Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


TMJ setuju tanding Presiden

Posted:

TMJ setuju tanding Presiden

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Mohd. Rashid Mohd. Noor menunjukkan gambar beberapa wakil persatuan olahraga negeri menghadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, 18 Mac lalu pada sidang akhbar semalam.


JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersetuju dicalonkan bertanding jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Tunku Ismail yang aktif dalam bidang sukan terutamanya polo dilihat calon terbaik menerajui kesatuan sukan tertua Malaysia itu selepas dikatakan mendapat sokongan 10 daripada 15 wakil persatuan olahraga negeri yang bertindak mencadangkannya bagi jawatan tersebut.

Persatuan-persatuan negeri yang mencapai kata sepakat mencalonkan Tunku Ismail ialah Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Dilema N. Sembilan tiada 'senjata' berdepan Lions

Posted:

Dilema N. Sembilan tiada 'senjata' berdepan Lions

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanseremban@utusan.com.my

SEREMBAN - 'Bagaimana hendak berperang kalau tiada senjata dan peluru.

Itulah luahan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berhadapan masalah menyenaraikan kesebelasan utamanya ekoran kehilangan beberapa tonggak penyerang menjelang menentang Lions XII di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

''Saya dalam dilema buat masa ini kerana saya sudah tiada penyerang untuk diturunkan lagi, Owona telah digantung, Shakir dan Kunanlan pula mengalami kecederaan buku lali.

''Masalah ini amat memeningkan, malah saya mungkin terpaksa meminjam seorang penyerang daripada skuad Piala Presiden kami untuk diturunkan dalam perlawanan esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Malah, jelasnya, strategi serta formasi yang bakal diaplikasikan bagi mengekang pasukan dari Singapura itu juga masih belum dapat ditentukan berikutan masalah tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan