Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ujian Denmark

Posted: 21 May 2012 12:26 PM PDT

Sukan

Kim Her mahu pasangan dua beregu pastikan mata

"JIKA mahu menang, kami perlu pastikan kedua-dua beregu menyumbang mata. Ia sangat penting kerana kecuali Chong Wei, peluang dua lagi perseorangan adalah 50-50.

"Jadi, untuk selamat, kita perlu menang kedua-dua acara beregu dan saya harap pemain dapat melaksanakan tugas mereka."

Berdepan Denmark hari ini, Malaysia harus merenung saat getir sebelum menang tipis 3-2 di Stadium Putra Bukit Jalil, dua tahun lalu.

Itu formula ringkas ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her jika mahu Malaysia mengatasi Denmark hari ini, seterusnya menjuarai Kumpulan C saingan peringkat kumpulan Piala Thomas di Wuhan, China.

Semalam, skuad diketuai Lee Chong Wei tidak perlu bermandi peluh ketika membenam Afrika Selatan, tetapi berdepan Denmark hari ini, Malaysia harus merenung saat getir sebelum menang tipis 3-2 di Stadium Putra Bukit Jalil, dua tahun lalu.

Lagi laporan Kejohanan Piala Thomas/Uber, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zuwlai

dato lee chong wei mampu membimbing pasukan nagara,saya yakin,,berusaha semua,......

wan

Kami yakin... Malaysia boleh benam Denmark melalui Dato Chong Wei dan 2 beregu.

amnah bt nasir

harap2 tahun nie kita berjaya layak ke final..go malaysia

faijul lawaji

Salam one Malaysia, kalau Datuk Lee Chong Wei boleh mengapa pemain2 badminton yang lain tidak.Apa yang penting ialah fighting spirit yang kuat dan minda yang kuat.Malaysia boleh forever!

rashid

ayuh MALAYSIA tumbangkan Denmark. Malaysia pasti boleh.

ROSLINA

Malaysia boleh yeh.... pasti menang la punya. g
Go, Go, Malaysia!!!!!

khairul

malaysia boleh...

DDAFILAH

Ayuh ! Malaysia Boleh, teruskan perjuangan hingga ke titisan peluh terakhir, tumbangkan Denmark! anda semua kebanggaan rakyat Malaysia.

muhamad yunus

saya percaya dgn keazaman setiap pemain kita pasti berjaya ........ malaysia yakin boleh....


Montpellier cipta sejarah Ligue 1

Posted: 21 May 2012 12:19 PM PDT

Sukan

PEMAIN Montpellier, Souleymane Camara (kanan) bersaing dengan pertahanan Auxerre, Cyriaque Rivieyran pada saingan terakhir Liga Perancis di Stadium Abbe Deschamps, semalam.

PEMAIN Montpellier, Souleymane Camara (kanan) bersaing dengan pertahanan Auxerre, Cyriaque Rivieyran pada saingan terakhir Liga Perancis di Stadium Abbe Deschamps, semalam.

SELEPAS 83 tahun ditubuhkan, Montpellier mencipta detik bersejarah mengungguli Ligue 1 buat pertama kali pada hari terakhir saingan Liga Perancis semalam, selepas membenam Auxerre 2-1 dalam perlawanan terakhir.

Selain menjulang trofi pertama selepas menjuarai Piala Perancis 1990, perlawanan terakhir itu turut terganggu dua kali apabila penyokong Auxerre membaling suar, bola tenis dan gulungan kertas tandas ke dalam padang, hingga memaksa permainan tertangguh 39 minit.

Ketinggalan kepada lawan, skuad kendalian Rene Girard itu bangkit memastikan kemenangan 2-1 menerusi dua gol John Utaka, dan kelebihan tiga mata di depan kelab berbelanja besar Paris Saint Germain (PSG). Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan