Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kubu Singa lemah'

Posted: 25 Jul 2011 04:08 PM PDT

Sukan

Skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Singapura, Khamis ini.

Skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Singapura, Khamis ini.

Jeritan patriotik peminat beri mesej Harimau Malaya mampu layak pusingan ke-3

"SINGAPURA tak hebat. Ayuh serang dan robohkan kubu mereka. Pertahanan mereka longgar." Itulah firasat positif bekas pemain tonggak negara, Razip Ismail menjelang pertembungan Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis ini.

Dia percaya jika skuad Harimau Malaya boleh meledak tiga gol di gelanggang lawan, Sabtu lalu mereka mampu gegar lagi gawang Singa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Jeritan patriotik penyokong tanah air sudah mula kedengaran yang kini amat yakin betapa anak didik Datuk K Rajagobal ada ramuan bangkit bak wira di gelanggang sendiri dan layak ke pusingan ketiga. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga turut bergandingan dalam menyalakan semangat perjuangan skuad negara untuk membalas dendam.

"Jika semangat sama dapat ditunjukkan ketika menewaskan Taiwan (pusingan pertama) saya amat yakin kita boleh menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 ke atas Singapura.

Penyokong kita boleh menjadi faktor pembantu menggapai impian, Khamis ini," katanya, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Orang Malaysia

Peluang Malaysia hampir tertutup walaupun masih terbuka. Malaysia perlukan lebih ramai pemain seperti Safee. Kita tak sepatutnya menggunakan alasan Singapura ada pemain import kerana jika ingin mara Malaysia mesti lebih baik dari pemain import itu. Jika ingin menang piala Asia mesti lebih baik dari Jepun. Jika ingin menang piala dunia mesti lebih baik dari Spain. Tapi jika setakat nak jaguh Asean kalah dgn pemain luar asean pun boleh dijadikan alasan. Tiada isu pemain import atau tidak. Selamat berjuang hingga saat terakhir. Yang penting kalahkan Singapura.

bern

saya yakin jika khairul fahmi diturunkan, barisan pertahanan lebih kuat dan kita(HARIMAU MALAYA)akan mara...saya amat yakin jika begitu..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dia boleh cakap apa saja: Duric

Posted: 25 Jul 2011 04:06 PM PDT

Sukan

'Malaysia rugi tanpa Safiq'

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric sama sekali tidak kecil hati dengan kenyataan kapten Malaysia, Safiq Rahim yang sebelum ini menyuarakan pasukan lawan itu hanya gah dengan kehadiran lima pemain natrulisasi.

Sebaliknya, penyerang kelahiran Serbia berusia 41 tahun itu berkata itu hak Safiq untuk berkata apa sahaja. Dia tidak mahu memikir panjang mengenai perkara seumpama itu, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan penting, Khamis ini.

"Saya tidak marah dan saya menghormati pandangan dia. Anak saya orang Singapura dan dia (Safiq) boleh cakap apa saja," katanya selepas sesi latihan di Pusat Latihan Maybank di Bangi, petang semalam. "Ketiadaan dia adalah satu kerugian besar kepada Malaysia dan secara peribadi saya ingin beraksi dengannya di padang," katanya.

Sementara itu, kapten pasukannya, Shahril Ishak berkata, motivasi pasukan nyata membuak apabila berjaya mencatat kemenangan di laman sendiri.

"Kami terasa sedikit tekanan untuk berkunjung ke Bukit Jalil kerana kehadiran 80,000 penyokong nanti. Tapi kami akan bersedia pada hari berkenaan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan