Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kami bukan musuh'

Posted: 10 Apr 2012 01:16 PM PDT

Sukan

AZIZULHASNI AWANG

AZIZULHASNI AWANG

Jijoe terkilan khabar angin sebut dia dan Josiah bergaduh

AZIZULHASNI Awang menafikan hubungan antara dia dan Josiah Ng sudah keruh.

Jaguh berbasikal trek negara itu menyuarakan rasa hairan macam mana khabar angin seumpama ini boleh tercetus ketika mereka bersifat profesional dalam perlumbaan.

Kami tidak ada bermasam muka, kami bersikap profesional. - Azizulhasni Awang, Jaguh berbasikal trek

Pelumba dengan panggilan mesra Jijoe itu sebalik berkata mereka berdua macam abang dan adik. Cuma semasa berlumba sahaja mereka menjadi musuh ketat dan menegaskan tiada sebarang masalah antara mereka.

"Saya sedih apabila Josiah kecewa sehingga menitiskan air mata selepas gagal melepasi pusingan awal di Melbourne.

Tapi dia ada mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya dan berkata saya lebih berhak mendapat tempat dalam skuad Olimpik," kata Jijoe.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Kelantan lepas, Terengganu sangkut

Posted: 10 Apr 2012 12:47 PM PDT

Sukan

PEMAIN Terengganu, Erison Baiano (kiri) diasak  pemain Tampines Rovers, Benoit pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. - Foto Aswadi Alias

PEMAIN Terengganu, Erison Baiano (kiri) diasak pemain Tampines Rovers, Benoit pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang semalam. - Foto Aswadi Alias

NASIB berbeza dialami dua wakil negara pada aksi keempat saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2012, petang semalam apabila Kelantan berjaya menewaskan kelab Indonesia, Arema 3-1 manakala Terengganu kecundang 0-2 kepada kelab Singapura, Tampines Rovers.

Di Stadium Gajayana, Malang, Kelantan mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan H hasil dua jaringan Mohamad Ghaddar minit ke-16 dan 60 serta Zamri Ramli minit ke-87. Gol tunggal Arema dijaringkan Roman Chmelo minit ke-35.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu melonjak ke tangga teratas selepas pendahulu sebelum ini, Navibank Saigon tewas 0-2 kepada Ayeyawady United di Yangon. Kelantan, Saigon dan Ayeyawady kini berkongsi tujuh mata manakala Arema satu mata. Sementara itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, nasib malang berterusan buat Terengganu apabila mengalami kekalahan kedua dalam Kumpulan F selepas mereka turut dibelasah Selangor 6-1 pada aksi Liga Super, Sabtu lalu.

Beraksi di hadapan kira-kira 7,000 penyokong tuan rumah tidak menggoyahkan Tampines yang dibimbing Steven Tan memperolehi gol pertama menerusi kapten, Aleksandar Duric yang bijak menyudahkan peluang di depan pintu gol pada minit ke-37.

Terengganu cuba bangkit pada babak kedua tetapi keghairahan mereka mencari gol penyamaan sekali lagi dihukum Duric yang mudah melepasi benteng pertahanan tuan rumah untuk gol kedua Tampines pada minit ke-90.

Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu bagaimanapun kekal di tangga kedua selepas pasukan teratas, Kitchee turut tewas 0-1 kepada Song Lam Nghe An di Vinh, Vietnam. Kitchee mengumpul sembilan mata, Terengganu enam mata manakala Tampines dan Song Lam berkongsi empat mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan