Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


AMARAN Tok MB

Posted:

AMARAN Tok MB

AMARAN Tok MB

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my



GAJI dan bonus akan dipotong. Itu yang akan menanti pemain bola sepak Terengganu atau T-Team yang didapati sengaja membuat kesalahan sehingga dilayangkan kad merah oleh pengadil dalam satu-satu perlawanan. Kenyataan tegas itu disuarakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain.

Malah katanya, perkara sama dilakukan beberapa pasukan serta kelab-kelab profesional luar negara sebagai hukuman ke atas para pemainnya yang menerima kad merah untuk menjaga kualiti perlawanan. "Pemain untuk pasukan atau kelab bola sepak profesional luar negara takut apabila dapat kad merah kerana kalau mereka terima, bonus serta gaji mereka akan dipotong," ujarnya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurut Ahmad, bagi tujuan tersebut, beliau telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menjalankan siasatan ke atas pemain yang melakukan kesalahan sehingga dilayangkan kad merah dalam perlawanan. "Siasatan ini penting bagi memastikan pemain terbabit tidak melakukan kesalahan dengan sengaja dalam perlawanan," katanya. Jelasnya, jika siasatan mendapati pemain sengaja membuat kesalahan dan menerima kad merah, mereka boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Olimpik belum selamat

Posted:

Skuad Olimpik belum selamat

Skuad Olimpik belum selamat

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.co.my


KIM SWEE (kiri) mengingatkan kepada anak-anak buahnya bahawa mereka perlu lebih agresif pada aksi kedua Khamis ini.


BIARPUN berjaya mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama di Beirut kelmarin, skuad Olimpik negara masih belum boleh menarik nafas lega apabila perlu menghadapi baki 90 minit perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.

Kemenangan pada aksi kedua pusingan kedua itu nanti cukup penting bagi membolehkan skuad Olimpik negara mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

Pusingan terakhir itu membabitkan 12 pasukan terbaik benua Asia yang dipecahkan ke dalam tiga kumpulan dengan juara setiap kumpulan akan layak automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala naib juara merebut slot playoff.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, dia mahu anak-anak buahnya memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan kedua di Bukit Jalil pada Khamis ini sekembalinya mereka ke tanah air pada pagi ini.

"Biarpun berjaya mengikat Lebanon di gelanggang lawan, kita sebenarnya masih belum melayakkan diri. Matlamat utama kita adalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

"Jadi kita tak boleh berasa terlalu bangga dengan pencapaian di Beirut ini. Memang ia satu keputusan yang baik tetapi tugas sebenar kita masih belum selesai.

"Kita masih ada 90 minit lagi untuk menentukan nasib kita ke peringkat seterusnya," kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung dalam cuaca panas terik di sebelah petang itu, skuad Olimpik negara tampil menguasai permainan babak kedua selepas kelihatan agak bertahan pada separuh masa pertama.

Pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor menjadi pemain yang paling banyak berjaya melakukan percubaan tepat tetapi ketiga-tiga percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Lebanon, Mohamad Dakramanji.

Penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan pula gagal menghadirkan percubaan berbahaya ke gawang lawan manakala penggantinya, Syahrul Azwari Ibrahim yang masuk pada minit ke-57 terlepas peluang keemasan pada masa kecederaan.

Sementara itu, jurulatih Lebanon, Samir Saad nyata terkejut dengan aksi mantap yang dipamerkan para pemain negara sepanjang perlawanan kelmarin.

"Saya lihat mereka telah beraksi cukup baik, penuh sistem dan tersusun. Apabila melakukan serangan balas, mereka pantas turun untuk bertahan dengan baik," kata Samir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga negara tolak pelawaan FAM

Posted:

Tiga negara tolak pelawaan FAM

Tiga negara tolak pelawaan FAM

HASRAT skuad bola sepak kebangsaan untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menjelang aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan pada 29 Jun depan tidak kesampaian.

Tiga negara menolak pelawaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Maldives, Macau dan Laos manakala Filipina tidak memberi sebarang jawapan.

Sebagai ganti, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terpaksa mengadakan perlawanan simulasi membabitkan semua pelatih skuad kebangsaan pada Jumaat ini bagi memastikan para pemainnya tetap mendapat suasana perlawanan.

"Kita sudah cuba yang terbaik tetapi gagal mendapatkan mana-mana pasukan. Kita akan berlawan sesama sendiri kerana hanya itu saja cara untuk memberikan satu aksi kompetitif kepada para pemain menjelang pertemuan dengan Taiwan.

"Untuk bertemu pasukan Liga Super, sesuatu yang sukar kerana semua pasukan tengah berehat ketika ini manakala untuk bertemu skuad Olimpik, saya akan fikirkannya kerana mereka akan menentang Lebanon pada Khamis ini.

"Memang kita perlukan perlawanan kerana jika tidak, para pemain sukar mendapat momentum jika hanya menjalani latihan," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Pada sesi latihan itu, lima pemain yang mengalami kecederaan sekadar menjalani latihan ringan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S. Chanthuru, Shahrizal Saad dan Syed Adney Syed Hussein.

Baki 19 pemain lain menjalani latihan penuh termasuk dua penjaga gol yang baru dipanggil Rajagobal iaitu Nasril Nourdin (Perak) dan K. Sasikumar (Harimau Muda A) selepas Syed Adney mengalami kecederaan pada pangkal paha.

"Tahap kecederaan Aidil ketika bertemu Myanmar tidak serius. Saya beri dia rehat dua hingga tiga hari agar luka pada kakinya itu sembuh dan saya yakin dia dapat beraksi menentang Taiwan nanti.

"Norshahrul pula, saya yakin jika dia menjalani latihan pemulihan dengan baik ditambah pula kesungguhan dan mentaliti positifnya, mungkin kecederaannya pulih lebih awal," jelas Rajagobal.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal turut hadir petang semalam sambil tampil memberikan kata-kata motivasi kepada para pemain sebelum bermulanya sesi latihan.

Penyerang Pelita Jaya, Safee Sali yang baru selesai musim Liga Super Indonesia kelmarin akan mula turun menjalani latihan bersama skuad kebangsaan petang ini.

Manakala lima pemain skuad Olimpik iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan K. Gurusamy hanya akan memasuki kem latihan pada Jumaat ini selepas beraksi menentang Lebanon pada Khamis ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan