Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sertai KLRC

Posted: 04 Sep 2011 04:39 PM PDT

Sukan

Zakry-Fairuzizuan harap temui sengat, capai impian Olimpik London 2012

SELEPAS berteka-teki, pasangan beregu Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Tazari sah menyertai kelab profesional Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC) untuk mencari tapak baru badminton antarabangsa.

Namun sejauh mana sengat Zakry-Fairuzizuan di bawah KLRC akan teruji apabila pasangan yang pernah mencipta sensasi pada 2008 ini beraksi di Grand Prix Emas Indonesia di Kalimantan, 27 September hingga 2 Oktober ini. Pasangan itu yang memohon keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 20 Ogos lalu berkata, keputusan menyertai KLRC dicapai Jumaat lalu, itupun selepas menerima lampu hijau BAM.

"Kami memilih KLRC kerana mereka mempunyai program yang sesuai dengan kehendak kami. Kami yang membuat permohonan kerana kami sedar KLRC adalah kelab yang boleh membantu impian kami beraksi di Olimpik London tahun depan," kata Zakry pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri KLRC, semalam.

"Selepas mengumumkan keluar daripada BAM bulan lalu, kami mempunyai beberapa pilihan lain tetapi mendapati KLRC amat sesuai dengan kami, dan sebelum Hari Raya kami mulakan rundingan," katanya lagi.

Pasangan beregu itu mencipta nama apabila memenangi dua kejohanan berturut-turut – Terbuka Singapura dan Siri Super Indonesia pada 2008 hingga melonjakkan ranking sebagai pasangan nombor empat dunia pada satu ketika.
Sementara itu, Fairuzizuan berkata, mereka perlu membuat keputusan segera untuk memastikan impian yang tidak kesampaian sebelum ini mampu direalisasikan.

"Memilih untuk menjadi pemain tanpa ikatan, kami sedar ia sukar tetapi dengan bimbingan KLRC, kami percaya misi menjadi pasangan digeruni mampu menjadi kenyataan," katanya.

Pasangan itu akan berlatih di Akademi Badminton New Vision bersama pemain KLRC lain tetapi tetap menggunakan kemudahan sparring tiga kali seminggu dengan pemain BAM di Stadium Juara untuk memenuhi kalendar pertandingan tahun ini, antaranya Siri Super Perancis, Terbuka Denmark, Siri Super Hong Kong, Terbuka China, GP Emas Macau, GP EMas Korea Selatan dan GP Emas India.

Sementara itu, Pengarah KLRC Berhad, Datuk Seri Andrew Kam gembira dengan kehadiran pasangan itu dan berjanji membantu Zakry-Fairuzizuan mencapai misi ke Olimpik London 2012.

"Pasangan ini mengakui masih mahu beraksi di kancah kompetitif dan KLRC mahu memberikan mereka platform untuk mencapai impian itu," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

awang otai

berusahalah selagi ada kemahuan, semoga berjaya..sememangnya kita kekurangan pemain Melayu

boby darmansah

semoga berjaya...Go Zakry Go Fairuzizuan...All the best...

annacomel

semoga berjaya..


'Biar saya saja rasa tertekan'

Posted: 04 Sep 2011 04:36 PM PDT

Sukan

KIM Swee (kiri) mengawasi sesi latihan skuad Olimpik di Wisma FAM.

KIM Swee (kiri) mengawasi sesi latihan skuad Olimpik di Wisma FAM.

Pemain tambah yakin apabila lepasi pusingan pertama: Kim Swee

WALAUPUN mencatat lima kemenangan daripada tujuh perlawanan persahabatan di Slovakia, jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee masih bersikap realistik dan tidak mahu meletakkan sebarang tekanan terhadap anak buahnya dalam misi kelayakan Olimpik menentang Jepun, 21 September ini.

"Kita perlu realistik tapi bukan bermakna kita akan mudah mengalah. Saya boleh janjikan pemain akan memberikan sepenuhnya bagi memberikan saingan sengit dan cuba untuk layak. "Saya tidak suka meletakkan sebarang tekanan, biarlah tekanan itu hanya ada pada saya, bukan pada pemain. Lagipun, saya anggap ia bukan tekanan, sebaliknya satu cabaran kepada saya dan semua pemain untuk lebih fokus kepada latihan dan perlawanan," katanya.

Sebelum ini skuad Olimpik negara menjalani latihan lima minggu di Slovakia dan mengadakan tujuh perlawanan persahabatan menentang kelab liga divisyen satu dan dua negara berkenaan.

Skuad kendalian Kim Swee juga dijadualkan melalui dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab Al-Arabi yang beraksi dalam saingan Piala AFC dan skuad Olimpik Oman, sebelum berangkat ke Jepun.

"Sudah tentu pemain bertambah yakin selepas melepasi pusingan pertama dan layak ke pusingan kedua kerana tiada sesiapa yang memberi harapan untuk kita mara ke kelompok 12 pasukan terbaik Asia dalam peringkat terakhir kumpulan.
"Saya tidak mahu bermegah dengan mengatakan pasukan ini lebih baik berbanding skuad kelayakan sebelum ini. Biarlah mereka menghabiskan peringkat kumpulan terlebih dulu sebelum saya menilai prestasi mereka," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan