Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Shahidan, karim tewas

Posted: 23 Sep 2012 04:58 PM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Karim Ibrahim tewas kepada pencabar masing-masing pada pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang berlangsung hampir tiga jam di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Dalam saingan satu lawan satu, Shahidan yang menyandang jawatan presiden sejak enam tahun lalu tewas kepada Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS) Datuk Zainal Abidin Ahmad dengan perbezaan dua undi apabila memperoleh 21 undi manakala Zainal Abidin mendapat 23 undi.

Karim pula tewas untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan perbezaan enam undi. Karim mendapat 19 undi berbanding Wan Hisham 25.
Karim cabar atlit pertingkat prestasi

Datuk Karim Ibrahim melontarkan cabaran kepada atlit olahraga untuk membuktikan kejayaan cemerlang selepas dia gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, semalam.

Karim yang dipalit insiden didakwa sebagai dalang isu doping atlit sehingga diheret ke Jawatankuasa Penyiasat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akibat petisyen dihantar sekumpulan jurulatih dan 42 atlit sebelum ini, berharap ketiadaannya sebagai orang kedua dalam badan induk itu dimanfaatkan sepenuhnya kumpulan terbabit.

Jangka kalah

"Jika saya dirasakan sebagai gangguan, sekarang ini mereka sudah bebas. Mereka perlu buktikan selepas ini dengan memperoleh kejayaan," katanya ketika ditemui media selepas AGM kali ke-10 kesatuan itu di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
"Saya menjangkakan kekalahan (mempertahankan jawatan) ini, saya mempunyai ramai orang yang tidak bersetuju dengan saya daripada setiap penjuru. Tetapi saya masih mempunyai tugas di negeri saya Melaka, untuk melakukan apa yang perlu," katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM).

"Siapa yang menang itu tidak kisah dan mereka perlu menunjukkan ada perubahan dalam KOM. Saya juga doakan yang terbaik kepada pegawai, atlit dan jurulatih selepas ini."

Spekulasi Butler hijrah ke T-Team

Posted: 23 Sep 2012 04:53 PM PDT

Bekas jurulatih Terengganu dijadual jumpa pengurus hari ini

Kuala Terengganu: Benarkah Peter Butler bakal menjadi jurulatih T-Team?

Jurulatih Terengganu itu yang baru saja ditamatkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan, enggan mengulas mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, dia akan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada PBSNT hari ini mengenai kes penggantungannya.
Katanya, langkah membuat rayuan itu juga bukan bertujuan supaya Terengganu mengambilnya semula sebagai ketua jurulatih, cuma dia tetap berharap rayuannya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

"Penting bagi saya untuk mengembalikan kredibiliti sebagai jurulatih berwibawa selepas tindakan saya mendisiplinkan beberapa pemain dihukum berat dengan penggantungan dan penamatan kontrak.

"Saya juga mahu membuktikan PBSNT salah membatalkan kontrak saya selepas mereka sendiri menggantung saya selama enam bulan," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen