Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Gangsa saya untuk ibu, ayah’

Posted: 08 Sep 2012 03:14 PM PDT


London: Atlit elit olahraga negara, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik London 2012, semalam.
Muhamad Ziyad, 22, menghasilkan pingat kedua Malaysia pada temasya edisi ke-14 itu dengan melakukan lontaran sejauh 15.21 meter. Sebelum ini, pemanah elit negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama dengan meraih perak acara recurve individu lelaki W1/W2, Isnin lalu.

Pingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan jarak 16.29m dan perak menjadi milik Jeffrey Ige dari Sweden (15.50m).

Lontaran ketiga-tiga pemenang pingat terbabit berjaya melepasi rekod berusia 12 tahun milik Krzysztof Kaczmarek dari Poland iaitu 13.10 meter pada edisi di Sydney, Australia, pada tahun 2000.

"Saya memang bersyukur sangat kerana dapat menang pingat di Sukan Paralimpik ini. Saya memang sasarkan untuk menang pingat.
"Pingat ini untuk kedua ibu bapa saya dan juga seluruh rakyat Malaysia yang menyokong kami di sini," kata Muhammad Ziyad, yang pertama kali mewakili negara di Sukan Paralimpik.

Tidak tertekan

Menurut atlit berasal dari Gombak, Selangor itu, beliau tidak merasa tekanan walaupun lontaran ketiganya dibatalkan.

"Ia memang kesilapan saya tetapi sedikitpun tidak jejas tumpuan saya untuk berikan yang terbaik. Saya beri sepenuh komitmen saya semasa di gelanggang," katanya.

Lontaran pingat gangsa Muhammad Ziyad dicatat pada percubaan keduaa selepas percubaan pertama menyamai pencapaian terbaik peribadinya, 13.79m.

Pada percubaan keempat, Muhammad Ziyad melakukan catatan 14.35m dan pada percubaan kelima dan keenam masing-masing dengan 14.13m dan 14.36m.

Isu pencen paralimpik belum dicadang: Zolkples

Posted: 08 Sep 2012 03:13 PM PDT

London: Keputusan pemberian insentif kepada atlit paralimpik negara kekal seperti yang diputuskan sebelum ini, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

"Setakat ini belum ada cadangan untuk menukarkannya. Banyak laporan akhbar yang menyebut ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang diberikan kepada atlit elit paralimpik negara tidak sama seperti atlit elit normal dan tiada pemberian pencen.

"Untuk pemberian pencen, kerajaan belum bercadang untuk mengadakannya," kata Zolkples ketika memberi penjelasan semalam.
Melalui insentif SHAKAM, pemenang emas Olimpik akan menerima RM1 juta, manakala perak dan gangsa masing-masing menerima RM300,000 dan RM100,000.

Terlalu banyak acara

Mereka juga diberi pencen sepanjang hayat berjumlah RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa).

Pemenang emas paralimpik pula menerima insentif RM300,000, perak (RM200,000) dan gangsa (RM100,000), tetapi tiada ganjaran pencen.

Menurut Zolkples, peruntukan yang sedia adalah berdasarkan kepada badan induk Sukan Paralimpik iaitu Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang masih lagi tidak stabil dan tidak ada ketetapan mengenai kategori sukan yang dipertandingkan.

"Berbeza dengan Sukan Paralimpik di Beijing, temasya di London kita dapati banyak acara yang disatukan, khususnya dalam acara olahraga dan renang. Ada acara sukan yang menggabungkan tiga kategori kecacatan kerana kurang penyertaan.

"Jika hendak dibandingkan dengan Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik mempertandingkan terlalu banyak acara. Olahraga saja, ada 170 acara, renang dengan 148 acara, ping-pong 29 acara dan berbasikal ada 50 acara," katanya. -
BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan