Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Gantung tetap gantung'

Posted: 27 Sep 2012 01:06 PM PDT

Butler tak dibenar latih pasukan lain

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Terengganu, Peter Butler boleh melupakan hasrat nya untuk menyertai mana-mana pasukan di Liga Malaysia termasuk T-Team sepanjang tempoh penggantungan selama enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Ini berikutan hukuman terhadap Butler itu bukan saja tertakluk di PBSNT, tetapi membabitkan mana-mana pasukan di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Selepas rayuannya ditolak Jawatankuasa Rayuan PBSNT, dia kekal dalam penggantungan dan tidak boleh menyertai mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia." - Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM

"Gantung tetap gantung," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) ketika dihubungi semalam.

"Selepas rayuannya ditolak Jawatankuasa Rayuan PBSNT, dia kekal dalam penggantungan dan tidak boleh menyertai mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia."

Masih ada ruang untuk Butler: Azzuddin

Bagaimanapun, Azzuddin berkata, masih ada jalan buat Butler untuk membawa perkara itu kepada FAM tetapi hanya sekiranya tindakan yang dilakukan Jawatankuasa Rayuan PBSNT tidak mengikut prosedur.
"FAM tidak tutup pintu (buat Butler). Kita ada peruntukan yang boleh mempertimbangkan rayuan Butler sekiranya hukuman ke atasnya tidak mengikut peraturan atau perbicaraan di peringkat negeri didapati menganiayanya.

"Namun, jika Jawatankuasa Rayuan PBSNT mematuhi semua prosedur yang ada, Butler perlu akur dan menghabiskan tempoh penggantungan berkenaan sebelum memutuskan untuk kekal atau menyertai pasukan lain di negara ini," katanya.

Katanya, memandangkan hukumannya adalah gantung minimum enam bulan, dia tidak boleh membuat rayuan dalam tempoh berkenaan dan sebab itu rayuannya ditolak Jawatankuasa Rayuan PBSNT.

Di Kuala Terengganu, Jawatankuasa Rayuan PBSNT, semalam menolak rayuan Butler dan mengekal hukuman gantung enam bulan, denda RM4,000 dikenakan terhadapnya oleh Jawatankuasa Tatatertib PBSNT pada 17 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan PBSNT, Mat Yusoff Mohamad, berkata pihaknya menolak rayuan jurulatih itu kerana mendapati keputusan dibuat Jawatankuasa Tatatertib PBSNT terhadapnya adalah betul.

"Jawatankuasa Rayuan menolak rayuan itu kerana dia didapati melakukan kesalahan dengan melanggar kontrak apabila mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kelulusan pihak pengurusan," katanya ditemui di pejabat PBSNT, semalam.

Mat Yusoff berkata, pihaknya menerima empat alasan yang diberikan Butler, namun sebulat suara mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib PBSNT terhadapnya kerana berpendapat rayuan itu tidak mempunyai alasan kukuh.

Bagaimanapun, katanya jawatankuasa rayuan menasihatkan Butler membuat rayuan kepada FAM dalam masa tujuh hari, mulai hari ini (semalam) sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan jawatankuasa rayuan itu.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu menyerah surat rayuan pada 24 September lalu selepas digantung enam bulan dan denda RM4,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib PBSNT pada 17 September lalu.

Zol enggan ulas 'pertelingkahan' dengan Karim

Posted: 27 Sep 2012 12:44 PM PDT

Kuala Lumpur: Semuanya tinggal sejarah!, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang enggan mengulas mengenai 'pertelingkahan lampau' dengan bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim.

Katanya, semua itu sudah menjadi peristiwa silam, tidak perlu dipanjangkan dan apa yang perlu ketika ini ialah terus mencipta detik pembaharuan dalam sukan olahraga.

Kerjasama dengan pemimpin
"Itu dah jadi sejarah," katanya mengulas mengenai kegagalan Karim mempertahankan jawatan nombor dua tertinggi KOM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Ahad lalu.

"Saya sekarang ini mahu melihat ke hadapan dan bekerjasama dengan kepimpinan baru," katanya semalam. Ahad lalu, Karim tewas kepada Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan perbezaan enam undi.

Jawatan bagi Presiden juga diisi muka baru iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad dari Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan menafikan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mempertahankan kerusi dihuninya sejak enam tahun lalu.

Selepas lima hari pimpinan baru diterajui Zainal Abidin mengambil alih, mereka masih belum dapat meluangkan masa bertemu Zolkples meskipun ada menyatakan hasrat sebelum ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan