Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia kembali ‘bernyawa’

Posted:

Malaysia kembali 'bernyawa'

Malaysia kembali 'bernyawa'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

MALAYSIA akhirnya mencatat kemenangan sulung pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia apabila berjaya menewaskan China 4-2 petang semalam.

Setelah tumpas 2-3 kepada Pakistan dan dikalahkan Korea Selatan 3-4, skuad negara bangkit mencuri tiga mata penting dalam usaha merealisasikan misi menduduki kelompok empat pasukan terbaik pada kejohanan yang diperkenalkan buat kali pertama di Asia itu.

Pada aksi di Ordos, China semalam, skuad negara mendahului 2-1 pada babak pertama hasil jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil dan gol sudut penalti Muhd. Amin Rahim.

Namun kealpaan benteng pertahanan skuad negara sekali lagi dihukum apabila China kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada awal babak kedua.

Mujur tindakan penyudah penyerang muda negara, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin berjaya meletakkan Malaysia di depan 3-2 menerusi gol padang ketika perlawanan berbaki 17 minit.

Penyerang berbisa, Faizal Saari mengesahkan kemenangan bergaya Malaysia apabila meledak gol keempat hasil jaringan menerusi pukulan sudut penalti empat minit sebelum perlawanan berakhir.

Jurulatih negara, Tai Beng Hai ternyata berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya meskipun mengakui prestasi mereka kurang menyerlah, tidak seperti ketika dua perlawanan awal menentang Pakistan dan Korea Selatan.


FAIZAL (kiri) menyumbang gol keempat Malaysia ketika menentang China di Ordos semalam.


"Saya berpuas hati dengan kemenangan kita ke atas China hari ini (semalam) dan persembahan yang ditunjukkan mereka juga agak bagus," kata Beng Hai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Walaupun saya akui kemenangan ini amat penting, namun saya dapati prestasi pemain kita tidak sebagus ketika kalah kepada Pakistan dan Korea Selatan tiga hari lepas.

"Kita kalah tipis kepada Pakistan dan Korea adalah kerana pemain gagal menggunakan peluang di depan gol dengan baik. Jika dinilai secara keseluruhannya, kita berjaya memberi saingan sengit kepada mereka," tambahnya lagi.

Peluang skuad negara untuk mencipta kejutan dalam kempen kali ini juga semakin cerah sekiranya mampu mencatat kemenangan kedua ke atas pasukan No. 9 dunia, India pada aksi keempat petang ini.

Malah tidak mustahil anak-anak buah Beng Hai itu mampu menduduki tempat lebih baik dalam kumpulan selepas juara Sukan Asia, Pakistan dikejutkan Jepun 1-3.

Petang ini, Malaysia dijadualkan berdepan India pada aksi keempat dan peluang untuk mencipta keju- tan juga semakin cerah selepas Pakistan tumpas mengejut 1-3 kepada Jepun dan India mengalahkan Korea Selatan 5-3 semalam.

"Sasaran tempat keempat saya rasa memang boleh dicapai, namun tidak mustahil kita mampu bersaing merebut kedudukan lebih baik lagi kerana saya dengan Jepun berjaya mengejutkan Pakistan 3-1.

"Namun semuanya bergantung kepada keputusan kita dengan India esok (hari ini). Pemain kita akan mencuba sebaik mungkin untuk mencatat kemenangan kedua ke atas India sebelum bertemu Jepun pada saingan terakhir Jumaat ini," kata Beng Hai.

Pelumba negara ikrar kekal rentak

Posted:

Pelumba negara ikrar kekal rentak

Pelumba negara ikrar kekal rentak


ADIQ (dua dari kiri) antara sandaran utama skuad negara pada Jelajah Brunei yang membuka tirainya hari ini.


MASIH segar dengan kejayaan pada Grand Cycling TelBru 2011 April lalu, skuad basikal lebuh raya negara kini memburu kemenangan kedua apabila turun beraksi dalam Jelajah Brunei yang bermula hari ini.

Pada Grand Cycling TelBru 2011 yang turut diadakan di Brunei baru-baru ini, skuad Malay- sia berjaya mengetepikan cabaran pasukan benua, Terengganu Cycling Team (TSG).

Pengurus pasukan Malaysia, Kamarul Aizad Othman yakin pengalaman yang dikutip barisan pelumba negara dalam kejo- hanan tersebut mampu memberi kelebihan kepada mereka pada perlumbaan lima peringkat Jelajah Brunei sejauh 629.5 kilometer yang kali pertama diperkenalkan dalam Jelajah Asia.

"Sebenarnya ini bukan kali pertama kami berlumba di Brunei. Sebelum ini kami telah memenangi perlumbaan TelBru 2011," kata Kamarul Aizad.

"Dua pelumba yang beraksi pada kejohanan tersebut turut berada dalam pasukan kami iaitu Ng Yong Li dan Nik Mohd. Azwan Zulkiflie.

"Sudah pasti kami mahu memburu satu lagi kemenangan. Jelajah Brunei ini juga menjadi persiapan terakhir kami sebelum beraksi pada Sukan SEA di Indonesia, November depan," tambahnya lagi.

Selain Yong Li dan Nik Mohd Azwan, skuad Malaysia turut mempertaruhkan Muhammad Adiq Husainie Othman, Mohamad Al-Ghazali Abd Hamid, Mohamad Hafiz Mohamed Sufian dan Mohd Nazri Muhamad.

Tiga lagi pelumba, Ahmad Fakhrullah Alias, Mohamad Faris Abdul Razak dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri disenaraikan sebagai simpanan.

Tumpuan pasti terarah kepada pelumba sensasi negara, Adiq Husainie yang juga meme- nangi pingat gangsa acara scratch di Kejuaraan Remaja Dunia 2009.

Pelumba yang menyertai pasukan Drapac Professional Cy- cling itu juga menjuarai satu peringkat perlumbaan di Jelajah Korea, April lepas.

Begitupun, Kamarul Aizad sedar cabaran daripada pasukan TSG juga tidak boleh dipandang ringan dalam kejohanan ini.

"TSG memiliki pakar pecut yang bagus seperti Anuar Manan dan Mohamad Harrif Salleh," kata Kamarul Aizad.

"Laluan perlumbaan Jelajah Brunei ini kebanyakannya landai dan ia memberi kelebihan kepada pelumba pecut.

"Saya rasa pasukan yang mempunyai pakar pecut yang bagus dan berpengalaman berpeluang cerah untuk menang.

"Namun pasukan lain seperti Giant Kenda (Taiwan), Tabriz Petrochemical (Iran) dan pasukan kebangsaan iaitu Thailand dan Uzbekistan juga mampu memberi saingan sengit dalam perlumbaan ini."

Azlan sedia gegar Autopolis

Posted:

Azlan sedia gegar Autopolis

Azlan sedia gegar Autopolis

PELUMBA pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mahu mengubati kekecewaan yang dialami dalam kategori Super- Sports 600cc menjelang Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun minggu ini.

Azlan hampir mencatat kemenangan pertamanya musim ini pada Pusingan 3 di Chennai, India, namun pada dua pusingan terakhir, dia gagal menga- wal jenteranya lalu terjatuh ketika sedang mendahului Perlumbaan 2.

Azlan berupaya meneruskan perlumbaan, namun sekadar berada di kedudukan ke-14.

Menjelang perlumbaan kali ini, Azlan sedia bangkit mene- bus kesilapan di samping berharap dapat menamatkan penantian untuk bergelar juara pada musim ini.

"Saya telah mensia-siakan peluang yang ada kerana terlalu inginkan kemenangan.

"Saya telah mencuba melebihi kemampuan saya kerana pada ketika itu saya tidak berada dalam keadaan yang benar-benar cergas," kata Azlan yang meraih kejayaan terakhir pada tahun 2009 di Jepun.

Sudah melupakan kesilapan tersebut dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran sengit di Jepun, Azlan menambah: "Sudah tentu pelumba-pelumba Jepun seperti Katsuaki Fujiwara dan Toshiyuki Hamaguchi mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun ia tidak menjadi alasan menyekat kemahuan saya."

Pelumba berusia 27 tahun itu menjelaskan, kru pasukannya mempunyai banyak pengalaman di Litar Autopolis dan ia akan menjadi bekalan terbaik untuk mereka melakar kejayaan.

"Selain itu, dengan adanya Yoshiteru Konishi (juara empat kali Kejuaraan Seluruh Jepun SuperSports 600cc) yang bertindak sebagai mentor dan juru- latih, saya percaya kami dapat menyahut cabaran.

"Dengan tunjuk ajar Konishi, kemahiran tunggangan saya semakin meningkat, terutamanya ketika di selekoh. Saya tidak lagi tergelincir seperti mana yang sering berlaku sebelum ini.

"Jentera Honda saya juga berada dalam keadaan terbaik, pasukan teknikal Harc-Pro begitu berkemahiran dan saya juga percaya dengan kemampuan yang saya miliki.

"Kami menggabungkan kesemua perkara ini bersama-sama untuk mencapai keputusan terbaik dan saya juga begitu bersemangat untuk meraih kejayaan pertama pada musim ini," tambah Azlan.

Dalam misi memburu kejayaan sulung, Azlan turut menyatakan Fujiwara, Hamaguchi, Mohd. Zamri Baba dan pasangan pelumba Thailand, Decha Kraisart dan Charlempol Pola- mai akan menjadi pesaing utamanya nanti.

Dengan lima kejayaan menaiki podium daripada enam perlumbaan, Azlan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 84 mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan