Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Malam panas

Posted: 26 Sep 2011 03:56 PM PDT

SECARA tradisi, Selangor dan Kuala Lumpur pernah bergelar seteru di Lembah Klang. Sama seperti Kedah dan Perak yang silih berganti mengesahkan status sebagai jagoan Utara Semenanjung.

Namun malam ini, pertaruhannya mungkin lebih besar buat Selangor dan Kedah dua bekas gergasi yang pernah mendominasi kancah bola sepak dan bergelar juara Piala Malaysia suatu masa dulu, sebelum reputasi mereka dibayangi kebangkitan pasukan negeri lain.

Selangor tampil dengan Misi 33 musim ini dan perlu menang ke atas skuad warga kota di Stadium Shah Alam malam ini, untuk mengiringi TTeam daripada Kumpulan D ke saingan peringkat suku akhir. Kedah juga perlu mencuri mata daripada Perak, sambil berharap Johor dapat membantu menafikan hajat Sabah dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Dengan lapan perlawanan berlangsung serentak, tumpuan pastinya lebih terarah kepada 90 minit yang panas dan mendebarkan di Stadium Shah Alam dan Stadium Darulaman, malam ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

anok red warriors

the greatest giant ever KELANTAN!

sattu munduks

Mlm ni sabah akan mencuri 1 slot k'pusingan suku akhir s'terusnya...Ara maite......OK BAH KLU KAU....

Podolski

apapun berlaku, Enjut lebah enjut!

darling

berbahaya pasukan selangor kuala lumpur kedah sabah.penyerang kelantan relak aje.

boy jojo

mari beramai2 beri sokongan di stadium s.alam untuk mmberi lebih semangat kepada selangor...

nava

aku harap aku dapat lima AAAAA

Ar

Wahai Al ghazali..kalau setakat nak masuk suku akhir mengharap orang bagi peluang..baik bagi peluang team tu johan terus tak payah buat pertandingan..nak bagi rasa gapai Piala Malaysia lah katakan..

Diq erry

Sel 1 KL 1.. Perak 0 Ked 0.. Jhr 0 Sabah 3..
Apapun keputusan Tganu vs TTeam main di Final nanti... Glory!! Glory!! Glory!!

k_reee2002@yahoo.com

Kelantan Juara!!!

satriav6

pada team piala malaysia yang layak jumpa selangor di final nanti hehehe

hazrul halim

Mlm ni kenari akan menari. .

Al ghazali

saya rasa dua gergasi ini akan tumbang malam ini..berilah kepada negeri yg masih belum menggapai piala malaysia k..

Sazwan Jitra Mai...

Pulun Kedah Pulun.... Menang kalah adat permainan... yg penting mutu permainan mesti yg terbaik.... melujur lalu melintang patah...

kelabkelateFAkamicosdnbhd

Kita harap perjuangan selangor dan Kedah tidak berakhir malam ini...kerana kelantan masih pasukan pilihan utama.hidup TWR

zamzam b.salleh

selangor pasti menang kerana selangor berada di landasan yg betul di barisi pemain2 yg terbaik dan jurulatih yg baru .

Rahmat 'ditolak' Raja: Safiq

Posted: 26 Sep 2011 02:41 PM PDT

Sukan

Kini tumpuan saya pastikan Selangor ke suku akhir, final

WAJIB menang. Hanya itu yang menjadi fokus pemain tengah Selangor, Safiq Rahim serta rakan-rakan apabila turun menentang Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.

Seri atau tewas hanya akan menyaksikan Misi 33 Gergasi Merah Kuning berkubur sambil terpaksa merelakan seteru Lembah Kelang, Kuala Lumpur mengiringi T-Team ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.

Kami kini dalam situasi cukup positif selepas kemenangan 4-1 ke atas Polis, Sabtu lalu. Harap segala-galanya menjadi apabila berdepan Kuala Lumpur. Saya yakin tetapi tidaklah terbawa-bawa, kata Safiq ketika dihubungi, semalam. Kapten skuad kebangsaan yang tidak disenaraikan Datuk K Rajagobal untuk aksi persahabatan menentang Australia, 7 Oktober depan itu turut berkata tumpuannya kini hanyalah untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama bagi dirinya.

Apabila tidak dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan kali ini, pastinya tumpuan penuh akan saya berikan untuk memastikan Selangor mara ke suku akhir, dan kalau boleh hingga ke final.

Saya sanggup bersabar untuk menjalani ujian percubaan di Cardiff City kerana mahu fokus terhadap Piala Malaysia. Jika diikutkan perancangan, saya akan ke Cardiff penghujung Oktober depan, jelas Safiq.

Ditanya mengenai formasi 4-3-3 yang diterapkan jurulatih baru, P Maniam, pemain 24 tahun itu berkata, dia seronok dengan peranannya selaku pemain tengah menyerang bersama Azidan Sarudin untuk membantu penyerang tunggal, Amri Yahyah.
Formasi baru ini tampak menjadi ketika bertemu Polis. Tapi masih banyak perlu dipertajamkan lagi. Tetapi saya sendiri mula menemui keyakinan selepas menjaringkan gol sulung dalam Piala Malaysia, Sabtu lalu, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Khairul Azlan

kl leh menang dan seri serta layak ke suku akhir

MUHAMMAD ASRUL BIN ABDULLAH

semoga selangor layak ke suku akhir... sbg anak jati sel,..sy doakan kejayaan mlm ni.
safiq.. kuatkan semangkat dan bukti kpd Dato Rajagobal.. anda still pemain terbaik Negara

Yusoff

Go Red Giant!!!Berjuang hingga ke tiupan wisel penamat dengan semangat juang tinggi untuk kemenangan, Selangor BOLEH!

ABD SHUKOR

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...UCAPAN INI DITUJUKAN KPD SAYA..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen