Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


KOM perlu lebih telus

Posted: 21 Sep 2012 01:49 PM PDT

"SEGALA hasil siasatan perlu didedahkan dan tidak boleh disembunyikan," itu tegas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar berhubung laporan lengkap mengenai hasil siasatan membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, semalam.

Bagaimanapun, bukan tugas MOM mendedahkan isi laporan itu biarpun beliau turut menerima laporan itu.


"Mengapa perlu disorok keputusan laporan itu. Ia perlu dimaklumkan kepada semua pihak kerana mereka pasti tertunggu-tunggu dan mahu mengetahui keputusan hasil siasatan," katanya.

Namun, hanya presiden iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim yang berhak memaklumkan perkara itu. Katanya, MOM hanya membantu untuk menyediakan proses penyiasatan dan segala urusan atau keputusan terpulang kepada presiden untuk memutuskannya. Terdahulu satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengumpul fakta mengenai isu doping membabitkan atlet olahraga pada Sukan Sea Indonesia selain isu enam atlet lari daripada ujian doping yang menggemparkan sukan tanah air dan kedua-dua kes itu dikaitkan dengan Karim.


Dalam siasatan itu, Karim turut disiasat berhubung petisyen 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga yang diserahkan kepada Shahidan 13 Februari lalu atas arahan MOM bagi meredakan kemelut yang melanda KOM. Namun hingga semalam, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Shahidan yang mengesahkan Karim tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Boleh rujuk FAM

Posted: 21 Sep 2012 09:46 AM PDT

PETER James Butler masih mempunyai ruang memperoleh keadilan sekiranya berasa dirinya teraniaya.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali Terengganu itu boleh merujuk kepada badan induk bola negara itu andai tidak puas hati berhubung hukumannya.


"Beliau harus diberi peluang oleh persatuan untuk merayu dalam tempoh tertentu. Namun andai selepas itu masih tidak puas hati barulah boleh merujuk kepada FAM menerusi Jawatankuasa Status yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan," katanya semalam.

Menurut Hamidin, pengendali bangsa Inggeris itu boleh membawa ke mahkamah timbang tara.


Butler sebelum ini digantung enam bulan, denda RM4,OOO dan dipotong 15 peratus gaji bulan depan kerana membuat kenyataan kepada media mengenai masalah disiplin dua pemain dan insiden menolak penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.


Namun situasi makin mengelirukan apabila kontrak Butler mungkin ditamatkan berikutan syarat yang menyatakan beliau tidak boleh dikenakan hukuman gantung melebihi sebulan.

Insiden membabitkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) wajar ditangani dengan baik kerana turut membabitkan imej bola sepak negara dan Hamidin mengaku pihaknya memantau perkembangan terbabit.


Sementara itu, Hamidin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menegaskan beberapa peraturan baru akan diperkenalkan musim depan.

"Bermula musim depan mana-mana pasukan yang didapati tidak mempamerkan semangat kesukanan boleh dipanggil dan dikenakan tindakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan