Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jongkong emas RM2j

Posted:

Jongkong emas RM2j

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

ANDREW KAM (kanan) memegang jongkong emas bernilai RM2 juta bersama-sama Chong Wei pada majlis pengumuman insentif tersebut di ibu negara semalam.


JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.

Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.

Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.

"Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.

"Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.

"Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik," kata Andrew.

Andrew berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.

Ditanya mengapa ganjaran tersebut hanya untuk barisan pemain badminton negara dan tidak kepada atlet-atlet yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Andrew berkata: "Saya sangat cintakan sukan badminton.

"Sebab itu, ganjaran ini hanya untuk pemain badminton negara sahaja."

Bagaimanapun, Andrew menjelaskan bahawa jika terdapat lebih daripada seorang pemain badminton negara yang meraih pingat emas, jongkong emas seberat 12.5 kilogram itu akan dibahagikan sama rata.

Enam pemain negara yang bakal beraksi di London diketuai oleh jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Sementara itu, Chong Wei menganggap ganjaran tersebut bakal menjadi motivasi kepada barisan pemain negara untuk berusaha menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia.

"Saya harap ganjaran ini akan menaikkan lagi semangat bukan sahaja buat diri saya sendiri tetapi kepada lima lagi pemain yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti.

"Jika ada yang mengatakan ia hanya memberi tekanan kepada pemain tetapi bagi saya tidak. Jika kita kekal fokus, kita boleh melakar kejayaan," jelas Chong Wei yang turut hadir pada majlis tersebut bersama lima lagi pemain negara semalam.

Dengan habuan yang diumumkan oleh KLRC itu, barisan pemain badminton negara berpeluang untuk membawa pulang RM4 juta andai berjaya menjelmakan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij dunia itu.

Sebelum ini, Kementeria Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) menawarkan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

Jumlah tersebut bertambah apabila sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd., turut menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas.

Sean Lee dalam kelas tersendiri

Posted:

Sean Lee dalam kelas tersendiri

LOMPATAN bergaya daripada Sean Lee yang membolehkannya menggenggam pingat emas acara lompat tinggi wanita.


TUAH ternyata menyebelahi atlet Wilayah Persekutuan, Yap Sean Lee apabila penampilan sulungnya pada temasya Sukma membuahkan hasil apabila meraih pingat emas acara lompat tinggi wanita semalam.

Tanpa diletakkan sebarang harapan yang tinggi, Sean Lee melakar kejutan apabila mengungguli acara tersebut di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

Sean Lee mengesahkan pingat emas menjadi miliknya apabila berjaya melakukan lompatan pada ketinggian 1.70 meter.

Biarpun atlet Negeri Sembilan, Norliyana Kamaruddin berkongsi catatan yang sama, Sean Lee lebih berhak me- raih pingat emas selepas pihak juri mengambil kira lompatan awal yang dilakukan oleh pelajar Sukan Sekolah Bukit Jalil (SSBJ) itu.

Keputusan itu menyebabkan Norli- yana terpaksa akur dengan pingat perak, manakala gangsa menjadi milik atlet Selangor, M. Shandyiani yang melakukan lompatan setinggi 1.67m.

"Kejayaan ini di luar dugaan saya dan saya harus akui bahawa tuah hari ini (semalam) lebih memihak kepada saya berbanding peserta lain.

"Sebelum beraksi, saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas kerana ini merupakan penyertaan pertama saya pada Sukma," jelas Sean Lee semalam.

Menurut Sean Lee, kejayaan itu menambah lagi semangatnya untuk terus memberikan aksi terbaik pada temasya Sukma 2014 di Perlis.

"Walaupun Sukma akan datang masih jauh tetapi saya harap mampu mempertahankan pingat emas ini.

"Bagaimanapun, selepas ini saya akan kembali memberi tumpuan kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penghujung tahun ini," jelasnya.

Sebelum itu, kem olahraga Wilayah Persekutuan mula menuai emas apabila atletnya, Elena Goh Ling Yin merangkul pingat emas dalam acara 5,000m jalan kaki wanita dengan catatan masa 25 minit 25.84 saat.

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Pau Ling En yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 26:19.66s, manakala pingat gangsa dimenangi Song Gie Chee dari Pulau Pinang (27:07.83s).

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Lin Ying berkata, dia berasa bangga kerana dapat menyumbang emas pertama buat skuad olahraga Wilayah Persekutuan.

"Sudah tentu saya cukup gembira dan bangga dengan kejayaan meraih emas pertama Wilayah Persekutuan dalam acara olahraga.

"Saya harap kejayaan ini akan membakar semangat rakan-rakan sepasukan saya untuk menyumbang emas buat kontinjen Wilayah Persekutuan," katanya.

Basikal: Terengganu cipta hatrik

Posted:

Basikal: Terengganu cipta hatrik

BARISAN pelumba Terengganu yang memenangi pingat emas acara ujian masa berpasukan sejauh 80 kilometer pada Sukma ke-15 semalam.


SKUAD lumba basikal Terengganu melakar hatrik apabila meraih pingat emas dalam acara ujian masa berpasukan lelaki semalam.

Pada perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) yang bermula dan berakhir di Klinik Kesihatan Temerloh itu, Terengganu yang dibarisi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri, Muhammad Khairul Azizi Abdulladan dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri merakamkan masa 1 jam 34:38.909 saat.

Ia merupakan kejayaan ketiga berturut- turut buat skuad Terengganu selepas mereka meraih emas pada temasya 2008 di Terengganu dan edisi 2010 di Melaka.

Jurulatih Terengganu, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan menjadi individu paling gembira selepas melihat kejayaan anak- anak buahnya itu.

Menurut Syed Mohd. Husaini, kejayaan itu dicapai apabila setiap pelumba memberikan fokus berdasarkan latihan yang dijalani sebelum ini.

"Sebelum menghadapi Sukma di Pahang, para pelumba telah menjalani latihan selama lima bulan sebelum saya memberikan tumpuan di laluan perlumbaan sebenar selama dua minggu.

"Berdasarkan latihan itu, kami membuat post-mortem bagi mengenal pasti kelema- han sebelum menghadapi perlumbaan sebenar," kata Syed Mohd. Husaini.

Pingat perak acara itu dimenangi Negeri Sembilan yang terdiri daripada Mohd. Ekbar Zaman Huri, Amirul Anuar Jafri, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohamad Fairet Rusli dengan catatan masa 1 jam 39:12:797s.

Brunei yang dibarisi Azmi Abd Hadzid, Ahmad Rifa'ie Johor, Muhammad I'maadi Abd. Aziz dan Muhd. Syazwi Azhar Muhd. Hairolrani meraih pingat gangsa dengan catatan masa 1:40:53:516s.

Dalam pada itu, barisan pelumba Pahang terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila penyertaan mereka dibatalkan gara-gara memasuki laluan yang salah.

Pengurus pertandingan acara berbasikal Sukma ke-15 Pahang, Aminudin Sulaiman berkata, akibat kesilapan tersebut pelumba-pelumba Pahang terpaksa melalui jarak laluan 800 meter lebih jauh daripada laluan asal.

"Masalah itu berpunca daripada kekeli- ruan yang ditimbulkan pegawai bertugas di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Perang.

"Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu meranapkan impian pasukan Pahang bagi merebut sekurang-kurangnya pi- ngat perak," kata Aminudin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan