Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Red Warriors tepati ramalan

Posted: 06 Sep 2011 05:08 PM PDT

Sukan

Selangor kena di Kuala Terengganu, Hijau Kuning kejut Johor

JUARA bertahan, Kelantan melaungkan amaran awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia apabila memberi persembahan bertenaga menewaskan pasukan Liga Perdana, Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Jelas, congakan jurulatih, Datuk M Karathu mengatur strategi berjaya dimanfaatkan dengan baik anak didik walaupun cabaran mereka teruji pada babak pertama tanpa mampu menjaringkan sebarang gol buat melegakan tuan rumah pimpinan Robert Alberts. Sebaik wisel permulaan dibunyikan The Red Warriors terus melancarkan serangan ke kubu Sarawak namun ia tidak membutirkan sebarang hasil apabila berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Nyata kesungguhan ditunjukkan pemain skuad Pantai Timur itu terus menemui jalan buntu apabila diikat seri 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sejurus separuh masa kedua disambung, skuad kendalian jurulatih berpengalaman kembali melancarkan serangan sebelum penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meletakkan Kelantan pada minit ke 69.

Sarawak yang ketinggalan satu gol bagaimanapun tidak memberi ruang mudah apabila berjaya mengekang banyak peluang keemasan yang dicipta penyerang Kelantan.
Harapan 20,000 penyokong tuan rumah untuk melihat kebangkitan Sarawak musnah apabila seorang lagi pemain kebangsaan S Chanturu menolak baik bola hantaran Norshahrul pada minit ke 85.

Artikel lain:



Johor gagal raih tiga mata

Posted: 06 Sep 2011 05:02 PM PDT

Sukan

PEMAIN Johor, Ashraf Al-Japri (tengah) diasak dua pemain Kedah, Mohd Sabre Abu (kanan) dan Amar Ridzuan pada perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia  di Stadium Larkin, malam tadi. Kedah menang 2-0.

PEMAIN Johor, Ashraf Al-Japri (tengah) diasak dua pemain Kedah, Mohd Sabre Abu (kanan) dan Amar Ridzuan pada perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam tadi. Kedah menang 2-0.

Skuad 'si adik' Johor FC turut tewas 2-0 kepada FELDA United dalam saingan Kumpulan C

JOHOR gagal dalam misi memburu tiga mata selepas tewas kepada Kedah 2-0 dalam aksi Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di Larkin, malam tadi.

Walaupun pada awal saingan Johor yang dibimbing Azmi Mohamed memiliki peluang mencipta jaringan, sepakan percuma Mohd Shoufiq Khusaini sekadar tersasar dari pintu gol. Sebaliknya, Kedah mengambil kesempatan daripada kelekaan benteng pertahanan Johor dengan mencipta gol pada minit keenam apabila Mohd Khyril Muhymeen menggelecek dua pertahanan tuan rumah sebelum merembat bola leret untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Syamim Othman.

Biarpun berpeluang menyamakan kedudukan pada babak pertama menerusi Ashadi Mohd Yusof (m-15) yang menerima hantaran lintang Mohd Shoufiq, pemain pinjaman dari Tentera itu gagal merembat tepat ke arah gawang pelawat.

Barisan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan yang tampil dengan status bekas juara empat kali tetapi kali terakhir mengucup piala berprestij itu pada 2008, terus mengukuhkan kedudukan pada babak kedua dengan satu lagi gol Mohd Khyril, 10 minit sebelum tamat untuk memastikan Kedah berada di puncak Kumpulan A.

Sementara itu, aksi di Stadium Pasir Gudang menyaksikan `si adik' Johor FC turut tewas dalam saingan Kumpulan C selepas tunduk 2-0 kepada FELDA United.
Ketika aksi babak pertama berbaki seminit, penyerang FELDA United, Mohd Farderin Kadir melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut Mohd Syazwan Zainon.

Mohd Farderin terus menambah derita skuad Lebah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 selepas bijak menewaskan penjaga gol, Mohd Anis Faron.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen