Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tutup mulut!

Posted: 05 Sep 2012 02:56 PM PDT

PBSNT mula siasat; keputusan diketahui 17 September

Kuala Terengganu: Sebuah jawatankuasa khas ditubuh untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan jurulatih Terengganu, Peter James Butler, mengenai dua pemain skuad itu membawa wanita ke bilik hotel sehingga berlaku perang mulut berpanjangan antara mereka di media massa.

Jawatankuasa diketuai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan dianggotai Naib Presiden, Datuk Mokhtar Nong; Setiausaha Agung, Abdullah Salleh dan penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin Yusof turut menyiasat perang mulut antara penjaga gol Sharbinee Allawee Ramlie dan Butler.

Kami (jawatankuasa) sudah memulakan siasatan hari ini (semalam) dengan memanggil tiga pemain iaitu Muslim Ahmad, Ismail Faruqi Ashari dan Shabrinee secara berasingan untuk memberi penjelasan, katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin PBSNT, semalam.
Turut memberi penjelasan ialah Butler.

Sebelum ini, Muslim dan Ismail membuat pelbagai kenyataan akhbar mempertahankan diri selepas jurulatih berbangsa Inggeris itu mendakwa mereka membawa masuk wanita ke bilik hotel ketika aksi Terengganu dan Kedah di Alor Setar, Selasa minggu lalu.

Butler turut membuat dakwaan itu di akhbar dan bertindak menyingkirkan dua pemain terbabit daripada pasukan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan PBSNT.

Shabrinee pula membidas Butler di akhbar selepas jurulatih berusia 46 tahun itu bertindak mengeluarkannya ketika perlawanan antara Kedah dan Terengganu di laman sendiri, Sabtu lalu.
Kami hanya mahu mendapatkan maklumat sebenar (berhubung masalah itu) daripada mereka. Kami ingin tahu punca isu itu timbul," katanya.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci apabila mesyuarat majlis tertinggi PBSNT diadakan pada 17 September nanti.

Dalam perkembangan sama, Che Mat berkata bagi memastikan siasatan berjalan lancar, Butler dan tiga pemain terbabit tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.

Mengikut kontrak, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Butler, Muslim, Ismail dan Sharbinee kerana membuat kenyataan melalui media massa sebelum ini.

Bagaimanapun, kita bersetuju memaafkan mereka, tetapi selepas ini jika mereka masih membuat kenyataan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin PBSNT juga memutuskan, Muslim dan Ismail diminta menjalani latihan seperti biasa manakala Sharbinee dibenarkan berehat, katanya.

Menyentuh mengenai desakan bekas jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris supaya PBSNT menjelaskan gajinya, Che Mat berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Jabatan Perhubungan Industri sebelum diselesaikan.

Beban saya kurang: Amri

Posted: 05 Sep 2012 02:31 PM PDT

Shah Alam: Pelantikan Safiq Rahim selaku kapten baru Selangor sepanjang kempen Piala Malaysia tampak mengurangkan beban Amri Yahyah yang berjaya meledak dua gol ketika mengatasi Pahang 4-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin.

Amri, 31, mula dilantik kapten Selangor pada 2009 menggantikan Shukor Adan, namun terlepas tiga aksi awal Piala Malaysia musim ini akibat penggantungan kerana menumbuk penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar pada aksi Liga Super, 29 Jun lalu.

Syukur temui sentuhan
Sekembalinya dalam kesebelasan utama Selangor malam kelmarin selepas masuk sebagai pemain gantian ketika bertemu T-Team Sabtu lalu, Amri tampil tanpa lilitan lengan kapten yang terus diberikan kepada Safiq, 25, ketua pasukan kebangsaan.

"Tiada masalah (tidak lagi menjadi kapten). Bagi saya, pasukan lebih penting. Tanpa lilitan di lengan, saya rasa kurang sikit bebanan dan dapat beri fokus sepenuhnya untuk mencari gol.

"Syukur dapat menemui semula sentuhan gol dan ia beri dorongan serta semangat buat kami semua meneruskan kemaraan. Insya-Allah kami mampu menundukkan Sarawak (14 September) dan layak ke suku akhir," kata Amri ketika dihubungi, semalam.

Perlawanan terbaik
Kemenangan ketiga berturut-turut Selangor itu yang juga dibantu dua lagi jaringan menerusi Bosko Balaban dan pemain pinjaman dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman nyata menggembirakan jurulatih Red Giants, Irfan Bakti Abu Salim.

"Saya fikir, inilah perlawanan terbaik Selangor musim ini. Bukan saja 20 hingga 30 minit, tapi sepanjang 90 minit perlawanan meskipun kami beraksi 10 pemain pada baki 20 minit terakhir. Ini barulah Selangor yang sebenar.

"Saya puji kesungguhan Amri yang ternyata mahu menunjukkan kemampuan sebenar selepas terlepas tiga perlawanan awal. Mengenai pertukaran kapten, saya tak rasa itu masalah kerana ia dilakukan dengan budi bicara," jelas Irfan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan