Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Annamalai perlu bertanggungjawab

Posted:

Annamalai perlu bertanggungjawab

Annamalai perlu bertanggungjawab

Beliau patut peka dengan peraturan WADA atau IAAF - Musa


"DATUK R. Annamalai (gambar kecil) perlu digantung sehingga kes anti- doping yang melanda KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) selesai."

Demikian tegas Presiden Persatuan Jurulatih Olahraga Trek dan Padang Malaysia (MTFCA), Musa Mohd. Noor semalam, lapor HELMI TALKAH.

Secara peribadi Musa berpendapat, Annmalai merupakan individu yang perlu dipertanggungjawabkan selepas Agensi Antidoping Dunia (WADA) mengheret KOM ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Ia berikutan tindakan badan induk itu yang hanya mengenakan amaran keras kepada enam atlet pecut negara yang melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping tahun lalu.

Katanya, Annamalai selaku Pengerusi Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan KOM bagi mengetahui punca sebenar masalah yang timbul itu sepatutnya peka dengan peraturan yang telah ditetapkan, baik WADA mahupun Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

"Saya kesal dengan masalah yang timbul ketika ini apabila KOM telah diheret ke CAS. Ia secara tidak langsung telah mencemarkan nama negara di pentas anta- rabangsa.

"Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Annamalai dalam laporan akhbar sebelum ini, aspek-aspek yang diambil kira oleh jawatankuasa yang dipengerusikan beliau bagi membuat keputusan mengenai hukuman yang perlu dikenakan kepada enam atlet yang terlibat, nyata tidak boleh digunakan.

"Ini kerana, peraturan tetap peratu- ran dan ia tidak boleh dipersoalkan," kata Musa ketika sidang akhbar khas di pejabatnya di Bukit Jalil semalam.

Mengulas lanjut, Musa mempertahankan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dianggapnya sebagai indvidu yang tidak bersalah kerana beliau tidak diberi penjelasan menyeluruh berhubung masalah membabitkan enam atlet yang melarikan diri daripada ujian antidoping itu.

"Pada pendapat saya, dalam hal ini Shahidan tidak bersalah kerana jika beliau diberi penjelasan secara menyeluruh, saya pasti masalah KOM diheret ke CAS ini tidak akan timbul.

"Annamalai perlu bertanggungjawab kerana tidak memberi penjelasan yang tepat kepada presiden. Jika Annamalai menerangkan perkara sebenar iaitu hukuman-hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada enam atlet yang terlibat itu, pasti presiden akan membuat keputusan yang tepat," jelas Musa.

Kosmo! pada 18 Mei lalu melaporkan, KOM telah diheret ke CAS berikutan tindakan badan induk olahraga negara itu yang hanya mengenakan amaran keras kepada enam atlet pecut negara yang melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping pada Mei tahun lalu.

Enam atlet yang terlibat ialah, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamed, Yee Yi Ling, Norjannah Hafis- zah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Imran Abd. Hadi.

Chong Wei tak patah semangat

Posted:

Chong Wei tak patah semangat

Chong Wei tak patah semangat

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (dua dari kanan) memerhatikan kaki Chong Wei sebaik sahaja pemain tersebut tiba di KLIA dari Wuhan, China semalam.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kekal positif menge- nai peluang untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 biarpun dihantui dengan masa- lah kecederaan serius di bahagian buku lali kanannya.

Pemain No. 1 dunia itu berkata, ke- cederaan tersebut secara tidak langsung telah memberikan kekuatan kepadanya untuk lebih bersedia bagi menghadapi temasya sukan terbesar dunia di bumi London nanti.

"Apa juga situasi sekalipun, saya perlu kuatkan diri saya, baik dari as- pek mental mahupun fizikal untuk menghadapi segala cabaran, apatah lagi Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang tiga bulan lagi untuk bermula.

"Memang buat masa ini kaki saya tidak boleh melakukan pergerakan, namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menjalani latihan.

"Saya akan cuba mendapatkan kaedah terbaik untuk terus menjalani latihan dengan menggunakan tubuh badan saya.

"Saya akan mendapatkan rawatan lanjut di ISN (Institut Sukan Negara) untuk memulihkan kecederaan ini.

"Apa yang boleh saya katakan ialah saya akan tetap berjuang demi negara," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Wuhan, China semalam.

Turut hadir menyambut ketibaan Chong Wei semalam ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz.

Terdahulu, Malaysia menerima tamparan hebat dalam misi mengutip pingat emas sulung Sukan Olimpik 2012 menerusi Chong Wei.

Ia ekoran kecederaan di bahagian buku lali kanan yang dialami jaguh negara itu ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Thomas 2012 di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, China kelmarin.

Hasil ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang dijalankan di salah sebuah hospital tempatan di Wuhan kelmarin mendapati otot di bahagian buku lali kanan Chong Wei koyak.

Pada Mac lalu, pemain No. 1 dunia itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menentang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Seluruh England di Birmingham.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyuarakan kekecewaannya kerana tidak dapat membantu skuad negara bagi menghadapi China pada aksi suku akhir Piala Thomas semalam.

Dia terpaksa pulang lebih awal bagi menjalani rawatan lanjut di ISN.

Sementara itu, Dr. Ramlan berkata, langkah pertama yang akan dilakukan ISN adalah mengenal pasti kece- deraan yang dialami Chong Wei, termasuk menjalankan ujian MRI dengan lebih lanjut.

"Pada masa yang sama juga ISN akan bekerjasama dengan pakar-pakar perubatan sukan yang terbaik di negara ini, termasuk pakar radiologi dan ortopedik.

"Kami akan berbincang untuk mencari jalan terbaik bagi mengembali- kan kecergasan Chong Wei.

"Objektif utama sekarang adalah untuk membolehkan pemain itu kembali menjalani latihan secepat mungkin.

"Ini merupakan cabaran besar buat kami bagi memulihkan kecederaannya dan mencapai tahap kecergasan terbaik.

"Dengan berbaki 64 hari lagi sebe- lum Sukan Olimpik bermula, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah semua aspek perlu dititikberatkan termasuk kecergasan dan pemakanan. Psikologi juga perlu diambil kira, inilah yang dikatakan perubatan dalam sukan," kata Ramlan.

Sukan Olimpik 2012 di London akan membuka tirainya pada 27 Julai depan.

Barcelona buru trofi terakhir

Posted:

Barcelona buru trofi terakhir

Barcelona buru trofi terakhir


SKUAD Barcelona memberi penghormatan terakhir kepada Guardiola sejurus selepas aksi terakhir Liga Sepanyol menentang Espanyol di Nou Camp pada 5 Mei lalu.


MADRID - Barcelona berpeluang mengucapkan selamat jalan kepada Pep Guardiola dengan menghadiahkan kemenangan pada final Piala Raja Sepanyol ke atas Athletic Bilbao awal pagi esok.

Guardiola akan menyerahkan tugasnya selaku jurulatih Barca kepada rakan baik yang juga pembantunya, Tito Vilanova bagi musim depan.

Namun, beliau pasti berharap dapat meninggalkan Nou Camp dengan trofi ke-14 dalam koleksi peribadinya sepanjang empat tahun membimbing kelab Catalan itu.

"Pemergiannya adalah sesuatu yang dramatik bagi saya," kata perta- hanan Barca, Gerard Pique.

"Saya rasa saya lebih bagus sebagai seorang pemain sejak mendapat bimbingannya. Dia akan meninggalkan kami tetapi kami akan meneruskan legasinya bersama Tito.

"Inilah bola sepak, semua era yang bermula akan tiba kepada pengakhirannya."

Guardiola yang juga bekas pemain kebangsaan Sepanyol, memulakan kariernya bersama Barca dengan menghadiahkan trofi yang sama ketika membenam Bilbao pada Mei 2009.

Musim lalu, Guardiola menghadiahkan gelaran trebel buat Barca dengan menjuarai Liga Sepanyol, Liga Juara-Juara dan Piala Super Eropah.

Pada penghujung tahun lalu, Barca turut muncul juara Piala Kelab-Kelab Dunia selepas menyingkirkan kelab Brazil, Santos pada aksi final.

Bagaimanapun, Barca gagal meneruskan penguasaan mereka dalam kempen domestik musim ini apabila hajat menjulang trofi Liga Sepanyol buat kali keempat berturut-turut dinafikan Real Madrid.

Mereka juga gagal mara ke final Liga Juara-Juara setelah tumpas kepada Chelsea pada saingan separuh akhir sebelum Guardiola membuat keputusan mengejut enggan menyambung kontraknya.

Bagi menghadapi Bilbao, Guardiola akan membuat beberapa perubahan dalam skuadnya selepas Eric Abidal, Carles Puyol dan Dani Alves meng- alami kecederaan, manakala penyerang David Villa belum cergas selepas patah kaki awal musim ini. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan