Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Contohi Terengganu

Posted:

Contohi Terengganu

Contohi Terengganu

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my



PEMBANGUNAN sukan yang tersusun, persiapan lebih awal dan sistem pengurusan yang profesional merupakan tiga elemen utama menjadikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, trend sukan di Terengganu yang melihat sukan sebagai 'sumber rezeki' juga merupakan antara faktor mendorong kepada lahirnya jaguh sukan bertaraf antarabangsa.

Katanya, gabungan semua elemen itu telah terbukti dengan kejayaan Terengganu muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) buat kali ketiga berturut-turut.

Sebelum ini, Terengganu berjaya merangkul kejuaraan buat kali pertama pada tahun 2008 ketika mereka menjadi tuan rumah sebelum mengulanginya di Melaka tahun lalu.

"Selepas berakhirnya Sukma 2010 di Melaka tahun lalu, kita hanya sempat berehat selama sebulan sebelum memulakan latihan secara konsisten.

"Untuk membentuk atlet terbaik dalam tempoh setahun memang tidak boleh, tetapi kebanyakan daripada atlet yang kita hantar bertanding telah dilatih sejak usia kecil lagi," katanya.

Menurut Rozi, di Terengganu sebenarnya telah wujud trend baru dalam bersukan yang mana aktiviti sukan dilihat sebagai acara wajib.

"Kita ada sekolah sukan sendiri dan beberapa buah sekolah di negeri ini merupakan kuasa dalam pelbagai bidang sukan," jelasnya.

Penganalisis sukan, Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim pula menyarankan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar melihat modul yang digunakan Terengganu dalam mengurus dan mentadbir sukan.

"Dulu Terengganu merupakan pasukan tercorot dalam sukan berbanding Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

"Namun, secara tiba-tiba, negeri dari Pantai Timur itu telah melonjak dan muncul sebagai juara Sukma dalam tiga edisi berturut-turut," katanya.

Semua itu, kata Kay Kim, adalah disebabkan kemampuan Terengganu mengenal pasti bakat dalam kalangan anak-anak tempatan.

"Terengganu boleh diibaratkan sebagai lubuk atlet berkualiti seperti yang dibuktikan dengan lahirnya Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah dalam sukan berbasikal," katanya.

Anak jati Terengganu yang juga bekas Raja Pecut negara, Nazmizan Muhammad pula memuji tindakan berani kerajaan negeri yang sanggup melabur bagi memastikan atlet-atlet negeri itu dilatih oleh jurulatih profesional.

"Atlet akan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman sejak kecil lagi sementara prasarana sukan sentiasa dinaik taraf bagi memberi faedah kepada ahli-ahli sukan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Medan untuk sukan kurang popular

Posted:

Medan untuk sukan kurang popular

Medan untuk sukan kurang popular

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

MUNGKIN tidak keterlaluan jika dikata- kan bahawa penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang telah melabuhkan tirainya kelmarin dianggap sebagai berjaya.

Meskipun sebelum ini ada segelintir pihak menganggap penganjuran temasya sukan terbesar negara itu hanyalah satu pembaziran apabila diadakan setiap tahun, namun pihak penganjur, Majlis Sukan Negara (MSN) telah membuktikan sebaliknya.

Berdasarkan matlamat utama terhadap penganjuran Sukma kali ini, ia jelas sekali telah memberikan satu lembaran baru buat arena sukan tanah air.

Ini kerana, buat julung kalinya sukan bukan pilihan diberikan keutamaan untuk bertanding selepas tidak dipertandingkan pada temasya sebelum ini yang diadakan secara dwitahunan.

Edisi ke-14 kali ini menyaksikan sebanyak 19 acara dipertanding membabitkan atlet bawah 21 tahun (B-21) dan diadakan di 17 venue di sekitar Lembah Klang yang bermula 2 Jun lalu.

Variasi yang berbeza ini ternyata menyuntik nafas baru kepada pembangunan sukan bukan wajib yang sebelum ini agak ketinggalan apabila kurang mendapat tempat dalam penganjuran Sukma di negeri- negeri sebelum ini.

Malah, ia turut diakui oleh Ketua Penga- rah MSN, Datuk Zolkples Embong (gambar kecil) yang menganggap penganjuran Sukma yang pertama kali dianjurkan oleh pihaknya itu berjaya mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan.

"Sukma kali ini kita dapat menyediakan tahap pertandingan yang berprestasi tinggi kepada semua sukan yang terpilih untuk dipertandingkan melibatkan penyertaan atlet B-21," kata Zolkples.

Tambah beliau, Sukma kali ini adalah sebagai permulaan terhadap pembangunan sukan-sukan baru seperti acara bola baling, mendayung dan berbasikal pada peringkat negeri.

Ini kerana, penganjuran kali ini memberi peluang kepada semua jenis sukan terutamanya sukan kurang popular untuk berkembang seiring dengan sukan wajib.

"Matlamat utama terhadap penganjuran Sukma adalah bagi mewujud- kan pembangunan yang lebih tersusun pada peringkat negeri.

"Sebagai contoh, Terengganu berjaya mengatur sendiri program pembangunan atletnya melalui kerajaan negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak MSN," tambah Zolkples yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma ke-14.

Kenyataan Zolkples itu ada kebenarannya apabila Terengganu kini dilihat menjadi kuasa baru dalam arena sukan negara selepas sekali lagi dinobatkan selaku juara keseluruhan apabila membawa pulang 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan negeri Pantai Timur itu berjaya memperta- hankan gelaran juara yang dimenangi mereka dalam dua edisi sebelum ini iaitu pada 2008 selaku tuan rumah dan 2010 di Melaka.

Pencabar terdekat Terengganu, Selangor menamatkan temasya kali ini di tempat kedua apabila meraih 26 pingat emas, 18 perak dan 28 gangsa, diikuti Johor dengan 21 pingat emas, 20 perak dan 12 gangsa.

Sementara itu, atlet kanu Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabar dan pelumba basikal trek Perlis, Ju Pha Som Net masing-masing dinobatkan selaku atlet lelaki dan wanita terbaik Sukma ke-14 berdasarkan pencapaian mereka sepanjang temasya tersebut berlangsung.

Shafie layak bergelar atlet terbaik selepas kejayaannya menyumbangkan tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa buat kontinjen Johor.

Ju Pha yang merupakan pelumba pelapis kebangsaan pula tampil cemerlang apabila mengutip empat pingat emas dan satu pingat perak untuk merangkul gelaran atlet wanita terbaik.

Seramai 4,500 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara, mengambil bahagian dalam 19 sukan pilihan yang dipertandingkan di venue sekitar Lembah Klang dan Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil.

Pahang bakal menjadi tuan rumah bagi Sukma edisi ke-15 tahun depan dan ia merupakan kali kedua negeri Pantai Timur itu menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 1996.

Mengenai rungutan penyokong yang tidak dapat mengi- kuti perjalanan temasya kali ini menerusi siaran langsung di stesen telivesyen tempatan, khususnya di Sabah dan Sarawak, ia bukanlah silap penganjur.

Sebenarnya tidak timbul pemegang hak eksklusif untuk siaran televisyen pada temasya kali ini, cuma RTM dan TV3 tidak mengambil inisiatif untuk menyiarkannya.

Saluran sukan berbayar, Astro Arena telah mengambil langkah positif untuk menyiarkan temasya kali ini secara langsung.

Selepas menerima rungutan penonton di Sabah baru-baru ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim memberi respons agar hak eksklusif itu tidak dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

Sebaliknya, Sukma kali ini tidak melantik mana-mana pihak sebagai pemegang hak eksklusif tetapi dua stesen tele- visyen tempatan tidak mengambil inisiatif untuk menyiarkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semangat baharu pasukan Kelantan

Posted:

Semangat baharu pasukan Kelantan

Semangat baharu pasukan Kelantan

"LUPAKAN Piala FA dan fokus untuk langsaikan hutang kekalahan kita di tangan Perak".

Demikian pesan pengurus pasukan Kelan- tan, Azman Ibrahim yang mahu semua pe- main dan peminat bola sepak negeri itu me- lupakan episod duka mereka di Bukit Jalil, Sabtu lalu, sebaliknya memberi perhatian kepada perebutan gelaran juara Liga Super.

Tanpa berselindung, beliau tidak menafi- kan yang moral para pemain masih berada pada tahap rendah, namun semakin pulih menjelang pertemuan dengan Perak di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

"Kita sedang melalui proses pemulihan mental para pemain. Selepas apa yang berlaku Sabtu lalu, rata-rata semua pemain ter- paksa melalui saat yang sukar, namun mereka sudah boleh menerima hakikat dan ber- sedia untuk turun malam esok (malam ini).

"Bertemu Perak, misi tanpa gagal kita adalah untuk memungut tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang kita menjulang gelaran juara Liga Super, selain melangsaikan hutang kekalahan di Ipoh tempoh hari," katanya semalam.

Tambahnya, untuk tempoh dua hari bermula semalam, pihaknya telah mengadakan program 'kuarantin' yang mana para pemain, jurulatih dan pengurusan ditempatkan di satu lokasi secara bersama untuk mereka mengembalikan semula semangat dan kekuatan.

Jelasnya, kegagalan merangkul Piala FA tidak seharusnya dijadikan noktah perjuangan pasukan dan mereka perlu membawa pulang Liga Super sebagai pengubat keke- cewaan para peminat dan seluruh warga Kelantan.

"Kita memerlukan empat mata lagi untuk menjuarai Liga Super. Kemenangan dengan Perak malam esok amat penting, terutama- nya ketika aksi dijadualkan di gelanggang sendiri bagi memudahkan kerja kita ketika bertandang ke Sabah untuk perlawanan terakhir.

"Kelantan tidak mahu kecewa lagi, kita sudah hampir ke penamat dan kita tidak akan biarkan episod hitam kembali menghantui dan saya fikir para pemain perlu cepat melupakan apa yang berlaku dan bersedia untuk melangkah seterusnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya kekalahan Kelantan kepada Terengganu tempoh hari sebagai suatu yang telah direncanakan lebih awal.

"Khabar-khabar angin tersebut hanya untuk meruntuhkan moral pasukan. Kekalahan tersebut tidak pernah ada dalam rancangan kita dan segalanya telah ditakdirkan. Semua perlu menerima hakikat tersebut dan ia bu- kan pengakhiran buat kita," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen