Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Angpau RM1.6j'

Posted: 19 Dec 2011 03:59 PM PST

LEE Chong Wei yang 'makin penat' diingatkan supaya segera mengalih tumpuan memburu ganjaran lebih lumayan - RM1.6 juta dan pencen bulanan RM5,000 dengan melakar sejarah muncul atlit sukan pertama negara memenangi pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan.

Itulah gesaan bersifat 'cemas' beberapa pihak yang mula gelisah dengan prestasi dan tahap kecergasan pemain nombor satu dunia itu yang kian merosot selepas terlalu banyak menyertai kejohanan sepanjang tahun mengejar wang selaku pemain profesional.

Gambaran lebih perit - pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas buat kali ketiga tahun ini kepada pemain muda China, Chen Long di separuh akhir Final Siri Super Dunia di Liuzhou, Sabtu lalu.

Berdasarkan rekod, Chong Wei yang berjaya mengekalkan gelaran pemain nombor satu dunia sejak 2008 menyertai 15 kejohanan sepanjang tahun ini, mara dalam 11 pertandingan akhir serta memenangi tujuh kejuaraan.

Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj akur antara faktor utama pencapaian hambar Chong Wei disebabkan terlalu banyak menyertai pelbagai kejohanan tanpa membuat pemilihan wajar sesuai dengan usia.

"Dia tidak ada masa berlatih kerana baru tiba dua hari ke tanah air, dia terpaksa terbang ke luar negara lagi untuk menyertai kejohanan lain. Jadi, bila masa dia mahu berlatih bagi meningkatkan serta mempertajamkan pukulannya?

"Lagipun, Chong Wei perlu ingat dia sudah mencecah 29 tahun dan bukannya seperti Chen Long yang baru 22 tahun. Jadi, dia perlu berehat secukupnya untuk kembali pulih dan cergas," kata bekas pemain itu.

James berkata, dia akan mengadakan pertemuan dengan Chong Wei dan ketua jurulatih, Rashid Sidek dan jurulatih Tey Seu Bock minggu depan untuk merangka program menjelang temasya terulung dunia termasuk menyaring pertandingan bakal disertainya.

"Bagi saya, tiga kejohanan paling ideal dia beraksi sebelum Sukan Olimpik 2012 adalah Terbuka Korea, Malaysia dan Seluruh England. Ini kerana pada Februari dan Mei dia perlu beraksi bersama pasukan dalam kempen Piala Thomas," katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlit yang memenangi emas di Sukan Olimpik, manakala BAM menjanjikan insentif RM500,000 dan Telekom Malaysia Bhd (TM) sudah menyatakan persetujuan memberi imbuhan RM100,000. Pemenang emas juga akan menerima pencen bulanan RM5,000.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

peminat

Nama lagi pemain pro, mesti main badminton nak cari rezeki bukan semata2 sebab negara. Kalah sesekali apa, bnyak kali kalah, kalau tak kepada lin dan kena plak dgn cheng long, maknanya orang tak takut lagi dgn gelaran no. 1, nanti pasukan china cakap, ala..ranking je no 1, tapi kalau main gerenti tak menang punya..haa..tu la pasal kalau dia kalah bnyak kali, dah jadi benda bukan biasa. Kita memang takde pemain pelapis, manjakan sangat datuk LCW, smpai nak bagi komen pedas sket pun xleh, kena bagi pujian je..

misbun

itu lah pasal kacang lupakan kulit n jasa tak mengenang budi... sumpahan misbun sidek.... tahun depan banyak lagi cong wei kalah.... patut berguru semula ngan misbun...

aman

mcm ni lah kita,terlalu memberi tumpuan pada yg berjaya..kenapa x tumpukan utk mempersiapkan plapis?bila yg dah berjaya nie down,pelpis pun xda....

mohd zulkifli Alwi

Sepatutnya dlm tahun ini, Datuk Lee Chong Wei kena krgkan bertanding, Pilih pertandingan yang bertaraf 5 bintang. Disampin itu Datuk dapat mengelak dari keletihan dan kecederaan serta dapat mengelak permaianan dikaji oleh pihak lawan. Faktor usia bukan menjadi halangan untuk pingat emas pertama negara.Teruskan...usaha tingkatkan cita-cita Datuk bagi merealisasikan harapan negara.

lokman

prestasi beliau tidak terlalu membimbangkan cuma peningkatan mutu permainan lawan serta mereka sudah mengetahui corak permainan beliau yg menyumbang kepada kekalahan chong wei

AEMAN

jgn la sogok pemain dengan wang..

Rakyat malaysia

Padah buat BAM dan Chong Wei apabila mengetepikan usaha Misbun. Fikir-fikirkan lah yer

hashim

Saya perhatian sejak ketiadaan Hj Misbun Sidek prestasi beliau semakin menuarun terutama kecergasan yang amat ketara lemah. Saya berpendapat beliau masih memerlukan seorang jurulatih yang berwibawa seperti Misbun Sidek.

HJ ISHAK

saya berpendapat sebabkan usia sudah meningkat.masa untuk berlatih kurang dan guru yg pertama yg membimbing yaitu dato mispun tidak ada d sisi.kita mesti sama2 berusaha agar kit d segani.jgn lupa diri

mohd fairoz

Dtk Lee Chong Wei wajar dihormati dsebgai lagenda Malaysia dlm Badminton..Jika sekalipun ia tewas kepada sesiapa pun diperngkat FINAL OLIMPIK..wajar pihak kerajaan Malaysia memberi penghormatan Tertinggi dengan wang Pencen bulanan 5ribu wlaupun Emas bukan miliknya...... kerana selama beberapa tahun Bendera Malaysia Gah berkibar dlm gelanggang Badminton yg disertai beliau

kulin

Terlalu banyak ganjaran yang diberikan, saya rasa pemain bermain untuk diri mereka sendiri dan bukannya untuk negara.

prince

saya berpendapat bahawa Datuk Misbun Sidek mampu mengembalikan ketajaman Datuk Lee CW. masa semakin suntuk, BAM kene lakukan sesuatu atau sebutir pingat Emas Badmintin bakal mendarat di negara China. Negara China semakin agresif melahirkan Super Dan 1, Super Dan 2, Super Dan 3 dan Super Dan 4. BAM bangunlah dari tidur... Peminat setia menunggu pingat emas badminton Olimpik 2012. Jika tidak menang tunggulah 20 tahun lagi kerana Datuk L CW sudah tiada lagi dan MALAYSIA tiada Lee CW 2, Lee CW 3 dan Lee CW4.

mohd iswandy isz

Lee Chong Wei merupakan pemain nombor 1 dunia. kalah menang asam garam pertandingan. bagi meningkatkan prestasi Lee Chong Wei, kerjasama dari BAM dan jurulatih negara perlu duduk berbincang dengan sebaiknya. pemilihan perlawanan turut menjadi faktor prestasi Lee Chong Wei. terlalu kerap menyertai perlawanan dan tiada masa rehat yang secukupnya serta kekurangan masa untuk melakukan latihan bagi meningkatkan prestasi pemain negara ini juga menjadi faktor yang mempengaruhi prestasi pemain nombor 1 dunia. kelahiran pemain2 baru dari China dan negara lain turut menjadi faktor merudumnya prestasi Lee Chong Wei.
di harap keputusan yang dibuat bersama di antara BAM dan jurulatih negara dapat meningkatkan kembali prestasi jaguh dunia ini ke tahap yang sepatutnya.

siti zulaikha shafie

ni nak suruh buru emas atau buru wang ganjaran? main dengan semangat untuk berjuang demi negara bukan untuk berjuang demi wang. lihat saja atlit dahulu yang berjuang bermati-matian demi mengharumkan nama negara. menang tapi tidak memiliki sebarang ganjaran seperti sekarang.tapi tetap bermain dengan hebat. tambahan pula ketika itu format pertukaran servis 2 kali baru dapat mata contohilah sikap mereka...

naz

cri pggnti dato LCW, trunkn byk pmain muda, bri pluang kpd pmain dr klab prsndrian d mlysia.

naz

cri pggnti dato LCW, trunkn byk pmain muda, bri pluang kpd pmain dr klab prsndrian d mlysia.

murid derhaka

chong wei...
lu buat apa yg lu nak buat...
tarak hal punyalah...wa talak kisah

Abdullah Sulaiman

tahniah kepada pemain no. 1 negara kita, yang sentiasa menyertai kejohanan bertaraf dunia. namun sebagai pemain bergelar no. 1 kejayaan meraih emas di olimpik merupakan satu pencapaian yang amat berharga untuk mengakhiri kerjaya beliau.

mizbon

lcw bkn kejar prestij....kejar wang rggit...

fiq

saya adalah peminat datuk lee....diharap pihak bam dapat segera mencari pengganti nya demi mengharumkan nama negara di arena badminton dunia

Jo

jangan terlalu mengharapkan chong wei seorang..lahirkan lebih ramai pemain yang bertaraf dunia

vic

dia tdk seharusnya membelakangi misbun jurulatih yg benar2 telah menjadikan dia berjaya..

Inchik Kerol

ala korg nie...ble dia kalah..semua mula la jd jurulatih n planner latihan tak bertauliah dia...suh wat nie la...suh wat tue la...ble dia menang, haram nk sokong..adoi...kadangkala..kene kalah jgk..xkan nk tunjuk taring jek...dia perlukan perkara lain..hanya dia yg tau hal tue...moga cpt2 la setel...hohoho...ibarat kata dia jgk.."saya main bukan utk sendiri.. saya main utk negara" jd..xperlu sangsi dgn kekuatan dia..

mail

Datuk pemain yg telah lama menakluki dunia, dan pastinya ramai pemain dari negara-negara luar telah mengkaji kelemahan dan kelebihan beliau semasa dalam gelanggang. Jadi tidak hairan jikalau Datuk selepas ini akan terus gagal dan gagal kecuali beliau membuat rombakan dan kelainan dalam corak permainan dan taktik beliau. Di sini jurulatih memainkan peranan penting kerana jika mereka gagal membentuk kelainan corak permainan dan taktik dan masih menggunakan corak dan taktik yang sering digunakan oleh Datuk, maka saya bukan dukun untuk meramalkan akan kegagalan beliau di sukan Olimpik tetapi pada kejohanan grand prix dunia tahun depan. Fikir-fikirkanlah.

fieya

gud for olimpik 2012~~
sure u can do it....
have a rest k..

santi

Saya dapati prestasinya makin lama turun, harap mencari seorang mengantikannya secepat mungkin

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda mengaum lagi

Posted: 19 Dec 2011 03:53 PM PST

Sukan

 AHMAD Fakri (kiri) beraksi mantap jaring satu gol Harimau Muda.

AHMAD Fakri (kiri) beraksi mantap jaring satu gol Harimau Muda.

Belasah pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners 4-1

NGAUMAN sang harimau di jelajah Australia berterusan lagi. Semalam, skuad Olimpik negara menamatkan aksi siri persahabatan antarabangsa terakhir dengan nota ceria menewaskan pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners, 4-1.

Walaupun tewas 0-1 dalam pertemuan pertama menentang Mariners sebelum ini, anak buah Ong Kim Swee kembali mempamerkan aksi mantap apabila membelasah pasukan itu menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani, Thamil Arasu dan dua gol daripada penyerang berbakat, Ahmad Hazwan Bakri. "Sudah tentu saya berpuas hati dengan keputusan ini. Mariners menurunkan enam pemain utama mereka ketika kita tewas 0-1 dalam perlawanan pertama sebelum ini.

"Kita mempamerkan aksi yang cukup baik dan semua pemain mempamerkan disiplin tinggi dan penuh rasa tanggungjawab serta mengikut segala arahan diberi," kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Dalam perlawanan itu, skuad B-22 negara turut menurunkan kesebelasan utama dengan meletakkan Izham Tarmizi (Roslan) sebagai penjaga gol.

Ketika ditanya mengenai prestasi Fakri, Thamil dan Hazwan, pengendali berasal dari Melaka itu menegaskan satu perlawanan belum mencukupi untuk menilai mereka namun ketiga-tiga menunjukkan aksi positif.
"Saya harap Fakri akan lebih kerap bermain bersama pasukan baru untuk mempertajamkan sentuhannya. Kami juga akan buat perancangan memperbaiki kemampuan Hazwan dan Thamil. Saya percaya berdasarkan aksi ditunjukkan pemain ini, kita mampu terus mencapai kejayaan selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan