Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


BAM rugi tanpa Misbun

Posted:

BAM rugi tanpa Misbun

BAM rugi tanpa Misbun

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my


Ahmad Shabery Cheek (kiri) menerima cenderahati sehelai baju T daripada Datuk Raja Roslan Raja Samah pada Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Putrajaya, semalam. – UTUSAN/HANAFI KHAMIS


KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Misbun Sidek menolak kontrak baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah satu kerugian buat badminton negara, namun tiada apa yang boleh dilakukan lagi seandainya 'hati' jurulatih itu tidak lagi bersama skuad kebangsaan, akui Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam.

Ahmad Shabery mengakui, kepakaran yang ada pada Misbun mampu membantu menaikkan pemain-pemain muda negara, malangnya BAM mahupun beliau sendiri tiada kuasa untuk memaksa jurulatih tersebut daripada melaksanakan tugas bersama skuad kebangsaan.

Malah, Ahmad Shabery tidak menolak, Misbun mungkin tidak gembira dengan peranan baru yang diberikan kepadanya iaitu melatih pemain-pemain pelapis dan bukan lagi anak emasnya, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Saya belum mendapat laporan daripada BAM (mengenai keputusan Misbun) dan sebenarnya tidak mahu mengulas panjang perkara itu, pada saya walaupun beliau bagus tetapi jika hatinya sudah tidak lagi bersama skuad kebangsan, tiada apa yang boleh dilakukan kerana kita tidak boleh paksa.

"Mungkin Misbun tidak begitu gembira dengan peranan baru yang ditawarkan kepadanya, di mana beliau tidak lagi akan membimbing Lee Chong Wei, sebaliknya akan bekerja dengan pemain pelapis, bagaimanapun saya percaya perkara ini tidak akan menjejaskan program BAM.

"Malah, saya masih berharap mungkin pada masa akan datang, hati Misbun kembali sejuk dan bersedia untuk pulang ke pangkuan skuad kebangsaan, itu tidak mustahil,'' kata Ahmad Shabery pada sidang akhbar selepas pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Putrajaya 2011 di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.

Ketika ditanya apakah tindakan Misbun menolak tawaran BAM sebagai satu kerugian besar buat badminton negara, Ahmad Shabery berkata, perpecahan sentiasa membawa kerugian kepada sukan, tidak terkecuali dalam isu Misbun.

"Pada saya, apa saja perpecahan akan merugikan sukan, begitu juga dalam soal Misbun, ia lebih kepada merugikan daripada menguntungkan. Namun, saya harap BAM hanya memandang ke depan dan fikirkan cabaran yang lebih besar, bagaimana hendak melahirkan pemain berbakat untuk menggantikan Chong Wei.

"Saya sebenarnya tidak terlalu risau dengan Chong Wei, bagaimana beliau hendak menyiapkan diri untuk menghadapi Sukan Olimpik kerana beliau nampak baik di bawah bimbingan Tey Seu Bock, tetapi yang lebih merisaukan saya adalah pemain yang hendak menggantikan Chong Wei selepas beliau bersara nanti,'' ujarnya lagi.

Mesyuarat Exco BAM, minggu lalu mengumumkan keputusan mengejut Misbun menolak tawaran kontrak baru sebagai jurulatih kebangsaan, biarpun pada awal bulan lalu beliau telah mengutus surat kepada Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh untuk membatalkan peletakan jawatannya.

Tiada sebarang alasan diberikan oleh Misbun mengapa beliau enggan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, namun dipercayai, skop tugas baru yang diberikan BAM - melatih pemain pelapis dan bukan Chong Wei menjadi faktor utama jurulatih berpengalaman itu menolak tawaran badan badminton kebangsaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lepaskan Safee menentang Hong Kong

Posted:

Lepaskan Safee menentang Hong Kong

Lepaskan Safee menentang Hong Kong

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia memujuk kelab Pelita Jaya bagi melepaskan khidmat penyerang tersohor negara pada masa ini, Safee Sali pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad pihak FAM akan menggunakan dua cara meminta Pelita Jaya memberikan lampu hijau buat Safee beraksi bersama skuad negara.

''Pertama, kami telah mengutus surat kepada Pelita Jaya pada 29 April lalu dengan meminta mereka beri kebenaran buat Safee pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Jun sebelum pulang ke Bandung, 4 Jun nanti.

''Kami ada juga memberikan rujukan jadual perjalanan bagi Safee bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 apabila berdepan Taiwan pada 3 Julai," katanya pada majlis Taklimat Untuk Media di Wisma FAM, semalam.

Turut hadir dua Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Datuk Subahan Kamal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media FAM.

Selain itu, Azzuddin berkata, beliau berharap Hamidin dapat menggunakan budi bicaranya memujuk Pelita Jaya memberi pelepasan kepada Safee agar kembali ke tanah air.

''Hubungan Datuk Hamidin dan Pelita Jaya amat erat semenjak terlibat dalam urusan perpindahan Safee tempoh hari dan saya yakin itu dapat memujuk pihak Pelita Jaya," ujarnya.

Namun, Pelita Jaya sudah tentu keberatan melepaskan Safee begitu sahaja kerana pada 5 Jun nanti, kelab itu bakal menghadapi perhitungan penting menentang Persija Jakarta di Stadium Gelora Bung Karno.

Mengikut syarat teknikal yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebuah pemain tidak boleh beraksi dalam tempoh 48 jam dan perlu berehat selama dua hari.

Safee sebelum ini pernah berkata yang dia dalam dilema untuk memilih sama ada mahu beraksi bersama skuad kebangsaan atau membantu kelabnya di Indonesia.

Ujarnya, dia tidak keberatan kembali beraksi dengan skuad negara menentang Hong Kong, namun harus memastikan ketiadaannya tidak menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan