Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


'City' Malaysia sasar kejuaraan liga

Posted:

'City' Malaysia sasar kejuaraan liga

'City' Malaysia sasar kejuaraan liga

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (depan, lima dari kanan) bersama barisan pemain bola sepak ATM musim 2012 pada majlis memperkenalkan pasukan dan laman web mereka di Hotel Marriott Putrajaya semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI


PUTRAJAYA - Berjaya mendapatkan pemain bertaraf bintang dan jurulatih berpengalaman membuktikan skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serius untuk menghadapi saingan Liga Perdana musim 2012.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui, selepas gagal dalam dua percubaan untuk menjuarai Liga Perdana pada 2010 dan 2011, pasukan yang mendapat jolokan 'Manchester City Malaysia' itu menyasarkan kejuaraan musim depan.

"Percubaan kali pertama dan kedua kita gagal tetapi kali ketiga saya rasa kita tidak akan gagal lag.

"Kita tidak paksa atau memberi tekanan, namun jauh di sudut hati semua sudah tentu mahu melihat pasukan ini muncul juara tahun depan," katanya pada majlis memperkenalkan pasukan di sini, semalam.

ATM digelar 'Manchester City' kerana berjaya memancing nama-nama besar dalam bola sepak tempatan seperti pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd. Radzak, Hairuddin Omar, Irwan Fadzli Idrus, Farizal Harun (Negeri Sembilan), Azmi Muslim (Kedah) dan Rezal Zambery Yahya (Johor FC).

"Saya yakin barisan pemain yang baru ini tidak akan mengecewakan pengurusan ATM kali ini, termasuk dua pemain import Marlon Alex James (St. Vincent) dan Bruno Sebastian Martelotto (Argentina).

"Apa yang penting gabungan jurulatih dan pemain dilihat mempunyai keserasian.

"Esok (hari ini) mereka akan berangkat ke Myanmar untuk beraksi adlam tiga perlawanan persahabatan di sana," katanya.

ATM juga mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan dan Kelantan, B. Sathiananthan untuk membawa misi melayakkan diri ke Liga Super tahun depan.

Ditanya sama ada pasukan yang telah berbelanja besar ini bakal menerima imbuhan lumayan jika dapat mencapai sasaran juara Liga Perdana dan beraksi cemerlang dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, Zahid berkata, perkara tersebut sudah ada dalam mindanya.

Selain menampilkan pemain bintang, ATM juga mengikat lima muka baru yang berpotensi dalam saingan liga tempatan iaitu penjaring terbanyak Liga Perdana 2011, Fitri Omar dari pasukan MP Muar dan dua pemain skuad Sukan Universiti Dunia 2011 di Shenzen K. Reuben (UKM) serta Amiridzwan Taj Tajudin (UiTM).

Selepas pulang dari Mynmar skuad ATM akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan terakhir, termasuk menentang kelab dari Singapura, Lions XII.

Full content generated by Get Full RSS.

Kami ada sebab sertai ATM

Posted:

Kami ada sebab sertai ATM

Kami ada sebab sertai ATM

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak mempertahankan keputusan memilih ATM sebagai pasukan mereka, musim depan.


PUTRAJAYA - Biarpun ramai pihak yang mempersoalkan keputusan nama-nama besar yang sanggup memperjudikan nasib dengan menyertai pasukan Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun mereka mempunyai alasan tersendiri.

Bagi Zaquan Adha Abd. Radzak, menyertai skuad ATM adalah peluang terbaik untuknya mencari semula sentuhan selepa berehat hampir sebulan akibat kecederaan musim lalu dan dia sanggup bermula semula dari bawah.

"Saya sudah kembali cergas dan mendapat rentak. Bagaimanapun saya mempunyai alasan tersendiri menyertai ATM terutama sekali bila fikirkan soal masa depan. Inilah pasukan terbaik untuk saya kembali bermula dari bawah," katanya.

Hairuddin Omar pula berkata, menyertai ATM adalah peluang terbaik untuk melengkapkan piala yang dimenanginya kerana hanya piala Liga Perdana belum pernah diraih sepanjang kariernya.

"Liga Super dan Liga Perdana tidak banyak beza, malah saya masih belum berpeluang menjulang piala liga ini. Tidak salah jika saya menggunakan peluang ini untuk melengkapkan koleksi piala saya," kata bekas bintang penyerang Negeri Sembilan itu.

Pemain import, Marlon Alex James berkata, mencari cabaran baru adalah alasan utama mengapa ATM menjadi pilihan dan bukanbekas pasukannya, Kedah.

Dia memilih ATM meskipun permah meraih kejayaan treble berganda pada 2007 dan 2008 bersama pasukan Kenari.

"Perkara yang lepas sudah menjadi sejarah buat saya, sekarang ini saya perlu memikirkan tentang masa depan. Saya datang ke sini dengan berpegang kepada tiga perkataan, dedikasi, keazaman dan disiplin walaupun umur saya sudah menjangkau 35 tahun," katanya.

Seorang lagi pemain import, Bruno Sebastian Martelotto pula mengakui dia pulang semula menyertai Liga Malaysia kerana tertarik dengan suasana di sini begitu juga dengan keluarganya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan