Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Lengkap, sempurna!

Posted: 20 May 2011 03:56 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Bekas pengendali Sathia anggap Kelantan mampu julang Liga Super musim ini

PENDAHULU Liga Super Kelantan kini dianggap meniti tahap membanggakan selepas kembali ke persada liga hasil kemampuan mencuri tiga mata penuh di gelanggang lawan apabila menundukkan FELDA United 3-1 kelmarin.

Sambil menyaksikan perlawanan dari bangku penonton di Stadium KLFA Cheras kelmarin, bekas pengendali The Red Warriors, B Sathianathan itu menyifatkan setiap pemain memberi sumbangan besar dan bersungguh-sungguh mahu menguasai semula takhta liga daripada Selangor.

Anak buah jurulatih Datuk M Karathu juga bagaikan disuntik dengan semangat untuk menang dalam setiap perlawanan. "Kelantan mempunyai barisan pemain berkualiti dari aspek kelajuan, teknikal serta rajin, sekali gus memudahkannya untuk mendominasi Liga Super tahun ini.

"Boleh dikatakan, Kelantan kini pasukan yang lengkap dan sempurna dalam setiap aspek termasuk dalam melahirkan pemain muda bermutu, yang dilihat berupaya memikul sebarang tanggungjawab yang diberikan, jurulatih," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sathia yang bertanggungjawab membimbing skuad negeri itu menjulang Piala Malaysia musim lalu menegaskan, pemain kini harus fokus memastikan kemenangan dalam baki perlawanan untuk terus berada di persada dan tidak mampu digugat pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu.

Berbekal moral kejayaan ke final Piala FA, dia berkata, momentum itu harus diteruskan untuk memastikan Kelantan menjulang trofi kedua musim ini, selepas membawa pulang trofi sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah ke Kota Bharu, Januari lalu.
"Saya berharap pemain dapat kekalkan stamina kerana masa rehat agak singkat berselang setiap perlawanan tetapi saya tetap yakin, pemain tidak mudah mengalah terutama setiap kali bermain di Stadium Sultan Muhammad IV," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ferguson masih ketagih, bernafsu

Posted: 20 May 2011 03:53 PM PDT

Sukan

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mengakui ketaksuban terhadap bola sepak dan Manchester United menghalangnya daripada mengumumkan persaraan lebih awal.

Ferguson yang mengemudi United ke rekod gelaran ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara hujung minggu depan, bimbang andai dirinya tidak lagi bergelumang dalam bola sepak.

"Saya tiada rancangan untuk bersara, saya perlu berkata demikian dan (isteri) Cathy cukup gembira," katanya. "Perkara utama adalah sementara kesihatan masih pada tahap baik, saya akan meneruskan usaha saya. Anda mendengar pelbagai cerita mengenai orang yang berhenti dan kemudian mengalami masalah. Saya tidak mahu ia terjadi kepada saya."

Ferguson yang akan membawa pasukannya bagi perlawanan penutup tirai musim ini menentang Blackpool di Old Trafford esok, percaya United menerima kritikan tidak adil musim ini.

"Jika kami gagal jaringkan 10 gol setiap perlawanan, kami berdepan kritikan. Harapan begitu tinggi diletakkan pada kami. Tetapi kami juga meletak harapan tinggi, begitu juga peminat.

Mereka mahu melihat yang terbaik.
"Ya, anda boleh mengkritik persembahan kami di tempat lawan. Memang mengecewakan.

Tetapi persembahan kami di tempat sendiri cukup hebat.

Kami menjaringkan banyak gol berbanding pasukan lain. Sukar untuk mengkritik prestasi seperti ini." - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan