Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sneijder milik Man Utd?

Posted: 01 Aug 2011 04:49 PM PDT

Sukan

Pengurus Inter bidas Ferguson, berunding secara profesional

LONDON: Wesley Sneijder memberi bayangan yang kian jelas betapa dia akan berpindah ke Manchester United bagi aksi Liga Perdana Inggeris.

Semalam, bintang Inter Milan bernilai £35 juta (RM175 juta) berkata: "Sudah pasti ada peluang sesuatu akan berlaku. Kita tunggu dan lihat." Apabila diajukan persoalan sama ada berminat beraksi di England, pemain antarabangsa Belanda berusia 27 tahun itu menjawab: "Mungkin....saya sudah bermain dalam banyak kejohanan besar di Belanda, Sepanyol dan Itali. Saya masih di sini."

Apapun pengurus Inter Milan, Gian Piero Gasperini tampil menegur United bahawa Sir Alex Ferguson perlu berunding dengan kelabnya, bukan pemain itu, jika mahu melengkapkan urusniaga berkenaan.

Ferguson pula menyuarakan The Red Devils kini mahu mencari seorang pemain bertaraf dunia menguatkan cabaran mereka dan mesej itu lebih terarah kepada usaha membawa Sneijder ke Old Trafford. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Norhafiz 'pulang' sertai Harimau Malaya

Posted: 01 Aug 2011 04:46 PM PDT

Sukan

NORHAFIZ (tengah) dan S Subramaniam bekerja keras mengawal ayam tambatan Chelsea, Fernando Torres dalam  perlawanan persahabatan di Stadium National Bukit Jalil, bulan lalu. Chelsea menang 1-0.

NORHAFIZ (tengah) dan S Subramaniam bekerja keras mengawal ayam tambatan Chelsea, Fernando Torres dalam perlawanan persahabatan di Stadium National Bukit Jalil, bulan lalu. Chelsea menang 1-0.

Aksi garang ketika wakili Malaysia XI tambat hati FAM

KELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Semalam, kenyataan daripada badan induk itu menyebut pemain pertahanan itu adalah antara 25 pelatih tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya. Aksi goyah benteng negara ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 harus memberi opsyen lebih kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dengan kehadiran Norhafiz yang disebut boleh memantapkan kubu negara.

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili skuad negara adalah di Sukan Asia 2010. Turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan ialah pemain tengah Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zamri yang juga sudah lama tersisih selepas kali terakhir pada kelayakan Piala Asia, hujung tahun lalu.

Penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang diberi penghormatan selaku kapten pada perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, turut tersenarai bersama kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang tidak beraksi di Bukit Jalil minggu lalu, akibat penggantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama menentang Singapura di republik berkenaan sebelum itu.

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee.
FAM dalam kenyataannya berkata, semua pemain itu diminta melapor diri di Wisma FAM pada jam 4 petang esok. Sesi latihan di bawah kendalian Rajagobal itu akan berlangsung lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos ini.

INFO
Senarai 25 pelatih Harimau Malaya

Amar Rohidan (Kedah)
Mohamad Azmi Muslim (Kedah)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Kedah)
Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Safiq Rahim (Selangor)
Norhafiz Zamani Misbah (N Sembilan)
Mohd Farizal Marlias (N Sembilan)
Kunalan Subramaniam (N Sembilan)
Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu)
Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
Helmi Remeli (Terengganu)
Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)
Ismail Faruqi Ashari (Terengganu)
Joseph Kalang Tie (Terengganu)
Mohd Farisham Ismail (Kelantan)
Chanturu Suppiah (Kelantan)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Kelantan)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Mohd Shahrom Abdul Kalam (KL)
Norazlan Razali (KL)
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)
Mohd Faizal Muhamad (Harimau Muda A)
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya FC, Indonesia)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan