Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Awas amukan Tentera

Posted:

Awas amukan Tentera

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ZAQUAN ADHA (kiri) antara tonggak utama skuad ATM musim ini.


LAIN macam sengat yang dipamerkan oleh skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Reputasi selaku pasukan kerdil bukan halangan buat mereka untuk menumbangkan pasukan gergasi dan yang terkini menjadi mangsa amukan mereka ialah Negeri Sembilan yang juga juara bertahan Piala Malaysia.

ATM menang 3-2 ke atas Negeri Sembilan pada aksi suku akhir pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lalu.

Bagi menghadapi suku akhir kedua di tempat lawan malam esok, misi memburu gol awal menjadi keutamaan pengendali ATM, B. Sathianathan (gambar kecil).

Berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang tipis 3-2 dalam aksi pertama Jumaat lalu, Sathianathan pastinya sedar betapa pertemuan esok menjanjikan 1,001 macam gelora buat anak-anak buahnya.

Kelebihan dua gol di tempat lawan yang dimiliki Sang Rusa ketika ini juga mampu membikin ATM 'berputih mata' sekiranya kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat.

Justeru, Sathianathan menuntut barisan pemain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti mana aksi pertama tempoh hari.

"Banyak perkara yang perlu saya perbaiki menjelang saingan suku akhir kedua nanti.

"Kami tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dan apa lebih penting, kami harus menjaringkan gol awal di tempat lawan untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir," kata Sathianathan.

Biarpun masih berteka-teki mengenai strategi ketika kembali berdepan skuad kendalian Azraai Khor Abdullah nanti, Sathianathan sebaliknya percaya pemainnya meraih pengalaman yang cukup berharga pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.

"Ada antara pemain yang membuat kesilapan mudah serta hilang fokus sehingga kami bolos kedua-dua gol tersebut.

"Jadi, ia tidak lagi harus berulang jika kami mahu memastikan sasaran mara ke separuh akhir tercapai," tegasnya.

Seandainya berjaya menjinakkan Sang Rusa malam esok, ATM bakal berdepan pemenang antara Lions XII dan Pahang pada peringkat separuh akhir pertama Jumaat depan.

Pahang kini selesa mendahului menerusi agregat 2-1.

Satu lagi aksi separuh akhir pula dijadualkan berlangsung sehari kemudian yang membabitkan pemenang antara Johor FC/Selangor dan Felda United/Kelantan manakala separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.

Aksi final kekal berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober nanti.

Felda United belum menyerah

Posted:

Felda United belum menyerah

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

PEMAIN Felda United, Eddy Viato (kiri) diasak pemain Kelantan, Mohd. Afiq Azmi pada saingan suku akhir pertama di Melaka kelmarin.


SUKAR tetapi tidak mustahil. Begitu peluang Felda United menjelang aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.

Skuad kendalian E. Elavarasan itu berdepan misi sukar apabila berkunjung ke Kota Bharu selepas tewas 1-2 di tangan Kelantan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka kelmarin.

Bagaimanapun, Elavarasan tidak mahu anak-anak buahnya mengangkat 'bendera putih' lebih awal.

Sebaliknya, beliau mahu para pemain Felda United kekal fokus dalam baki 90 minit seterusnya, sekali gus cuba mencalarkan rekod kebal Kelantan yang masih belum tewas dalam saingan musim ini di Kota Bharu.

"Jika berdasarkan keputusan perlawanan malam tadi (kelmarin), Kelantan sememangnya memiliki kelebihan apatah lagi mereka masih belum pernah tewas setiap kali beraksi di tempat sendiri.

"Begitupun, perlawanan masih berbaki 90 minit lagi. Macam-macam boleh berlaku.

"Saya akan pastikan para pemain saya mempamerkan persembahan terbaik mereka. Jika berjaya menewaskan Kelantan di Kota Bharu, ia sudah pasti satu kejayaan yang cukup istimewa," kata Elavarasan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi kelmarin, dua gol Kelantan disumbangkan menerusi Nurul Azuan Roya (56) dan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke- 76.

Gol tunggal Felda United pula terhasil menerusi Khairan Ezuan Razali dua minit kemudian.

Ditanya apa perkara penting yang perlu dilakukan menjelang aksi suku akhir kedua menentang Kelantan malam esok, Elavarasan berkata: "Kami perlu lebih agresif di bahagian pertahanan.

"Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan memiliki jentera serangan yang berbisa. Jika, bahagian pertahanan tidak fokus, sudah pasti ia akan menyukarkan peluang untuk menewaskan pasukan lawan.

"Berdasarkan peraturan gol di tempat lawan, kami sekurang-kurangnya perlu mencatatkan kemenangan 2-0 untuk layak ke separuh akhir.

"Jadi, bahagian pertahanan memainkan peranan yang penting agar tidak dibolosi.

"Dalam masa yang sama, saya mahu jentera serangan kami tidak mensia-siakan peluang yang terhidang bagi menjaringkan gol."

Secara keseluruhan, Elavarasan berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan para pemainnya kelmarin.

Hajat besar Rozaimi

Posted:

Hajat besar Rozaimi

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ROZAIMI mahu pastikan dia terus mencetak gol buat Selangor dalam kempen Piala Malaysia.


"JIKA boleh, saya mahu menjaringkan gol buat Selangor dalam setiap perlawanan selepas ini."

Itu janji Rozaimi Abdul Rahman sebelum mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Selangor sebaik kempen Piala Malaysia musim ini berakhir.

Malam kelmarin, penyerang pinja- man Gergasi Merah itu membuktikan kredibilitinya selaku penyerang berbisa apabila meledak satu gol ketika membantu Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 3-1 dalam aksi Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam.

Ternyata, penyerang muda Sabah itu tidak lagi mahu mengenang prestasi hambarnya bersama Merah Kuning ketika permulaan kempen sebelum ini, sekali gus tekad mahu mengulangi semula pencapaiannya yang berjaya mencetak 11 gol ketika membantu Harimau Muda mengharungi kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Myanmar, Jun lalu.

"Saya mahu membantu Selangor mara ke pentas final, ini peluang ter- baik saya mendakap trofi Piala Malaysia.

"Jadi, sudah tentu saya tidak mahu peranan saya terhenti sekadar di peringkat suku akhir dan berjanji akan memberikan yang terbaik tidak kira sebagai pemain utama mahupun pemain gantian dalam setiap perlawanan selepas ini," kata Rozaimi.

Untuk rekod, kemarau gol Rozaimi bersama Gergasi Merah berakhir sebaik meledak satu gol ketika mene- waskan Pahang 4-1 dalam aksi pering- kat kumpulan pada 5 September lalu.

Selain Rozaimi, turut meledak gol buat Pilihan Selangor kelmarin ialah kapten, Safiq Rahim dan penyerang import, Bosko Balaban manakala gol sagu hati Pilihan Singapura dicetak oleh Aleksandar Duric.

Malam esok, Rozaimi dijangka mendapat kepercayaan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika melayan kunjungan Johor FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di stadium yang sama.

Mereka kini selesa mendahului menerusi agregat 3-1 selepas melakar kemenangan bergaya 3-1 pada aksi pertama di Pasir Gudang minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan