Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Akhir pertama

Posted: 06 Oct 2012 09:18 AM PDT

BEREGU negara, Mohd Zakry Abdul Latif -Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari mencipta kejutan apabila layak ke final Terbuka Taiwan ketika pemain lain yang menjadi sandaran, kandas semalam.

Gandingan Zakry-Fairuzizuan selesa menewaskan beregu tuan rumah, Chen Hung Ling-Lu Chia Bin, 21-13 21-15 dalam masa hanya 31 minit.


Menanti mereka di final hari ini adalah beregu Indonesia dan pilihan pertama kejohanan Angga Pratama-Ryan Agung Saputra yang menewaskan satu lagi beregu negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han, 25-23 21-18.

Turut kecundang adalah beregu campuran, Ong Jian Guo-Woon Khe Wei, beregu wanita, Khe Wei-Vivian Hoo selain perseorangan negara, Chong Wei Feng yang tewas kepada pilihan kedua dari Vietnam, Nguyen Tien Minh, 21-8 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


Bekalan juarai liga

Posted: 06 Oct 2012 09:09 AM PDT

MADRID: Bintang Barcelona dan Sepanyol, Xavi tidak percaya kejayaan menewaskan Real Madrid di Nou Camp, awal pagi esok akan menyingkirkan pasukan Jose Mourinho daripada saingan kejuaraan tapi mengaku ia akan memastikan Barca semakin hampir menjuarai La Liga.

"Memenangi perlawanan itu adalah langkah yang penting tapi La Liga belum berakhir," kata Xavi menjelang pertembungan El Clasico itu.


"Apa saja yang berlaku, perjalanannya masih jauh." Kemenangan itu akan meletakkan Barcelona 11 mata di depan Real.

Skuad blaugrana akan beraksi tanpa kapten, Carles Puyol selepas tulang siku pertahan itu terkehel sewaktu kelab itu menewaskan Benfica, 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, Selasa lalu manakala rakan gandingan Puyol di bahagian pertahanan, Gerard Pique yang turut mengalami kecederaan kaki kiri, mencetuskan kebimbangan buat anak buah Tito Vilanova.


"Dia cuba sedaya upaya untuk kembali tepat masa masanya. Bagaimanapun dia tidak berlatih selama 10 hari dan peluangnya untuk bermain 50 peratus," kata Xavi.


Juara Dunia dan Eropah dua kali itu kemudian mengulas keputusan kelab meluluskan penggunaan kad tifo yang membentuk bendera Catalan dan akan dipaparkan sebelum perlawanan.

"Barca mewakili Catalonia, saya rasa tindakan ini logik, normal dan amat bagus. Begitupun ia hanya perlawanan bola sepak dan tidak mempunyai tujuan politik." Perlawanan hujung minggu ini diadakan ketika pergeseran politik antara Catalonia dan kerajaan Sepanyol semakin memuncak berikutan perselisihan mengenai kemerdekaan fiskal dan autonomi politik. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan