Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Malaysia tolak tuah

Posted: 06 May 2011 02:44 PM PDT

MALAM malang buat tuan rumah Malaysia! Begitulah yang boleh dirumuskan mengenai kekalahan 2-1 kepada juara dunia, Australia pada perlawanan kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-20 di Ipoh, malam tadi.

Kegagalan menyempurnakan penalti selain gol kemenangan lawan diperoleh hanya 35 saat sebelum tamat permainan menceritakan keperitan yang terpaksa ditanggung pemain tuan rumah .


Walaupun pahit tetapi ia terpaksa ditelan jurulatih, Tai Beng Hai yang mengakui kelemahan anak buahnya.

"Kami di peringkat memberi pendedahan kepada pemain dalam usaha membentuk mereka menjadi pemain bertaraf antarabangsa.


"Apapun pemain memberi persembahan terbaik tetapi malangnya lawan yang ditemui adalah pasukan ranking nombor satu dunia.


Pada perlawanan semalam jaringan 35 saat sebelum siren penamat disempurnakan Jason Wilson melalui pukulan sudut penalti meranapkan impian tuan rumah melakar kemenangan.

Sehingga gol itu, Malaysia tampak seakan mampu mencapai kejayaan membanggakan apabila memaksa juara dunia itu bekerja keras sepanjang perlawanan.


Malah Malaysia sepatutnya mampu seri seandainya Faizal Saari berjaya menyempurnakan pukulan penalti pada m-63.

Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan itu, Beng Hai tetap memuji persembahan anak buahnya.


"Mereka bermain dengan baik untuk mencabar lawan. Malah kami hampir mampu menumpaskan gergasi dunia itu.


"Bagaimanapun kegagalan menjaringkan gol sekali lagi menjadi penghalang kami," katanya.


Begitupun Jangkaan tuan rumah akan mengalami igauan buruk meleset . Sebaliknya anak buah Beng Hai berjaya meningkatkan permainan untuk menyaingi kehebatan Australia.


Malah Malaysia mengejutkan lawan apabila mendahului 1-0 selama 36 minit selepas Tengku Amad Tajuddin A Jalil meletakkan pasukannya di hadapan pada minit 23.


Bagaimanapun juara dunia itu bangkit mengasak pada babak kedua. Kesungguhan mereka berhasil apabila berjaya memperoleh dua gol untuk mengecewakan penyokong tuan rumah.


Berbanding ketika tumpas 3-1 kepada Britain malam kelmarin, Beng Hai merombak barisan yang menyaksikan pemain terbaik Asia 2010, S Kumar kembali mengawal gawang.


Pemain itu bertindak cemerlang menghampakan rentetan peluang diperoleh Australia termasuk daripada pukulan sudut penalti .


Bagaiamanapun, Kumar yang dipilih pemain terbaik perlawanan tidak berdaya menyekat Australia daripada menjaringkan gol melalui pukulan penalti Simon Orchard pada m-59 .


Apapun pujian perlu diberikan kepada kesebelasan negara yang berjaya mempamerkan persembahan meyakinkan sepanjang perlawanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lubnan lawan misteri

Posted: 06 May 2011 02:42 PM PDT

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terus mencari jalan menjejaki pasukan 'misteri' Lubnan yang bakal ditentang pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 Jun ini.

Beliau sehingga kini menganggap Lubnan pasukan misteri kerana masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan lawannya itu sekali gus menyukarkannya untuk mencongak strategi bagi aksi pertama di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun.


"Masih misteri lagi, kerana saya belum mendapat banyak maklumat mengenai mereka. Setakat ini maklumat awal yang saya peroleh, Lubnan akan bertandang ke Turki dan mengadakan perlawanan ujian dengan skuad Olimpik negara itu. "Memang kalau ada masa saya mahu menyaksikan Lubnan bermain, mungkin mereka akan mengadakan perlawanan itu pada penghujung bulan ini atau awal bulan depan, tapi maklumat itu belum rasmi," katanya.

Kim Swee yang turut menggalas tugas membimbing skuad Liga Super, Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik negara mengambil pendekatan berhati-hati dengan ancaman Lubnan meskipun dari segi ranking dunia, negara itu kini menduduki tangga ke-169 berbanding Malaysia ke-138.


Ini kerana beliau menganggap Lubnan bukan calang-calang pasukan berdasarkan rekod sebelum ini apabila melangkah ke pusingan terakhir kelayakan Olimpik Beijing 2008.


"Lubnan diletakkan dalam pasukan pilihan dan sudah pastinya perlawanan dengan pasukan ini satu tugas besar buat kami," kata Kim Swee. Skuad negara yang melepasi halangan pusingan pertama menerusi agregat 2-0 ke atas Pakistan akan bertandang ke Beirut terlebih dulu sebelum beraksi di arena sendiri pada 23 Jun.

Bagi menghadapi tugas mencabar itu, Kim Swee sudah mengatur persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh pada 7 Jun sebelum berkunjung ke Doha bagi sesi latihan pusat dan menentang skuad Olimpik Qatar pada 13 Jun.


Malah beliau sudah mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan menjalani latihan bersama skuad termasuk memanggil dua muka baru, Fandi Ahmad (Johor FC) dan Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan