Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Maut menanti Ancelotti

Posted:

Maut menanti Ancelotti

Maut menanti Ancelotti


ANCELOTTI (depan) berhadapan risiko 'hidup atau mati'.


LONDON – 'Maut' menanti pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.Dia perlu membimbing Chelsea mencatat kemenangan ke atas Manchester United pada aksi penentu gelaran Liga Perdana England malam ini.

Jika The Blues itu gagal, Ancelotti bakal dipecat.

Pengurus dari Itali itu akan menerima akibat daripada kegagalan Chelsea yang gagal memenangi sebarang trofi musim ini.

Musim lepas, mereka merangkul gelaran berganda buat kali pertama dalam sejarah 106 tahun kelab tersebut.

Ancelotti mengakui: "Bukan sesuatu yang ganjil untuk memikirkan bahawa kelab ini boleh berubah.

"Setiap kelab ada kemungkinan untuk menukar pengurus mereka pada hujung musim, jika mereka mahu.

"Saya telah memaklumkan bahawa saya tiada masalah mengenainya. Saya telah cuba sedaya upaya. Namun kelab ini juga harus mengambil kira pencapaian saya.

"Kalau mereka rasa saya menjalankan tugas dengan baik, saya akan kekal. Jika mereka tidak gembira, mereka boleh tukar saya.

"Lebih bagus kalau saya kekal di sini, tetapi buat masa sekarang saya tidak mahu beri komen lanjut," katanya.

Chelsea mampu merampas gelaran pendahulu dari tangan United sekiranya menang pada pertemuan di Old Trafford, malam ini.

Ia bakal mencerahkan lagi peluang untuk mempertahankan gelaran tersebut, sekali gus mempamer kebangkitan luar biasa pada separuh kedua saingan musim ini di mana mereka ketinggalan 15 mata di belakang the Red devils. –Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 wakil negara mara ke akhir

Posted:

3 wakil negara mara ke akhir

3 wakil negara mara ke akhir

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


BEREGU campuran negara, Soon Peng (kanan) dan Ying Lin mencatat sejarah mara ke final semalam.


TIGA wakil negara mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia setelah menewaskan lawan masing- masing pada saingan separuh akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar semalam.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menepati ramalan ke akhir, manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying terus tampil dengan rentak cemerlang.

Chong Wei yang merupakan juara Seluruh England mudah menundukkan pemain pilihan ke-11 dari Jepun, Sho Sasaki 21-13, 21-14 dalam masa 37 minit pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM360,000 itu.

Chong Wei, anak kelahi- ran Pulau Pinang yang memburu kejuaraan ketiga kejohanan akan membuat perhitungan dengan Bao Chunlai dari China pada final hari ini.

Chunlai berjaya menewaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-12, 19-21, 21- 14.

Chong Wei ketika ditemui memberitahu, dia lebih fokus pada permainan itu berbanding pada saingan sebelum ini yang memberi laluan kepada lawan mengekori rapat.

Katanya, permulaan permainan yang baik dan membawa lawan mengikut rentaknya memudahkan permainannya kali ini.

"Sasaki juga membuat beberapa kesilapan dan gagal bermain baik, biarpun cuba memberi tentangan," katanya.

Peng Soon-Liu Ying pula menewaskan pilihan pertama, Sudket Prapakamol- Saralee Thoungthongkam dari Thailand.

Pada saingan separuh akhir semalam, pasangan muda itu menewaskan pilihan ketiga, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia 21-14, 21-10 dalam masa 26 minit.

Pada final hari ini, Peng Soon-Liu Ying akan menentang Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir (Indonesia) yang menewaskan Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand 21-13, 14-21, 21-12.

Kien Keat-Boon Leong pula yang dalam misi memburu kejuaraan pertama tahun ini, menundukkan Ruud Bosch-Koen Ridder dari Belanda 21-17, 18-21, 21-10.

Menerusi kemenangan itu, pasangan tersebut selangkah lagi untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 16 bulan dalam kalendar kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas kali terakhir merangkul kejuaraan pada Terbuka Malaysia pada Januari 2010.

Mereka akan bertemu beregu Indonesia, Alvent Yulianto Chandra-Hendra Ap- rida Gunawan hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan makin mengganas

Posted:

Kelantan makin mengganas

Kelantan makin mengganas

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


KHALID JAMLUS membuka jaringan Kelantan pada aksi menentang Kedah kelmarin.


KELANTAN terus mengungguli persada liga selepas mencatat kemenangan kelima berturut- turut pada pusingan kedua Liga Super selepas membenam caba- ran Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Jaringan pembukaan oleh pemain veteran, Muhammad Khalid Jamlus (54) dan pemain yang menerima jolokan 'Kelantan Ekspres', S. Chanturu pada minit ke-66 sudah cukup meletakkan Kelantan tampil dalam kelas tersendiri.

Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan perlawanan malam kelmarin sebagai antara aksi terbaik pernah dipamerkan selain mengagumi ketenangan para pemainnya ketika mereka kini berada dalam situasi yang tertekan untuk menguasai persada liga.

Menurutnya, kemenangan tersebut adalah lebih daripada sekadar tiga mata yang diperoleh, sebaliknya ia merupakan tonik terbaik untuk Kelantan ketika mereka bakal berkunjung ke Negeri Sembilan, Selasa ini sebelum berdepan Selangor dalam separuh akhir Piala FA.

"Perlawanan malam semalam (kelmarin) bukan mudah untuk kita. Kedah sebuah pasukan yang kuat dan konsisten. Mereka ada ramai pemain kebangsaan dan telah menunjukkan satu persembahan yang baik sehingga kita seri ketika aksi di Alor Setar.

"Namun kita bernasib baik kerana sokongan peminat yang membanjiri stadium memberi satu kekuatan kepada pemain untuk mencari kemenangan dan akhirnya mereka membuktikan pasukan terbaik mampu memenangi perlawanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh bari- san pemainnya sepanjang perla- wanan tersebut, terutamanya pemain gantian yang dilihat memberi impak yang berkesan kepada persembahan pasukan.

Jelasnya, kekuatan Kelantan bukan terletak kepada kesebela- san utama tetapi seluruh pasukan yang mana semua pemainnya memiliki kualiti dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa yang diperlukan

"Saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh para pemain. Saya membawa masuk Khalid dan dia beraksi dengan baik serta menggunakan peluang yang telah diberikan. Hasilnya dia membuktikan dia masih seorang penyerang yang baik.

"Dalam pasukan tiada siapa mampu berkata mereka akan kekal dalam kesebelasan utama kerana saya sentiasa membuat pemantauan dan hanya yang terbaik akan disenaraikan kerana misi kita untuk memburu keme- nangan dalam semua perlawanan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan