Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Sharbinee tak bohong'

Posted: 14 Sep 2012 04:45 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Putrajaya: Keputusan ujian poligraf (pengesan pembohongan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bercakap benar, sekali gus membuktikan dia tidak mengatur perlawanan ketika pasukannya seri 1-1 dengan Kedah pada aksi Piala Malaysia, pada 1 September lalu.

KBS sedia timbang beri pencen

Posted: 14 Sep 2012 04:30 PM PDT

Pengorbanan dua atlit Sukan Paralimpik negara akhirnya terbalas

Sepang: Pengorbanan dua atlit Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memenangi pingat di Sukan Paralimpik London, baru-baru ini akhirnya terbalas apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia menimbang pemberian pencen untuk mereka.

Walaupun jelas tahap kompetitif Paralimpik dan Olimpik berbeza, namun jasa ditaburkan kepada negara nyata terlalu besar dan bukan sesuatu yang merugikan untuk mereka diberikan penghargaan berbentuk pencen.

Perkhabaran gembira itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bersedia mempertimbangkan pemberian pencen itu, namun terlebih dulu mahu mendapatkan buah fikiran semua pihak termasuk golongan profesional.
"Sebelum ini pun ada pandangan profesional selepas kejohanan FESPIC di Malaysia pada 2006 yang memperlihatkan ramai atlit kita memperoleh pingat dan pihak MSN (Majlis Sukan Negara) terpaksa mengeluarkan belanja RM4 juta.

Korban wang sukan lain

"Duit ini bukan jatuh dari langit tetapi datang daripada peruntukan sedia ada jadi ertinya terpaksa korbankan peruntukan sukan lain pada waktu itu.
"Pada pandangan profesional sebelum ini mengatakan kita perlu lihat negara lain apakah bentuk elaun atau ganjaran diberikan dan kita terlebih beri andai berdasarkan pandangan itu sebelum ini.

"Bila saya masuk campur dalam hal itu, Lembaga Pengarah MSN membuat keputusan mengurangkannya tetapi saya merayu kepada mereka dengan alasan kalau dikurangkan ia akan memberi isyarat tidak baik terutama di kalangan atlit Paralimpik," katanya merasmikan hiasan luar kapal terbang Air Asia bertemakan 'Semangat Harimau Muda' di Sepang, semalam.

Atlit Sukan Olimpik negara, Lee Chong Wei yang meriah pingat perak diberi pencen sepanjang hayat RM3,000 manakala Pandelela Rinong Pamg yang memenangi gangsa, menerima RM2,000.

Bagaimanapun, dua atlit Paralimpik yang membuahkan hasil sama - Hasihin Sanawi dan Ziyad Zolkefli - tidak memperoleh ganjaran itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan