Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Serpa rangkul gelaran juara

Posted:

Serpa rangkul gelaran juara

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini mengangkat tangan sebaik sahaja tiba di garisan penamat pada peringkat terakhir LTdL 2012 dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor


KUALA TERENGGANU - Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 menyaksikan Jose Serpa (Androni Giocattoli) merangkul juara keseluruhan (jersi kuning) juga Raja Bukit (jersi merah) manakala Andrea Guardini terus cemerlang apabila memenangi peringkat terakhir dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu semalam.

Guardini, dari Farnese Vini-Selle Italia terlalu hebat buat pencabarnya kerana dia bukan sahaja meraih kemenangan peringkat kali ke-11 semalam, tetapi mengekalkan jersi biru selaku Raja Pecut pada edisi ke-17 ini.

Pelumba kelahiran Tregnago, Itali itu mengatasi kegemilangan Graeme Brown kelmarin, apabila meraih kemenangan ke-11 seterusnya memintas rekod pelumba Australia itu yang pernah meraih kejuaraan peringkat sebanyak 10 kali.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Harrif tetap dinobat wira

Posted:

Harrif tetap dinobat wira

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Gagal pada percubaan terakhir pada peringkat ke-10 Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam untuk meraih juara peringkat, tidak mengecewakan peminat tempatan malah Mohd. Harrif Salleh tetap menjadi kebanggaan penduduk negeri pantai timur, Terengganu.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu hanya berpuas hati ditempat keempat dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu dan perlu mengakui tahun ini Andrea Guardini (Farnese Vini-Selle Italia) adalah raja pecut dan jaguh ketika perlumbaan berakhir dalam kelompok yang besar.

Harrif menduduki tempat keempat di belakang Guardini, Jacobe Keough (United Healthcare) kedua dan Sonny Colbrelli (Colnago CSF Inox), tatkala pencapaian terbaiknya pada edisi ke-17 ini ialah muncul naib juara di peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai Jumaat lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan