Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mana hadiah wang kemenangan kami?

Posted:

Mana hadiah wang kemenangan kami?

Mana hadiah wang kemenangan kami?

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang bekas atlet negara yang dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1960-an mendakwa masih belum menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 yang dijanjikan kerana dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut.

Lebih mengejutkan, menurut bekas atlet negara itu yang enggan namanya disiarkan, isu itu turut melibatkan sebilangan besar pemenang-pemenang anugerah yang sama sejak tahun 60-an sehingga awal 80-an.

Difahamkan pemenang anugerah Olahragawan dan Olahragawati pada tahun-tahun tersebut sepatutnya menerima ganjaran tunai di antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap seorang.

"Selepas berpuluh-puluh tahun menunggu, saya belum menerima walau satu sen pun hadiah wang tunai yang dijanjikan... kami berhak ke atas ganjaran itu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jelasnya, nilai RM5,000 hingga RM10,000 mungkin tidak setinggi seperti mana ketika ini, namun pada tahun 60-an jumlah tersebut mungkin bersamaan nilai ratusan ribu ringgit.

"Wang ganjaran itu jika saya terima ketika itu, saya mungkin dapat membeli sebuah rumah teres satu tingkat.

"Atlet-atlet dulu menempuh kehidupan sukar, kami mencurahkan masa, kesihatan, wang, segala-galanya untuk negara.

"Kami tidak meminta apa-apa yang lebih, cuma kalau ganjaran itu sudah dijanjikan, kenapa kami tidak menerimanya,"katanya.

Menurut beliau lagi, masalah itu pernah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) pertengahan tahun lalu, namun tiada perkembangan lanjut.

"Pada mesyuarat tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong bersetuju untuk meneliti perkara itu tetapi selepas hampir setahun, masih tiada sebarang jawapan," ujarnya.

Tegasnya, beliau akan terus memperjuangkan isu ini sehingga mendapat penjelasan yang memuaskan.

"Saya merancang untuk membawa isu ini dalam AGM Yakeb yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, seorang bekas Olahragawan Kebangsaan yang tidak mahu identitinya didedahkan mengesahkan beliau juga merupakan antara pemenang anugerah tersebut, tetapi masih tidak menerima ganjaran yang dijanjikan.

"Saya merupakan antara mereka yang kurang bernasib baik," katanya menerusi teks pesanan ringkas kepada Utusan Malaysia, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasaran 4 terbaik makin sukar

Posted:

Sasaran 4 terbaik makin sukar

Sasaran 4 terbaik makin sukar

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@utusan.com.my


PEMAIN Malaysia, Tengku Ahmad Tajudin Abd. Jalil (kanan) diasak pemain India, Ravipal pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.


IPOH - Impian Malaysia untuk muncul sebagai antara empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kian sukar apabila kalah 2-5 kepada India semalam.

Ia merupakan kekalahan ketiga Malaysia pada kejohanan tersebut, setelah tumpas 1-3 kepada Britain pada perlawanan pembukaan, disusuli 1-2 kepada Australia.

Keputusan itu bermakna Malaysia gagal mengulangi kejayaan menundukkan India 4-3 dalam perlawanan separuh akhir Sukan Asia di Guangzhou November lalu.

India, yang menghuni ranking No. 9 dunia hanya mengambil masa lapan minit untuk membolosi pintu gol pasukan negara, hasil jaringan Roshan Minz. Pintu gol Malaysia yang dikawal S. Kumar bolos lagi pada minit ke-18 menerusi melalui tolakan deras Mandeep Antil.

Pakar pukulan sudut penalti India, Rupinder Pal Singh mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-22.

Seminit sebelum rehat, pemain muda negara, Muhammad Azammi Adabi merapat perbezaan gol melalui tolakan cantik.

Namun, India menjaringkan gol keempat melalui Sunil Sowmarpet pada minit ke-35.

Pada babak kedua, skuad bimbingan Tai Beng Hai memperolehi gol kedua melalui jaringan padang Mohd. Shahrun Nabil Abdullah pada minit ke-43.

Gol tersebut menyemarakkan semangat pemain yang memaksa India lebih kerap berkubu.

Namun pemain Malaysia masih gagal menjaringkan gol bagi merapatkan lagi perbezaan jaringan.

Ketangkasan penjaga gol India, Bharat Chetri menafikan hasrat Malaysia mendapatkan gol melalui pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd. Rahim.

India menamatkan sisa peluang pasukan negara apabila menjaringkan gol kelima melalui pukulan deras Mandeep Antil pada minit ke-69.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan