe

taniah buat pmain klteee,,kwe hrap piala fa dle gegaman sek2 kito..gomo klte gomo,gomo biar sapa penyu tiakkkkkk!!!

xilius liu

peteh ganu peteh

majulah bola untuk pntai timur...

Busths

Tahun 2011, telah ada kuasa baru dalam bola sepak Malaysia...........memang Trg dan Kel hebat......seluruh peminat bola sepak Malaysia...akui lah .......tapi kelbihan pada Trg dalam menjulang Piala FA nanti...

badaimerah

gomo kelate gomo...gomo sampai penyu nnangis.

penyokong pahlawan merah

Tahniah kelantan... mara ke perlawanan akhir buat kali kedua, saya lebih suka bertemu pahang di final berbanding terengganu, kerana penyokong pahang tak ramai seperti penyokong kelantan, yang pasti ramai penyokong kelantan akan kecewa tak dapat beli tiket final nanti, kerana penyokong terengganu juga ramai,lebih2 lagi final nanti main di stadium shah alam,sejarah pertemuan kedua2 penyokong pun memang panas,apa-apa pun keputusan sudah diketahui, harap penyokong kedua2 pasukan lebih berdisiplin, tak payah lah gaduh2, sokong ruzawa anggaplah kita ni macam adik-beradik,apa2 pun jumpa difinal nanti. gomo kelate gomo !!!

Azri

Saya orang Kuala Lumpur tetapi minat dengan cara permainan Kelantan terutama goalkeeper dan Idlan Talaha!

Abe Minxx

"Kelantan turut memperoleh beberapa peluang keemasan untuk terus merobek gawang Selangor antaranya menerusi Mohd Iqbal Suhaimi dan Khalid Jamlus bagaimanapun penyudahan tumpul..." - Mohd Iqbal Suhaimi tu keeper SELANGOR laa..!!

Mat Din

Thaniah Kpd Pasukan Terengganu dan Juga kelantan layak ke final,tampilkan permainan
yg baik, kepada kedua2 penyokong hormatilah sesama penyokong, elakan perkara yg tak diingini berlaku,tak kisahlah pasukan mane yg menang, janji pasukan pantai Timur....

mohd sabri

TAHNIAH TRW ..saya bannga dengan prestasi TRW yang memburu sejarah baru di arena bola sepak tanahair

penyokong red warriors

Tahniah..kelab bola malaysia makin maju..tetapi beberapa penyokong masih tidak maju..terlalu fanatik sehingga membakar bendera..mmg tidak cerdik..penyokong BPL rilek je tgk bola.bila gol, bersorak.xde nk bakar2..

SuperLady

Tahniah kepada penyokong TRW kerana telah matang dan berdisiplin. Tahniah juga kepada pemain serta pengurusan KAFA kerana telah meletakkan pasukan Kelantan sebagai satu pasukan yang hebat.

aqeelrusdi

tahniah kelantan!!!!!,.....kebangkitan kuasa bola sepak timur!!!!!

Yangretibase

Mudah-mudahan Kelantan akan berjaya 'membeteh' Terengganu.

badaimerah

gomo kelate gomo...gomo sampai penyu nangis.

Ruzawa

Lawanlah di final dengan corak terbaik dan emangat kesukanan.Penyokong Terengganu dan Kelantan pula anggaplah kita semua macam adik beradik

cheila

tahniah pada kelantan layak untuk final,,^_^

ana wanie

tahniah buat pasukan klate sbb layak ke final apapun gud luck...gomo klate gomo...dlm final 6ti penyokong jange duk mekong n xsoh duk baloh sokmo la...

mamamia

syabas diucpkn kpd pasukan klntan & ternggnu..harap2 final nnti tida prkra burok brlaku..trutama ke2 pnyokong..

Rohaida

Gomo kelate gomo. jage ngaloh..gomo kelate gomo.............

mamamia

syabas diucpkn kpd pasukan klntan & ternggnu..harap2 final nnti tida prkra burok brlaku..trutama ke2 pnyokong..

M Ridzman

Tahniah..pasukan yg hebat mmg layak untuk ke final...main betol2 jgn nak kelahi sokmo terutama kpd penyokong...cool beb!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu ke final Piala FA

Posted: 16 May 2011 04:44 PM PDT

Sukan

PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahaya diasak  penjaga gol  Pahang  di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, malam tadi.

PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahaya diasak penjaga gol Pahang di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, malam tadi.

Tewaskan Pahang 2-0 bertemu Kelantan tentukan mahkota juara

JARINGAN penalti Abd Hadi Yahya dan pemain gantian, Mohd Alim Fahmi Kamaruddin memastikan Terengganu terus mengekalkan kelebihan ke atas Pahang untuk menempah tempat ke final Piala FA selepas menewaskan pasukan tetangga 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Terengganu yang turun ke gelanggang berbekal kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan, Jumaat lalu mengesahkan kemaraan ke final dengan kemenangan agregat 5-2 untuk bertembung Kelantan yang seri 1-1 dengan Selangor tapi layak atas agregat 6-2. Seramai 15,000 penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan antara dua pasukan Pantai Timur itu dan masih ramai yang tidak dapat masuk kerana tiada ruang tempat duduk.

Sebaik tiupan wisel oleh pengadil, Shokri Nor, Terengganu terus mengasak, namun beberapa percubaan mereka gagal menghasilkan gol. Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit keenam melalui Abd Hadi, tetapi rembatan kaki kirinya tersasar walaupun hanya berdepan penjaga gol Pahang, Mohd Rospazul Azuar.

Kesilapan penjaga gol Pahang, Mohd Rospazul yang menyambar kaki Abd Hadi dalam kotak penalti pada minit ke-35 akhirnya membawa padah apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti yang kemudian disempurnakan penyerang tuan rumah itu untuk gol pembukaan.

Terengganu sepatutnya dapat menambah jaringan melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-55 tetapi gagal melakukan penyudah dengan baik bola hantaran Ashaari Samsudin.
Begitupun, tujuh minit kemudian, pintu gol Terengganu pula cemas apabila Pahang melakukan satu asakan berbahaya, namun rembatan pemain lawan dapat diselamatkan Sharbinee.

Usaha tuan rumah untuk menambah gol akhir terhasil pada minit ke-85, menerusi pemain gantian, Mohd Alim yang menyempurnakan hantaran Ahmad Nordin Alwi untuk menjadikan keputusan muktamad 2-0.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan